Khamis, September 30, 2010

Panglima Kenalah Berani Berdebat




Aksi Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang kononnya panglima perang dan hulubalang Melayu.
Jika berani sahutlah jemputan Nurul Izzah untuk berdebat berhubung kedudukan istimewa orang Melayu...

Selasa, September 28, 2010

Sokongan Pada Umno Putrajaya Masih Kuat

Saya berkesempatan hadir ke majlis rumah terbuka aidilfitri Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24/09/2010 (Jumaat) dan rumah terbuka aidilfitri PAS Putrajaya pada 26/09/2010 (Ahad).
Apa yang boleh saya katakan, dari pengamatan mata kasar dapat saya simpulkan sokongan pada Umno/BN di Putrajaya masih kuat.
Kehadiran orang ramai yang majoritinya penduduk Putrajaya dalam cuaca hujan lebat ke majlis rumah terbuka aidilfitri Tengku Adnan sedikit sebanyak membuktikan masih agak sukar bagi Pakatan Rakyat memenangi hati penduduk dan pengundi di Putrajaya.
Berbeza dengan majlis jamuan aidilfitri PAS Putrajaya yang agak sederhana dengan hidangan menu utama kambing bakar, walaupun majlis diadakan di tempat terbuka (Presint Diplomatik, Putrajaya) yang berhadapan dengan Mydin, namun orang ramai masih teragak-agak dan menunjukkan reaksi kurang senang walaupun dipelawa dengan baik.
Yang senang hati menerima pelawaan adalah orang Pakistan dan Bangladesh yang semestinya bukan pengundi di Putrajaya.

Mungkin imej ustaz Nazir Zakaria (seperti di gambar) yang tertera pada ‘banner’ Jamuan Aidilfitri PAS Putrajaya membuatkan orang ramai takut menerima pelawaan, walaupun ustaz Nazir hadir dengan imej biasa (berbaju melayu, samping, songkok putih).

Khamis, September 09, 2010

Perutusan Aidilfitri Nadarakyat


Salam Aidilfitri,

Setelah sebulan berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan, seharusnya bisa menjadikan umat Islam di Malaysia erti bahawa Islam meliputi seluruh acara kehidupan seharian, hatta dari berpakaian sehingga membuang air pun Islam menetapkan cara dan batasan.

Kewujudan Islam liberal ataupun Islam sekular yang diamalkan Umno dan Barisan Nasional sejak merdeka hingga kini telah menjadikan negara menuju kehancuran.

Sekatan ke atas media supaya menjadi pengampu kepada pemerintah menjadikan mentaliti rakyat kini berada di tahap dunia kelas ketiga.

Ketirisan, rasuah, salah guna kuasa, kronime, korupsi berleluasa sehingga memangsakan rakyat yang sebahagian besar masih buta dengan kekejaman pemerintah yang sering kali berselindung disebalik kata-kata perkauman.

Masih tidak dapat dilupakan, ucapan pengerusi Masjid sebelum khutbah raya tahun lepas di Masjid Kampung Cheng amat-amat berbau politik, perkauman sempit serta fitnah yang nyata.

Apabila bangsa dan perkauman diangkat membuta tuli, agama dijadikan alat, hukum Allah ditafsir mengikut akal, maka hancurlah perpaduan rakyat.

Tiada kata-kata lain, rakyat harus bangkit membuat perubahan.

“UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH”
“MENUJU KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH ADIL”

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Ruang Solat Wanita Masjid Besi Terdedah

Bulan puasa ni saya berkesempatan ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi. Terletak di Presint 3 Putrajaya.
Keistimewaan Masjid Besi ialah tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC).
Kemudahan di Masjid Besi sungguh moden, sehingga di tandas ataupun tempat mengambil wuduk.
Namun saya hairan, ruang solat bagi wanita tidak dihadang dengan kain ataupun penghadang.
Ianya mendedahkan aurat wanita kepada lelaki yang boleh lihat secara jelas wanita yang menyalin tudung, memakai telekung dan sebagainya. Biasanya wanita bukan pakai telekung dalam keadaan berwuduk dari rumah.
Nanti dapat pahala berjemaah, yang laki dapat juga dosa mata, yang wanita dapat juga dosa dedah aurat.

Harapan saya sempena 1 Syawal pemulaan baru tanpa politik perkauman - Teresa Kok

Kini tiba penghujung bulan Ramadan iaitu bulan yang suci buat penganut Islam.
Setiap kali Ramadan tiba, saya akan teringat bagaimana pada bulan Ramadan tahun 2008, pihak yang tidak bertanggungjawab telah memfitnah saya melarang laungan azan sehingga saya dipenjarakan di bawah ISA.
Saya kesal bahawa pada bulan yang suci ini, pihak yang tidak bertanggungjawab tidak insaf dan masih lagi memfitnah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bagi memecah-belahkan masyarakat Malaysia. Lebih teruk lagi ialah isu-isu yang dimain-mainkan ialah isu kaum dan agama, seperti:
1. Gambar palsu menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyembelih lembu korban telah disebarkan. Gambar tersebut adalah rekaaan PhotoShop dalam komputer dan Lim Guan Eng tidak pernah berbuat begitu.
2. Beberapa masjid di Pulau Pinang telah difitnah menggantikan nama DYMM Agong dengan nama Lim Guan Eng di dalam khutbah mereka, walau pun ia tidak pernah berlaku.
3. Kehadiran Lim Guan Eng di majlis penyampaian wang zakat dipersoalkan walau pun penyampaian wang zakat dilakukan oleh pemimpin beragama Islam dan Lim hadir sekadar Ketua Menteri sahaja.
4. Teo Nie Ching telah difitnah menyampaikan tazkirah oleh akhbar Utusan Malaysia walaupun dia dengan hati terbuka cuma menerima jemputan jawatankuasa surau untuk berucap sepatah dua di dalam surau. Walau pun difitnah, Teo dengan rendah diri telah segera meminta ampun daripada Sultan Selangor dan semua muslimin dan muslimat. Namun begitu, ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab terus menggalakkan pembohongan ini walau pun saya percaya di dalam hati mereka, mereka tahu bahawa tiada siapa yang percaya Teo berniat jahat.
Segala fitnah ini bertentangan dengan konsep 1Malaysia mereka yang dikatakan menggalakkan semua rakyat Malaysia bersatu. Bahan fitnah tidak harus dijadikan isu politik demi kesejatheraan dan keharmonian rakyat.
Saya berharap 1 Syawal yang akan tiba esok dapat menanamkan azam baru untuk membina masyarakat yang benar-benar menghargai kepelbagaian budaya dan agama semua warga Malaysia tanpa menjurus ke politik perkauman.
Dengan itu, saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua penganut Islam. Bagi mereka yang akan “balik kampung”, selamat pulang. Sila berhati-hati di jalan raya dan semoga sambutan bersama sanak-saudara meriah sekali.

Rabu, September 08, 2010

Open House PAS Melaka


bukti iklan tv 3 menyesatkn umat islam......renung2knlah....

Saya dapat email ni dari seorang kawan, takde komen coz tak pernah tengok pun iklan ni... Sekadar pandangan dia je kot, atau 1 kebetulan, atau.... Wallahhualam

Email:-
...ikut aku sertakan hujah yang aku perolehi dari sahabat facebook yang bernama Yusrizal Usop berkaitan Iklan Promo Aidilfitri TV3 ini. Namun, entri aku ini disertakan sekali babak-babak iklan yang telah aku print screen.

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
b) Buku – Bible
c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
a) Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Seolah-olah Perlakuan Biadab

Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).

Selasa, September 07, 2010

Nik Aziz: 'I know you', Ibrahim Ali

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan.
"Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan" katanya.
Menteri Besar berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara'ah di Pasar Siti Khadijah di Kota Baharu.
"Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham, termasuk bukan Islam faham mengenai Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sempena Aidilfitri sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari kepada golongan miskin di Kubang Kerian, di Kota Baharu semalam.
Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.
Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran, Nik Abdul Aziz dengan nada sinis berkata: "I know you (saya kenal awak)".

Isnin, September 06, 2010

Iklan Aidilfitri Kontroversi, Mana Suara Perkasa & Umno?

Hairan dan pelik, isu adun DAP masuk surau yang sahih tak ada salahnya dibantah sekeras-kerasnya oleh juara pertubuhan perkauman sempit Perkasa dan Umno, seolah-olah macam dia tahu semua.
Tapi bila isu iklan aidilfitri kontroversi yang jelas bolah menjejaskan akidah umat Islam, Perkasa dengan Umno diam tak buat bantahan.
Atau mungkin tak perasan bantahan mereka sebab suara mereka kecik sangat…