Khamis, April 30, 2009

Perak Makin Celaru, BN Guna Saluran Salah

Pelik dan ajaib, usul yang dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Zamry Kadir untuk memecat speaker telah dihantar kepada Abdullah Antong Sabri yang telah dipecat sebagai setiusaha DUN Perak oleh speaker YB. Sivakumar.
Sepatutnya Zamry menghantar usul tersebut kepada setiusaha DUN Perak yang baru iaitu ust. Misbahul Munir. Jelas sekali BN Perak membelakangkan prosedur dan melakukan sesuka hati seolah-olah DUN Perak bapak Zamry yang punya.

Rabu, April 29, 2009

Dr Mansor Othman Calon PKR




Bekas pensyarah USM Dr. Mansor Othman dipilih sebagai calon PKR dalam PRK Dun Penanti. Turut hadir dalam majlis pengunguman calon tersebut bekas TKM 1 P.Pinang yang juga bekas ADUN Penanti Fairus Khairuddin sekaligus dapat dijelaskan bahawa Fairus masih lagi bersama PKR dan PR.

Larang Pondok Panas Dan Raih Undi, Najib Sekat Demokrasi Atau Perangkap?

Larangan mendirikan pondok panas dalam kenyataan yang dikeluarkan SPR hari ini jelas menyekat demokrasi lebih-lebih lagi kepada parti pembangkang. BN semestinya akan menggunakan media arus perdana dan jentera kerajaan secara berhabis-habisan dan sudah tentu tidak mempunyai masalah kempen jika dibandingkan dengan parti pembangkang yang gerak kerja kempen cukup terbatas.
Perdana Menteri yang baru Dato Seri Najib Razak dilihat cuba menyempitkan lagi ruang demokrasi dalam pilihanraya yang sememangnya sudah sempit apabila SPR turut mengumumkan larangan perayu undi dalam pilihanraya kecil Dun Penanti nanti. SPR memberi alasan larangan tersebut adalah untuk melancarkan perjalanan pilihanraya.
“Ini mungkin satu perangkap dimana saat-saat akhir kemungkinan SPR akan umumkan pondok panas dibenarkan seperti yang berlaku dalam PRU-11 tahun 2004. Secara peribadi saya yakin tindakan ini diambil oleh SPR kerana UMNO/BN akan bertanding dalam pilihanraya kecil Dun Penanti”, kata ajk PAS cawangan Air Keroh, saudara Sahak Tampok.

Selasa, April 28, 2009

GMI Jemput Pewaris Berdebat


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah menjemput Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang dinaungi Dr. Makmor Osman untuk berdebat dalam tajuk “Debat ISA : Halal atau Haram?” pada 9 mei ini.
Pewaris yang mempertahankan ISA dilihat sebagai pertubuhan yang berpaksi kepada perkauman membuta tuli apabila Pewaris juga mengadakan kempen “Gerakan Mansuhkan Babi”. Pewaris yang dikatakan pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam dianggap hanya reteorik memandangkan kempen dan perjuangan yang mereka lakukan jelas mempertahankan kezaliman apabila menyokong penuh ISA.
“Pewaris ni kata memperjuangkan Islam, tapi pertahankan akta zalim. Dah tu tentang isu babi, cuba bermain dengan api perkauman sedangkan Islam tidak melarang orang bukan Islam ternak dan makan babi, yang Pewaris ni pulak nak mansuhkan babi macam negara ni dia punya dan bukan milik Allah swt.”, kata Haifizul yang menetap di Melaka.
“Tengok isu babi di Melaka, Pewaris buat demostrasi suruh cina tutup ladang babi, kenapa dia tak buat demostrasi kat depan pejabat Ali Rustam? Bukan ke Ali Rustam yang memerintah Melaka? Ladang babi moden di Selangor pun dia tentang, habis tu cina nak makan apa kalau babi tak ada?”, tambahnya lagi.
“Kita ni nak berjuang kena ikut Islam, bukan perkauman sempit membabi buta! Islam tak nak ikut, kebangsaan yang dia ikut, sesat lah jawabnya!!”. Jelasnya lagi.
Apapun, Pewaris harus menerima jemputan GMI untuk berdebat jika mereka merasakan mereka ada hujah tertentu mengapa mereka perlu mempertahankan ISA.

Isnin, April 27, 2009

Sukan PASTI Relevan Untuk Pelajar


“Bola adalah sukan terbaik untuk menyatukan ramai. Pertama, ia melibatkan ramai pemain. Maka ramailah jaguh yang diminati. Kedua, ia menggabungkan skil individu dan berpasukan. Maka ia cukup seronok ditonton. Ketiga, ia menarik ramai peminat. Masuk stadium, hilanglah hal - hal berserabut di luar, walau untuk sementara.”
Kata-kata ust. Nik Abduh dalam blognya hari ini membuatkan saya terfikir satu perkara, iaitu berapa relevannya sukan bola sepak menjadi sukan wajib bagi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) walaupun jika dibandingkan dengan kebanyakan tadika lain, sukan mereka hanya boleh diklasifikasikan sebagai sukaneka sahaja.
Semenjak sukan bola sepak dan bola jaring dikuatkuasakan bagi acara Sukan Tahunan PASTI, saya mengikutinya sejak 3 tahun lepas sewaktu ianya mula-mula diperkenalkan. Bagi pelajar-pelajar tadika yang biasanya berumur 5 dan 6 tahun, bermain bolasepak di atas padang adalah merupakan sukan dan permainan yang sukar.
Jika kita lihat sukan PASTI di peringkat kawasan, rata-rata mereka tidak mengenali siapa lawan mereka, di mana pintu gol mereka, dan kemana yang harus mereka tujukan bola. Mereka sedaya upaya melakukan yang terbaik dan cuba untuk mendengar arahan jurulatih walaupun tahap pemikiran mereka sukar hendak memahami permainan tersebut.
Berbeza pula di peringkat negeri, pemain-pemain terbaik yang terpilih di peringkat kawasan agak memahami corak permainan dan apa yang perlu dilakukan. Corak permainan mereka lebih teratur, lebih baik dan lebih berdisiplin.
Walaupun ada yang menangis kerana terjatuh, dikasari, tetapi memandangkan kanak-kanak mempunyai hati yang kudus dan tiada perasaan khianat, membuatkan mereka tidak langsung hendak menyerang balas kekasaran tersebut.
Ini menunjukkan, sukan bola sepak di peringkat 5 dan 6 tahun dapat memberikan kebaikan dan kesan positif dimana ianya dapat merangsangkan pemikiran kanak-kanak untuk berfikir taktik dan formasi serta dapat memahami semangat berpasukan dan kesukanan tanpa perasaan khianat dan busuk hati.

Bila Di Stadium, Kita Bersatu Demi Sukan




Malang bertimpa buat Tan Sri Annuar Musa, setelah tidak terpilih menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan di bawah pentadbiran Dato Seri Najib Razak, sehari kemudian pasukan bolasepak pimpinannya Kelantan tewas kepada Selangor dalam Final Piala FA.
Dan sungguh tak sangka, Dato Seri Anwar Ibrahim rupanya penyokong pasukan Selangor?
Apapun Final Piala FA ini kita dapat lihat ahli politik bersatu atas nama semangat kesukanan. Dato Sabery Cheek, Dato Che Mat Jusoh, Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, berdiri bersama di atas pentas meraikan pemain dalam majlis penyampaian hadiah.

Jumaat, April 24, 2009

GMP Membabi Buta


Badan yang menamakan dirinya Gagasan Melayu Perak (GMP) telah membuat laporan polis membabi buta terhadap Malaysiakini berhubung satu artikel yang tidak pernah disiarkan oleh laman web tersebut.Dalam laporan polis itu, Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail mendakwa Malaysiakini telah menyiarkan satu artikel yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.Artikel tersebut, yang bertajuk ‘Raja Nazrin defends monarchy against ridicule', yang didakwa disiarkan oleh Malaysiakini pada hari Selasa.Apabila diperiksa, tidak ada artikel seumpama itu yang disiarkan oleh lamanweb berkenaan.Bahagian bahasa Melayu bagaimanapun menyiarkan berita tersebut dari Bernama, tetapi ianya disiarkan pada 19 April.Mohd Hilmi (kanan) dan badan pimpinannya itu membuat laporan tersebut di balai polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.Menurut laporan Bernama, Mohd Hilmi memberitahu pemberita bahawa laporan polis dibuat kerana GMP menganggap berita yang disiarkan oleh lamanweb itu bersifat kurang ajar dan biadap terhadap institusi beraja di negeri itu.Beliau juga dilaporkan berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan mengambil tindakan terhadap lamanweb itu kerana menyalahgunakan teknologi maklumat sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya terhadap keselamatan negara.Malaysiakini menghubungi GMP pagi ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis tersebut dan Mohd Hilmi memberitahu yang beliau tidak tahu yang Malaysiakini tidak menyiarkan artikel dalam bahasa Inggeris itu.Menurutnya, beliau tidak tahu tentang artikel itu dan dimaklumkan mengenainya oleh kakitangannya, sebelum membuat laporan polis tersebut.Bila tanya sama ada beliau sedar bahawa laporan polis yang dibuatnya itu boleh mencemarkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi "Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysia Today dan blog-blog lain?".Malaysiakini telah meminta Mohd Hilmi memohon maaf secara terbuka kerana membuat tuduhan palsu itu.Malaysiakini juga sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan terhadap Mohd Hilmi dan GMP.Kira-kira empat jam selepas menghubungi Mohd Hilmi, penasihat undang-undang GMP, Nor Ali Nordin menghubungi Malaysiakini untuk memohon di atas kesilapan tersebut. Katanya, Mohd Hilmi telah bercakap dengannya dan mereka ingin memohon maaf kepada Malaysiakini di atas kesilapan menamakan lamanweb tersebut dalam laporan polis semalam.Nor Ali juga berkata, beliau dan anggota GMP yang lain akan ke balai polis Sungai Senam jam 3 petang ini untuk memperbetulkan laporan polis semalam.Katanya, mereka akan mengeluarkan nama Malaysiakini dari laporan tersebut dan menggantikannya dengan lamanweb yang menyiarkan laporan berkenaan.Beliau berkata berkata, GMP telah memaklumkan kepada akhbar-akhbar harian tempatan mengenai kesilapan tersebut.Nor Ali berkata, akhbar-akhbar berkenaan telah memberi jaminan akan menyiarkan pembetulannya.Bernama dan Utusan Malaysia, adalah antara media yang menyiarkan berita mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Malaysiakini itu.

Khamis, April 23, 2009

Annuar Musa VS Khalid Ibrahim & Ceramah Wahid Endut, Mana Satu Pilihan Ku?







Sabtu ni Final Bola Sepak Piala FA akan berlangsung di mana pasukan Kelantan pimpinan Tan Sri Annuar Musa akan menentang pasukan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya sejak dari kecil sememangnya peminat fanatik pasukan Kelantan dan masa sekolah menengah dulu dari tingkatan 1 sampai habis belajar, tiap-tiap kali pasukan Kelantan bertandang ke Melaka, saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke Stadium Hang Tuah atau Stadium Hang Jebat.
Pasukan Selangor merupakan pasukan bola sepak yang paling saya tak suka memandangkan adik saya peminat pasukan Selangor dan Selangor merupakan pasukan yang hebat satu masa dulu. Pernah sekali Melaka vs Selangor di Stadium Kubu, saya menghadirinya bersama keluarga dan mengharapkan Melaka menang, tetapi seri 2-2.
Itu zaman remaja, hiburan saya hanya bola sepak dan lagu-lagu. Sekarang ni bola sepak dah tak berapa ikut, lagu-lagu pun dah jauh tinggal dan sampai tahap dah tak kenal artis.
YB Wahid Endut akan mengadakan ceramahnya pada Sabtu malam juga bertempat di Pejabat PAS Bukit Katil dan bertindih dengan Final Piala FA. Saya ke Kuala Terengganu pada Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang lepas seorang diri memandangkan hari pembuangan undi jatuh pada hari Sabtu dan saya pula bekerja pada hari Jumaat. Sahabat-sahabat semuanya pergi Jumaat pagi dan petang. Disebabkan saya bekerja, saya terpaksa pergi sendiri Jumaat malam hanya berpandukan peta yang dilukis oleh kawan sekerja. Alhamdulillah, saya bertolak selepas Isya’ dan sampai pada jam 04:30 pagi.
Saya berbelanja sebanyak RM500, iaitu RM250 sewaktu saya ke Kuala Terengganu, dan lagi RM250 terpaksa membayar kepada seorang cina kerana saya sepatutnya ke Kuala Terengganu seminggu sebelum hari pembuangan undi, malangnya kerana mengejar masa saya kemalangan semasa pulang dari kerja setengah jam sebelum bertolak ke Kuala Terengganu.
Apa pun, kejayaan PAS merampas Parlimen Kuala Terengganu sudah cukup untuk membayar penat dan wang saya.
Sekarang ini, 60% dalam diri saya ingin ke ceramah YB Wahid Endut dan 40% nak duduk rumah menonton Final Piala FA..Macam mana ye???

Jom Kita Pergi




Zamry Membazir Duit Rakyat


Keputusan kerajaan negeri Perak pimpinan Dato Seri Dr. Zamry Abdul Kadir yang bertindang melelong kesemua 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang dibeli semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dilihat sebagai suatu pembaziran memandangkan kereta-kereta tersebut baru sahaja digunakan sebulan hingga dua bulan.
Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah. Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 itu semuanya didaftarkan pada 9 Januari lalu. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, ketika dihubungi mengesahkan kereta bernombor pendaftaran AGS10 yang ketika ini digunakan secara tidak sah oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga akan dilelong.
Semua kenderaan itu baru digunakan antara satu hingga dua bulan dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar. Kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin gelap bernilai RM2,000, perbatuan rendah serta bebas daripada sebarang kemalangan.
Zamry juga menyatakan akan membeli Proton Perdana V6 Executive yang baru tetapi masih belum menetapkan jumlah yang akan dibeli.
Jelas sekali, ini merupakan suatu pembaziran dimana kerana keangkuhan dan keegoan Umno/BN, kerajaan negeri mengalami kerugian memandangkan Toyota Camry 2.4 tersebut dilelong dengan harga yang murah dari harga pasaran dan ingin membeli kereta baru atas alasan ingin menyokong kenderaan keluaran Malaysia. Sedangkan, harus diingat bahawa kedudukan kerajaan BN di Perak masih belum kukuh dan masih berada di mahkamah untuk dicabar dan akan tumbang bila-bila masa sahaja.

Selasa, April 21, 2009

Zambry Dan 6 Adun BN Tidak Boleh Hadiri Sidang DUN Perak

Penulis:- Hanifa Maidin
Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?
Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.
Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.
Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.
Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.
Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah
Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.
Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.
Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.
Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:
1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.
7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.
8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.
Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.
Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.
Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.
Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.
Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.
Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.
Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Zambry perolehi perintah yang tidak laku

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.
Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.
a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).
Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:
"A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority."
(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.)
b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court).
Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut:
Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.
Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah.
Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut?
Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.
JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.
Selagi tidak ada perintah 'certiorari' dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.
c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.
d. Tanpa perintah 'certiorari' dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: "So what!"
Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah 'certiorari' dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.
Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian.
Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah 'certiorari' dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).
Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.
Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak.
Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah 'certiorari' dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat.
Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna.
Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.
Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan:
"The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts."
(Keputusan Mahakamh tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.)
Mengapa? Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.
Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa?
Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.
Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak.
Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.
Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut:
a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan.
b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.
c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa-apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.
d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009.
Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.

Awas Helah BN

Kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak kemungkinan BN tidak akan meletakkan calon pada PRK DUN Penanti kemungkinan suatu perkara yang luar biasa. “Sesiapapun tak pernah terfikir BN akan mengambil tindakan penakut ini. Lihat, BN menuduh ini semua merupakan mainan politik Pakatan Rakyat, kenapa Najib tak serang masalah dalaman PR dan PKR?”, kata Raja Azmi yang juga merupakan seorang penjawat awam.
Ini memang merupakan suatu perkara yang aneh dan pelik. Kemungkinan ianya merupakan perangkap politik BN yang mungkin akan meletakkan calon di saat-saat akhir apabila PR dalam keadaan tidak bersedia kerana menyangkakan akan mendapat kemenangan percuma.

Isnin, April 20, 2009

Laksana Islam, Binatang Pun Selamat

“Kalau laksana Islam, ikut Islam, jangan kata bangsa melayu cina india selamat, binatang dan alam sekitar pun akan selamat”, jelas seorang ustaz yang memberikan ceramahnya pagi tadi di Paya Dalam, Melaka.
“Umno tak habis-habis melaung ‘hidup melayu, hidup melayu’, habis tu Islam mati???”, tambahnya lagi.
“Cuba kita lihat di pusat serenti, di pusat pemulihan akhlak, di penjara, bangsa mana paling ramai?? Melayu yang menjadi juara!”. “Melayu hanya akan bangkit dan maju jika melayu laksana Islam, umpama orang celik kemudian buta, lebih teruk dari orang yang dari azali dah buta. Begitu juga orang melayu, kalau Islam tapi tak ikut Islam, dia akan jadi lebih teruk dari yang bukan Islam”, jelasnya lagi.
Beliau juga menambah, syirik yang paling besar sekali masa kini adalah sekularisme dan nasionalisme, “berapa ramai orang Islam yang dah ditalkinkan semasa hidupnya menolak hukum Allah, tidak menerima hukum Allah?? Yang kita dok sibuk orang sembah kubur tu berapa kerat je, yang mati dalam keadaan tak menyokong hukum Allah, menolak terus hukum Allah ni nak jawab macam mana?”.
Jelas beliau lagi, kita sebagai umat Islam tidak boleh terlalu bercakap soal bangsa, kerana ianya akan menjadikan kita sesat dan emosional membabi buta.

Ahad, April 19, 2009

Najib Takut Pilihanraya Kecil

Hari ini Dato Seri Najib Tun Razak mengatakan kepada media kemungkinan BN tidak akan meletakkan calon dan mengambil bahagian dalam pilihanraya kecil DUN Penanti jika mendapat persetujuan parti komponen dalam BN. Najib menjelaskan ini merupakan mainan politik parti pembangkang dan mengatakan ianya adalah membuang masa dan merugikan wang rakyat.
"Yang menjadi tanda tanya, siapa yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan parti politik dalam pilihanraya hingga beliau boleh kata begitu?", tanya seorang pemuda Fattah Abdul. "Biasanya BN yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan politik mereka dalam pilihanraya", jelasnya lagi.
"Tapi yang lebih pelik lagi, Najib seperti tidak mahu menggunakan kesempatan pilihanraya kecil DUN Penanti ini untuk meningkatkan kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat pada BN semula, tetapi Najib mengatakan mungkin tak akan masuk bertanding, dia takut kalah lagikah?".
Selepas pilihanraya umum yang lepas, 5 pilihanraya kecil yang menyusul kemudiaannya, BN hanya mampu menang di DUN Batang Ai. 4 lagi pilihanraya kecil, BN tewas dengan majoriti yang lebih besar daripada pilihanraya umum Mac 2008 yang lepas dan Kuala Terengganu terlepas ke tangan PAS.
"Mungkin Najib tak berani di Penanti kerana memang kubu kuat Pakatan Rakyat di situ", tambahnya lagi.

Sabtu, April 18, 2009

Beri PAS Bertanding Di Penanti

Malam ini Dato Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan PAS dan kemungkinan DAP akan turut serta bagi menentukan calon untuk pilihanraya kecil DUN Penanti.
PAS juga meletakkan harapan andai kata kerusi DUN Penanti diberikan kepada PAS untuk menggalas cabaran memandangkan PKR Pulau Pinang yang sedang berhadapan dengan masalah dalaman parti.
Sekurang-kurangnya, jika Penanti diberikan kepada PAS, PAS sudah mempunyai 2 ADUN dalam dewan negeri andai kata PAS mampu menang dalam pilihanraya kecil itu nanti.
Permasalahan siapa yang bakal menduduki kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, tidak semestinya diberikan kepada PAS walaupun PAS menang di DUN Penanti.

Fairus Disaran Masuk PAS


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairudin disaran supaya menyertai PAS supaya dapat bersama-sama untuk terus berjuang bersama menuntut kebenaran.

Fairus yang mengosongkan DUN Penanti semalam ternyata berhadapan dengan krisis dalaman PKR Pulau Pinang yang akhirnya membuatkan beliau mengambil tindakan melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan DUN Penanti. Hasil temubual beliau dengan akhbar berbahasa cina Nanyang Siang Pau, Fairus memberi masa 2 minggu kepada PKR agar membersihkan namanya, ataupun beliau akan mendedahkan masalah dalaman PKR dan Kerajaan Negeri jika namanya tidak dibersihkan.

Apapun Fairus diharap tidak akan mengeruhkan keadaan dan dapat menyelesaikan segala masalah dalaman parti dengan cara yang baik. Beliau yang mungkin tidak sesuai dengan PKR diharap memilih parti politik yang lain terutamanya PAS yang sesuai untuk beliau meneruskan agenda berjuang untuk rakyat.

Jumaat, April 17, 2009

Pilihan Dan Pandangan Nada Rakyat

Pada saya, pemilihan pucuk pimpinan PAS yang akan berlangsung di Shah Alam dalam muktamar PAS pusat pada awal Jun ini sepatutnya menjadi medan para perwakilan menilai dan memilih pemimpin yang benar-benar mampu untuk membawa PAS dengan lebih kehadapan lagi.
Sikap memilih pemimpin dengan berdasarkan aliran samada pro muzakarah, pro pakatan, kumpulan erdogan ataupun apa saja aliran sebenarnya sedar atau tidak PAS telah termasuk dalam perangkap perang saraf Umno/BN khasnya.
Contohnya dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat yang diadakan pada tahun lepas di Ipoh, Perak, para perwakilan asyik menghentam pemimpin sendiri dan pemimpin pakatan rakyat, seolah-olah sudah tidak mempercayai pemimpin sendiri dan sehingga ada perwakilan meletakkan sikap ragu-ragu terhadap Tuan Guru Dato Seri Presiden PAS dan Tuan Guru Dato Mursyidul Am PAS kerana berbeza sedikit nada dalam memberi komen. Dan akhirnya ditempelak oleh Ketua Pemuda PAS, YB Salahudin Ayub seoalah-olah pemuda PAS sudah lupa siapa musuh sebenar PAS dalam politik.
Ini secara tidak langsung, PAS sebenarnya telah berjaya dikucar kacirkan oleh Umno/BN. Jadi dengan itu, diharap para pemimpin PAS di peringkat bawahan tidak terikut-ikut dengan permainan media arus perdana yang sememangnya dikawal penuh oleh Umno/BN khasnya.
Jika ditanya pilihan saya, saya lebih suka jika Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya sebagai presiden, dan timbalan presiden kekal kepada Hj Nasharuddin Mat Isa kerana beliau seorang yang karismatik dan separuh ulama’,separuh professional. Bagi naib presiden, saya merasakan Hj Mat Sabu perlu kekal sebagai naib presiden, kerana beliau seorang yang berani dan lantang, dan 2 lagi naib presiden layak diberi kepada Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Ust. Taib Azamudin.

Khamis, April 16, 2009

Berjabat Tangan Bukan Muhrim, 51 Tahun Merdeka Umno/BN Gagal Beri Penerangan

Perkara asas berkaitan hukum halal haram bagi umat Islam antaranya berjabat tangan dan bersentuhan yang sepatutnya semua rakyat mengetahuinya dan menganggap ianya sensitif pada umat Islam. 51 tahun Malaysia merdeka, pemerintah iaitu Umno/BN gagal dalam memberi penerangan kepada rakyat keseluruhannya bahawa bersentuhan dan berjabat tangan bagi bukan muhrim adalah haram.
Ianya menjadi kesulitan apabila bagi mereka yang menjaganya berhadapan dengan mereka yang tidak memahaminya lebih-lebih lagi melibatkan orang kenamaan,orang atasan dan majlis-majlis rasmi. Menjadi sesuatu yang janggal apabila kita tidak menyambut salamnya (bukan muhrim) tetapi jika menyambutnya kita berdosa.
Sepatutnya masalah ini tidak lagi timbul setelah 51 tahun kita merdeka lebih-lebih lagi Malaysia diperintah oleh orang Islam. Ianya tidak mungkin menjadi masalah kepada mereka yang bukan Islam jika diberi penerangan kerana atas nama menghormati agama lain lebih-lebih lagi ianya tidak merugikan mana-mana pihak.

Fairus Kecewa Dengan PKR?



Dalam kenyataan Fairus kepada akhbar berbahasa cina-Nanyang hari ini, beliau memberi masa 2 minggu kepada pucuk pimpinan PKR untuk membersihkan namanya. Beliau mendakwa segala tohmahan yang melanda beliau adalah datangnya dari ahli PKR sendiri.

Jika ianya benar-benar berlaku, diharap supaya segala kekalutan ini dapat diselesaikan oleh PKR kerana kesannya turut dirasai oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Ketika ditanya masa depan beliau dalam politik, beliau menjawab beliau mempunyai banyak pilihan seperti keluar parti, lompat parti dan letak jawatan.
Semoga beliau kekal bersama pakatan rakyat dan menganggap segala masalah dalaman yang membuatkan beliau kecewa adalah asam garam dalam organisasi.

Pilihanraya Kecil DUN Penanti Terjadi Kerana Salah Pilih Pemimpin


Hari ini Fairus Khairudin,33 melepaskan jawatan sebagai ADUN Penanti setelah beberapa minggu yang lepas beliau melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Fairus yang sebelum ini pernah dinasihati oleh Penasihat Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim kerana mendapat komen yang beliau jarang turun padang di DUN Penanti, kini sedang disiasat oleh SPRM berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang.

Bagaimanapun Fairus memberi alasan ingin menyambung pelajarannya dan menumpukan perhatian pada keluarga disamping ingin membersihkan namanya yang tercemar.

Apa yang dikesali dalam hal ini, Fairus dilihat tidak kuat untuk menghadapi tekanan politik yang menimpanya. Kata-kata beliau bahawa beliau ingin menumpukan perhatian pada keluarga yang selama beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri dan ADUN Penanti telah banyak mengorbankan masanya bersama keluarga menunjukkan beliau bukanlah ahli politik yang kental. Apapun, Fairus dilihat masih terlalu muda dan mudah-mudahan apa yang berlaku memberi pengajaran kepada beliau dan PKR khasnya.

Rabu, April 15, 2009

Semoga Eli Benar-benar Insaf



Exco kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong (Eli) yang menimbulkan kontroversi berkenaan gambar separuh bogelnya hari ini diputuskan oleh kerajaan negeri untuk mengekalkan status beliau sebagai ADUN Bukit Lanjan dan Exco Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar.
Ini menimbulkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat tidak memandang serius isu moral dan peribadi anggotanya lebih-lebih lagi seorang yang bergelar ADUN dan Exco kerajaan negeri. Dan ianya akan merugikan Pakatan Rakyat yang sudah pasti Umno/BN akan menggunakan isu ini untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Pada pandangan saya, dalam isu ini kita kena melihat dari sudut ini, iaitu, gambar separuh bogel tersebut adalah gambar sewaktu beliau masih belum menjadi ADUN dan Exco. Ertinya, kita tidak boleh menghukum Eli kerana beliau melakukan kesalahan itu sebelum beliau bergelar ADUN dan Exco. Kita sedia maklum bahawa pada ketika itu, Eli bersekedudukan dan teman lelaki beliau adalah muslim.
Apapun, kita tidak mempunyai bukti yang beliau melakukan lagi kesalahan tersebut (bersekedudukan) setelah menjadi ADUN dan Exco. Saya sama sekali tidak bersetuju jika kita hendak mengatakan ini hak peribadi beliau walaupun beliau bukan beragama Islam. Kerana jika beliau sudah bergelar pemimpin, perkara yang berkait dengan soal akhlak dan moral tidak boleh dikecualikan.
Apapun satu tindakan yang harus dipuji kepada Eli kerana ikhlas untuk meletakkan jawatan setelah isu ini diketahui umum, satu tindakan yang tak mungkin akan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN sama sekali. Semoga perkara ini tidak berlaku lagi dalam Pakatan Rakyat demi masa depan dan nama baik Pakatan Rakyat.

PR Perlu Tarik Pengundi Melayu

Pakatan Rakyat (PR) yang cemerlang dalam pilihanraya umum yang lepas dan beberapa siri pilihanraya kecil perlu berusaha menarik lebih ramai pengundi melayu untuk beralih arah kepada PR.
Kita lihat pilihanraya umum yang lepas, 80% pengundi india 70% pengundi cina mengswingkan undi mereka kepada PR membuatkan DAP dan PKR (calon bukan melayu) memenangi banyak kerusi. Pengundi melayu yang menyokong PR hanya dalam sekitar 40% sahaja yang membuatkan PAS hanya mampu menang 1 kerusi di Negeri Sembilan, 1 kerusi di Pulau Pinang, 2 kerusi di Johor, 2 kerusi di Pahang bagi DUN. Sedangkan DAP yang bertanding di kawasan ramai bukan melayu mampu menang 10 kerusi di Negeri Sembilan, 5 kerusi di Johor, serta mampu berkuasa di Pulau Pinang.
Peningkatan sokongan melayu terhadap PR terutamanya PAS hanya dapat dilihat di Kelantan dan Kedah sahaja, serta sedikit di Selangor, Perak, dan Terengganu. Contoh pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, kebanyakannya PAS tewas di Unit Peti Undi yang majoritinya melayu.
Tetapi satu kajian perlu dilakukan dimana PAS tidak mendapat sokongan pengundi cina sewaktu pilihanraya kecil di Kuala Terengganu baru-baru ini.

PM Untuk Semua

Dato Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia yang baru dilihat cuba menonjolkan dirinya dan meniru slogan daripada parti Pakatan Rakyat. Semalam dalam satu program bersama masyarakat sikh, Najib dalam penyampaian ucapannya ada menyebut PM Untuk Semua bererti beliau mempromosikan yang diri beliau adalah PM untuk semua kaum dan bangsa.
Sebelum ini PAS juga menggunakan slogan “PAS FOR ALL” dan “ISLAM FOR ALL” dan mendapat tarikan daripada masyarakat bukan Islam khasnya. Sememangnya PAS yang berdasarkan syariat Islam sepatutnya mengamalkan keterbukaan ini dan dilihat sesuai serta dapat menangkis persepsi negatif terhadap PAS dan Islam.
Najib yang terpalit dengan kontroversi kes pembunuhan Altantuya cuba menjenamakan dirinya juga adalah sesuai untuk semua kaum dan rakyat. Turut hadir dalam majlis tersebut Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang memakai ‘turban’ seperti masyarakat sikh. Najib dalam majlis itu yang menguar-uarkan dirinya PM untuk semua tetapi tidak pula memakai ‘turban’ kelihatan menyampaikan ucapannya dengan penuh semangat sehingga merah muka.
Najib disaran supaya membersihkan dirinya terlebih dahulu kerana slogan PM untuk semua boleh dianggap menghina rakyat yang mempunyai sikap yang mulia dan baik.

Selasa, April 14, 2009

PAS Melaka Perlu Berubah


Setelah setahun sebulan berakhirnya pilihanraya umum ke-12, PAS Melaka dilihat masih ditakuk lama dan tidak mengalami perubahan serta peningkatan. Ini menunjukkan PAS Melaka masih tidak serius untuk mengecapi kemenangan jauh sekali untuk memerintah negeri.
PAS Melaka gagal memainkan isu-isu kerajaan BN Melaka sedangkan terlalu banyak kesilapan dan kelemahan yang dilakukan kerajaan negeri yang diketuai oleh Dato Seri Ali Rustam.
Pemimpin PAS Melaka dilihat banyak yang berkaliber dan berpotensi untuk diketengahkan.
Semoga muktamar PAS Melaka pada tahun ini akan dapat memilih kepimpinan baru yang akan membawa perubahan besar dalam parti sekaligus member isyarat kepada rakyat bahawa PAS sudah bersedia untuk memerintah Melaka!!!

Isnin, April 13, 2009

BERSIH Diam Begitu Sahaja

Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (BERSIH) kini hanya tinggal nama. Setelah pilihanraya umum ke-12 yang lepas dan parti-parti pembangkang mendapat kerusi yang agak banyak, usaha-usaha yang diperjuangkan oleh BERSIH tidak lagi kedengaran disebut oleh parti-parti pembangkang.


Seolah-olah parti-parti pembangkang iaitu sekarang lebih dikenali sebagai Pakatan Rakyat sudah berpuas hati dengan sistem pilihanraya di Malaysia. Harus diingat, selagi pilihanraya masih lagi tidak bebas dan adil, selagi itu cita-cita Pakatan Rakyat untuk berkuasa dan memerintah Malaysia hanya akan jadi impian yang tak mampu digapai.

Ibrahim Ali Melayu Tak Ada Harga Diri




Pada 2 hari yang lepas, Ibrahim Ali membuat kenyataan sedang menunggu Umno meminangnya untuk memasuki Umno semula. Kenyataan ini dibuat setelah Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali semula menyertai Umno.
Pada saya, perkara ini telah saya jangka awal-awal lagi sebelum PRU-12 yang lepas. Apabila Ibrahim dipecat dari Umno, saya melihat Ibrahim mula mendekati PAS dengan menghampiri Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kemudian beliau mula berceramah atas pentas PAS. Yang menjadi kemuskilan saya pada ketika itu, beliau masih lagi tidak mahu menyertai PAS dan dalam satu siri ceramahnya, beliau mengatakan takkan gunung lari dikejar apabila Tuan Guru meminta beliau menyertai PAS. Beliau masih berdolak dalih. Lebih-lebih lagi dalam satu program Tun Dr. Mahathir di Kelantan yang turut dihadiri oleh Tuan Guru Nik Aziz sebagai tetamu, Ibrahim Ali membacakan sajak untuk Tun Dr Mahathir dengan penuh perasaan dan berlinangan air mata. (Sebelum itu Ibrahim menyambut Tun di lapangan terbang dan terkena semburan pemedih mata). Dari situ saya melihat beliau masih kuat semangat Umno dan perkauman melayu. Jika tidak, masakan sehingga menitiskan air mata membaca sajak mengampu Tun Dr Mahathir?
Atas fakta-fakta ini membuatkan jiwa saya kuat mengatakan Ibrahim Ali menggunakan pentas PAS untuk meneruskan survival politik beliau selepas beliau tewas 2 kali pilihanraya (PRU-11 dan PRK Dun Pengkalan Pasir) atas tiket Bebas dan undi yang kecil menunjukkan beliau tidak mampu meneruskan survival politik tanpa parti.
Saya benar-benar terkejut apabila PAS memutuskan untuk memberi laluan kepada Ibrahim dalam PRU-12 bagi parlimen Pasir Mas. Dan apabila perkara ini menjadi pertikaian, Dato Seri Presiden PAS mengatakan bahawa PAS melebihkan target kepada DUN, iaitu alasan yang tidak relevan. Jelas ini merupakan kesilapan PAS yang akhirnya membuatkan Ibrahim Ali mengkhianati undi penyokong-penyokong PAS seperti yang telah saya jangkakan sewaktu sebelum PRU-12 lagi...

Artis pun terbuka hati pada PAS


Alhamdulillah, mutakhir ini kita melihat ramai artis-artis yang cenderung dengan parti pembangkang. Bermula dengan bekas penyanyi rock Akhil Hayy, kemudian PAS menerima tanda positif dari artis-artis di Malaysia. Kesediaan artis-artis seperti Ito, In-Team, Mawi, Amy Search, Renggo Arrow, Yassin Brothers, M. Nasir membuat persembahan di pentas PAS dan kerajaan Negeri Kelantan menunjukkan PAS terbuka dalam aspek hiburan tetapi mempunyai batas dan garis panduan.

Contoh konsert Mawi di Kelantan, penonton tetap enjoy bersorak seperti yang biasa kita lihat di kaca televisyen, tetapi yang menjadikan ianya halal adalah apabila tempat para penonton diasingkan diantara lelaki, perempuan dan keluarga. Ini menunjukkan Islam itu terbuka dan tidak jumut.

Semalam seorang lagi artis iaitu Renggo Arrow menyerahkan borang keahlian kepada Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Renggo yang terkenal dengan lagu duet 'Kain Samarenda' bersama Liza Abdullah, dan pernah terkenal dengan kumpulan Arrow sewaktu 90an, bertindak memasuki PAS setelah tersentuh dengan ceramah Tuan Guru.

Semoga ianya akan menjadi ikutan para artis dan sekaligus mendedahkan masyarakat kepada dunia seni mengenai berhibur dengan cara Islam.

Jumaat, April 10, 2009

Siapa yang permainkan Islam?

Tindakan Nga Kor Ming (DAP) yang memetik ayat Al-Quran ketika berkempen mendapat kritikan hangat daripada mufti,NGO dan pemimpin Umno. Ini jelas Umno dan segelintir mufti, NGO memandang Islam dari sudut yang sempit dan jumud.
"Jika Al-Quran tidak boleh dibaca dan difahami oleh orang bukan Islam, sampai bila-bila pun Islam tidak akan difahami oleh orang bukan Islam", jelas seorang remaja yang tidak mahu dikenali namanya.
"Dalam Islam ada politik secara Islam, setiap apa yang kita buat hendaklah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Kalau kita berpolitik petik ayat Al-Quran tidak ada salahnya,yang penting kita tak putar belitkan tafsir dan maksud ayat tersebut", jelasnya lagi.
"Kalau Nga Kor Ming baca ayat tersebut bunyinya salah, ianya masih boleh dibaiki dan dimaafkan. tak perlu nak marah-marah. Orang Islam sendiri pun majoritinya baca surah Al-Fatihah pun bersepah salah, imam pun banyak yang baca tak betul, orang Islam yang tak tahu mengaji pun banyak, tak pula jadi pertikaian Umno," katanya lagi dengan penuh emosi.
Ini merupakan satu kejayaan kepada Dato Seri Nizar Jamaluddin semasa menjadi MB Perak kerana berjaya memberi kefahaman kepada exconya yang bukan beragama Islam untuk memahami Islam secara jelas.

Lagu Baru Umno

Bersatu kita bersatu,
duit rakyat kita sapu,
tipu terus menipu,
tipu bangsa melayu..

Bertekad kita bersatu,
projek bagi kroni dulu,
tanah rizab orang melayu,
kita jual buat tak tahu..

Umno terus maju tipu rakyat malaysia....... (suara tinggi)

Lagu Seloka Untuk Umno

Teringat lagu seloka yang dinyanyikan ahli PKR sewaktu raih undi dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu (di Chendering). FRU dan polis turut ketawa dan senyum mendengar lagu ini...
Lagu asal:-
Di mana dia, anak kambing saya,
anak kambing saya, ada di mana-mana.

Lagu yang dinyanyikan PKR:-
Di mana dia, semua duit rakyat,
semua duit rakyat, umno sudah kebas.
Di mana dia, khairy jamaluddin,
khairy jamaluddin dah kerja kilang sardin.
Anwar putrajaya, najib monggolia,
anwar putrajaya najib ke penjara..

Wanita/Puteri Yang Memalukan



Siapakah suami kepada wanita-wanita ini???

Najib senyum atas pentas, sirul/azilah menangis di penjara

Apalah jenis manusia yang tak ada harga diri dan perasaan belas kasihan Perdana Menteri baru tatkala beliau tersenyum di atas pentas mengumumkan barisan kabinet baru, sirul dan azilah diputuskan ke tali gantung.

Malangnya Khairy


Khairy Jamaluddin yang juga merupakan ketua pemuda umno pusat yang baru tidak terpilih menganggotai jemaah kabinet baru Dato Seri Najib Altantuya adalah merupakan suatu perkara yang baru. Memandangkan sebelum ini menjadi kebiasaan kepada ketua pemuda umno pusat semestinya terpilih menganggotai kabinet.

Khairy bukanlah calang-calang orang. Dengan berlatar belakangkan pendidikan yang tinggi, fasih berbahasa inggeris, bijak berhujah, sepatutnya tidak disisihkan oleh Najib lebih-lebih lagi naib ketua pemuda umno, Razali Ibrahim (mp Muar) dan Dato Mukhriz Mahathir yang tewas dalam pemilihan ketua pemuda umno kepada Khairy turut terpilih menganggotai kabinet.

Jika sikap yang menjadi ukuran Khairy tidak terpilih, semua ahli parlimen umno 2x5 sikapnya, bukan ada yang baik juga. Jadi jelas terdapat tangan-tangan belakang yang mempengaruhi Najib agar Khairy tidak terpilih.

BERAKHIRNYA SUARA PAKLAH, BERMULA SUARA MAHATHIR

Pengunguman barisan kabinet baru sebentar tadi oleh najib tun razak menandakan berakhirnya suara pak lah dalam kabinet apabila menentunya khairy jamaluddin selaku ketua pemuda umno yang baru dilantik gagal terpilih untuk menjawat jawatan menteri.
Mukhriz mahathir akhirnya terpilih sebagai menteri sekaligus akan bermulalah kedengaran suara mahathir dalam kabinet.

Azilah dan Sirul lebih hebat daripada Al-Ma'unah


Sirul dan Azilah telahpun dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Salah satu persoalan yang timbul, bagaimana mereka dapat mengeluarkan C4 dari simpanan pihak keselamatan???

Ertinya Sirul dan Azilah lebih hebat dari kumpulan Al-Ma'unah yang juga berjaya mengeluarkan senjata dari kem tentera secara underground.

Kambing Hitam Najib ke Tali Gantung

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.
Terlalu banyak persoalan yang timbul yang belum terjawab. Apa motif mereka untuk membunuh Altantuya? Mereka cuma orang bawahan, bagaimana mereka boleh memiliki C4?
Apa yang dapat disimpulkan disini, ternyata sudah tidak ada kepercayaan yang boleh rakyat lemparkan kepada sistem kehakiman negara.
Mustahil sirul dan azilah membunuh Altantuya tanpa disuruh orang atasan. Apakah nasib malang mereka akan terbela? Hukuman ke tali gantung bukan perkara enteng. Ianya melibatkan kematian, bayangkan orang yang tidak bersalah ke tali gantung. Yang merancang terlepas.

Khamis, April 09, 2009

Melayu Masih Tidak Berubah?

Pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang akhirnya memberi kemenangan kepada PAS/PR. Tapi jika kita lihat dari sudut sokongan kaum, peningkatan sokongan daripada pengundi cina terhadap PAS yang membuatkan PAS mengecapi kemenangan yang lebih besar. PAS berjaya memenangi di 2 dun iaitu dun changkat jering dan dun kuala sepetang. di changkat jering PAS berjaya melebihi BN dengan majoriti lebih 2 ribu, dan di dun kuala sepetang majoriti lebih seribu.
di dun trong pula yang dikhabarkan kubu kuat BN, BN melebihi pas dengan majoriti 8 ratus undi sahaja. pada pilihanraya umum yang lepas PAS tewas di dun trong menerusi calonnya ust. norazli dengan majoriti 9 ratus lebih sahaja. ini menunjukkan pas mempunyai peluang di dun trong pada pilihanraya umum akan datang memandangkan dun tersebut bukanlah boleh digelar kubu kuat BN lagi.
apapun PR harus berkerja lebih kuat lagi bagi menarik sokongan dan kepercayaan orang melayu terhadap PR.

Kenapa khairy terlepas, ali kena?

Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan fakta dari seorang ahli umno di mana suami sumber ini adalah bekas ajk umno bahagian masjid tanah. Samada benar atau tidak fakta ini, wallahhualam.
Khairy yang berdepan dengan tindakan lembaga disiplin umno kerana didapati terlibat dengan politik wang bernasib baik kerana apabila ditanya dari mana datangnya wang yang digunakan untuk melobi para perwakilan, khairy mengatakan wang tersebut bukan wang beliau tetapi wang dari umno bahagian yang lain, bererti umno bahagian tersebut mengambil inisiatif sendiri untuk melobi khairy tanpa disuruh. Ianya dikuatkan lagi dengan pengakuan seorang perwakilan dari sabah yang mengatakan wang yang digunakan untuk melobi adalah wangnya sendiri, dan bukan datang dari khairy. Maka oleh kerana itu khairy terlepas dari tindakan tidak boleh bertanding dan hanya diberikan amaran.
Berbeza pula kesnya dengan ali rustam, kerana apabila ditanya dari mana datangnya wang untuk melobi, ali menjawab dari bahagian. Jika dari bahagian bukit katil, ertinya wang tersebut adalah wangnya sendiri. Oleh itu ali dikenakan tindakan tidak boleh bertanding sebagai timb. presiden umno dan 4 orang umno bukit katil (orang ali) juga dikenakan tindakan.
Jika fakta ini benar, maka dapatlah kita lihat bahawa ali tersangat tidak cerdik dalam politik umno. Dibanding dengan khairi yang belajar di oxford, dilihat cerdik melepaskan dirinya. Inilah perbezaan antara pemimpin umno yang berpelajaran dan yang tak berpelajaran.
Apa pun, ternyata kedua-duanya adalah tergolong dalam golongan munafik, dan tak ada harga diri. Mungkinkah orang yang berakhlak seperti ini boleh membela melayu???

Rabu, April 08, 2009

Rusuhan Penyokong Bola Sepak di Kelantan




Penyokong bola sepak pasukan Kelantan amat terkenal sebagai penyokong yang fanatik sejak dari dahulu lagi. Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat dalam kenyataannya bahawa beliau kesal dengan kejadian yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke-iv malam tadi.


Dalam kejadian itu, trak polis diterbalikkan dan dibakar setelah kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala FA.


Ini memberi perspektif negatif kepada rakyat Kelantan dan tidak melambangkan semangat kesukanan yang tinggi.


Lebih dukacita lagi, terdapat beberapa pemain pasukan Kelantan yang panas baran antaranya penjaga gol Kelantan Halim Napi yang kerap kali terlibat dalam pertelingkahan dalam padang. Beliau juga pernah digantung oleh FAM satu ketika dahulu kerana bertindak menyerang pengadil.


Pada musim ini, Kelantan meningkat naik secara mendadak setelah Tan Sri Annuar Musa mengambil alih tugas sebagai pengurus bola sepak Kelantan (KAFA) yang baru.


Apapun, mentaliti penyokong bola sepak di Kelantan dan di seluruh Malaysia khasnya harus berubah demi pembangunan bola sepak negara dimana sekarang ini taraf bola sepak negara sebaris dengan negara-negara jakun.


Hj Mat Sabu dalam satu siri ceramahnya pernah mengatakan pasukan bola sepak Malaysia akan kalah jika berlawan dengan pasukan tingkatan 6 Korea Selatan menunjukkan betapa teruknya taraf sukan bola sepak negara.

Bukit Selambau milik PR


PKR berjaya mempertahankan kerusi dun Bukit Selambau apabila berjaya menewskan 14 calon-calon lain yang bertanding di dun tersebut.

Perpecahan undi berjaya berlaku apabila undi PKR menurun tetapi dianggap tidak berbaloi kerana PKR masih menang dengan majoriti yang selesa.

Selain PKR dan BN, calon-calon lain adalah diishtiharkan hilang wang deposit.

PAS MENANG


PAS berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang menerusi calon Dato Seri Hj Ir Nizar Jamaluddin dengan majoriti yang lebih besar.
Ini bererti rakyat Perak sekali lagi menolak BN dan pertambahan undi kepada PAS memberi mesej jelas bahawa rakyat mahukan perubahan dan tidak menerima rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN.
"Kami tahu 3 adun yang lompat parti tu adalah kerana wang, walaupun mereka menafikan, tapi kami semua bukan bodoh, sebab tu kita pakat tumbangkan BN walaupun PRU hari tu saya undi BN." kata seorang pengundi di Bukit Gantang yang menyifatkan kekalahan BN adalah merupakan 1 pengajaran.

Kemenangan BN di Batang Ai satu cabaran kepada PR

Akhirnya BN sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi DUN Batang Ai. Apa yang boleh disimpulkan disini, PKR yang mengatakan akan membuat kejutan di Sarawak dalam pilihanraya negeri akan datang perlu berkarja dengan lebih kuat.
Sehingga sekarang setelah mesyuarat agung PKR pusat yang diadakan di Selangor pada penghujung tahun lepas bahawa mereka akan menggempur Saraawk, nampaknya masih belum lagi berbuat demikian.
Pilihanraya negeri akan diadakan tidak lama lagi. "Nampaknya DAP lebih menyerlah di Sarawak, lebih-lebih lagi di kawasan bandar", kata seorang rakyat Sarawak.
DAP ternyata mempunyai harapan yang lebih cerah dalam pilihanraya negeri yang akan datang kerana tumpuan mereka adalah di kawasan bandar.
Di kawasan kampung dan pendalaman agak sukar bagi parti pembangkang memandangkan mentaliti penduduk agak sukar diubah.

Selasa, April 07, 2009

raih undi secara berhemah

penyokong dan peraih undi dinasihatkan meraih undi secara berakhlak dan berhemah...
elakkan sebarang provokasi dan pergaduhan kerana pengundi mungkin akan swingkan undi mereka disaat akhir apabila melihat gelagat peraih undi dan penyokong parti yang bertanding..

harapan PR dan BN?

Jika kita lihat dari sudut sokongan rakyat di 2 bukit 1 batang ini, ternyata di bukit gantang kelebihan memihak kepada pas..
lain pula di bukit selambau apabila masalah dalaman pkr kian terserlah dan terbukti umno/bn berjaya mengucar kacirkan pkr di sana. ditambah pula penyertaan 13 calon bebas secara tidak langsung akan memecahkan undi pkr..
di batang ai pula pkr mempunyai harapan 40-60 memandangkan pada pilihanraya yg lepas bn hanya menang dengan majoriti 8ratus lebih undi sahaja...
apa pun, kelemahan jentera parti akan menjadi faktor utama untuk menghalalkan penipuan yg akan dilakukan sesetengah pihak yg bertanding..
semoga peristiwa di rembau pada PRU yg lepas tidak berulang di batang ai..

selamat mengundi

kepada para pengundi di 2 bukit 1 batang, selamat mengundi diucapkan kepada anda semua..
buatlah pilihan yang terbaik..
pilihlah pemimpin yang amanah, fatanah, siddiq, tabliqh..
setiap undi bagaikan peluru..