Jumaat, November 12, 2010

Hi Tea


Monyet Anti Pendidikan?


Kenyataan KM P. Pinang YAB Lim Guan Eng bahawa hanya sebuah rumah melayu sahaja yang terlibat dalam rancangan pembinaan hab pendidikan Pulau Pinang di Pondok Upeh, Balik Pulau menunjukkan jelas Umno sengaja memainkan isu perkauman sempit untuk menghasut orang Melayu membenci kerajaan Pakatan Rakyat.
9 buah rumah lagi adalah milik orang bukan Melayu sejak sekian lama dan semua penduduk yang terdiri daripada 10 rumah tersebut (termasuk sebuah rumah melayu) akan menerima pampasan mengikut nilai pasaran semasa sekitar RM160 juta.
Rancangan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina hab pendidikan di Pondok Upeh itu menjadi isu panas sehingga mencetuskan demonstrasi di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini kerana didakwa kononnya sebahagian strategi DAP untuk mengusir orang Melayu di kawasan berkenaan.
Dalam demonstrasi tersebut, monyet ini jelas membuta tuli dalam membuat bantahan dan kemungkinan besar tidak berpelajaran, sebab tu begitu anti dengan hab pendidikan.
Demonstrasi yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Norman Zahalan itu mengancam pelancongan negeri. Tindak tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang mengoncang pintu pagar seolah-olah nak runtuhkan pagar berkenaan.

Pentas Perdana


Khamis, November 11, 2010

Siasat Restoran Mapley

Sudah beberapa tahun saya memerhati apabila tiba perayaan deepavali, terdapat banyak restoran mamak yang tidak beroperasi.
Tetapi mereka beroperasi ketika Hari Raya Aidilfitri.
Ertinya apa?
Restoran mamak diketahui umum dimiliki oleh India Muslim dan halal, tetapi bila situasi ini berlaku jelas menunjukkan seolah-olah banyak restoran-restoran mamak ini pemilik dan pekerjanya bukanlah beragama Islam.
Harus diingat pelanggannya pula majoriti beragama Islam.

Selasa, November 09, 2010

Fakta Undi PRK Galas

by BLOGMASTERS

Pengundi Melayu :
BN 49 %
PAS 51 %
Pengundi Orang Asli :
BN 78 %
PAS 22 %
(90 % pengundi Orang Asli keluar mengundi berbanding hanya 70 % pada PRU 2008)
Pengundi Cina :
BN 51 %
PAS 49 %
Undi Pos :
BN 72 %
PAS 28 %
Majoriti BN 1,190 undi, 1,001 undi datang dari undi Orang Asli dan 121 dari undi Pos dan selebihnya dari pengundi Cina.
Secara ringkasnya faktor kemenangan BN ialah datangnya dari undi Orang Asli dan Undi Pos yang tuan-puan teramat faham bagaimana BN mengeksploitasikan kedua-dua pengundi tersebut.
mutaligat.blogspot.com

Ahad, November 07, 2010

BN Menang Cara Bacul

Apa lagi yang boleh diungkapkan, BN menang di Batu Sapi dan Galas setelah seluruh jentera kerajaan dikerah membantu kempen BN lebih-lebih lagi SPR yang jelas berat sebelah.
Pakatan Rakyat hanya 3 parti komponen, nak lawan BN umpama 3 lawan 100..
Ada hikmah untuk PR disebalik kekalahan PRK kali ni...

Khamis, November 04, 2010

Cermin Muka Kau Tu Dulu

Dinasihatkan Mohd Nor Idris yang biadap mengatakan tangan Tuan Guru Dato Nik Aziz adalah tangan syaitan supaya bertaubat dan meminta maaf secara terbuka.
PAS tidak pernah mengata atau menghina ulama atau ustaz Umno secara biadap sedimikian, hatta bersalaman dengan pemimpin Umno yang jenis kaki rasuah atau kaki betina pun PAS tiada masalah.
Mohd Nor Idris disaran supaya cermin muka tu dulu dari hujung rambut hingga hujung kaki, kalau boleh hingga hujung nyawa. Jika Tuan Guru buruk satu, kau tu buruk seribu…

SPR Makin Senget Sebelah - Angkasanuri

Projek mee segera, menabur duit secara sembunyi dan terbuka sudah menjadi budaya Umno/BN setiap kali musim pilihanraya. Siap terpampang dalam surat khabar dan keluar dalam TV 'bantuan', 'derma', 'infaq' dan 'zakat' yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.
Pernah dengar komen atau ulasan dari SPR? Jawapannya tak ada!!! Ulama-ulama muda dalam Umno pula hanya mengangguk-angguk, harus barangkali.
Tetapi apabila Pas secara terbuka mengumumkan bahawa setiap pengundi di perantauan yang pulang mengundi akan diberi RM 250 tanpa mengira latar belakang politik dan parti yang akan dipangkah. Apa komen SPR? Sepantas kilat, SPR keluar kenyataan perbuatan tersebut bertentangan dengan akta pilihanraya.
Apa cerita tawaran dan rasuah yang cuba disogok oleh PM semasa PRK Sibu tak lama dahulu.?SPR masih tak cukup bukti? Kalau tak ada bukti download je dalam you tube...Boleh jadi komputer SPR kena virus atau internet kena potong sebab tak bayar bil sebab tu SPR tak ada bukti dan maklumat.
Hari ini pula SPR sekali keluar fatwa tindakan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi zakat kepada penduduk orang asli yang memeluk Islam adalah salah dan bertentangan dengan akta pilihanraya, haram le tu!!
Inilah contoh kejahilan dan kebebalan apabila sudah menjadi kuda tunggangan Umno.Tetapi macam mana pula tindakan TPM beri 'zakat' kepada pengundi minggu lepas di Galas? Tak dengar pun komen SPR?

Apa pula komen SPR apabila MCA juga tidak mahu ketinggalan beri 'zakat' di Batu Sapi ????

Kira-kira 300 penduduk berbangsa Cina sedang beratur menunggu 'zakat' dari MCA
Umno kini sudah cukup tertekan dan terdesak untuk memenangi kerusi DUN Galas. Maka SPR dijadikan abdi dan kaldai tunggangan untuk memastikan kerusi DUN Galas dimenangi oleh mereka.
Jadi tak hairanlah secara tiba-tiba SPR mendapat ilham untuk membawa undi orang asli yang belum dikira dengan menggunakan helikopter.
Semua ini membuktikan SPR semakin senget sebelah, saya rasa inilah sebenarnya senjata yang bakal digunakan oleh Umno/BN untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
angkasanuri.blogspot.com

Rabu, November 03, 2010

Hanya Si Bodoh Beri Rasuah Depan Khalayak Ramai

Umno/BN cuba memperbodohkan rakyat dengan mengadakan isu Tuan Guru Dato’ Nik Aziz memberi rasuah kepada orang asal yang baru memeluk Islam untuk menyokong PAS dalam PRK Dun Galas.
Amat melucukan, selepas memeluk Islam, dapat duit rasuah, depan khalayak ramai yang ramai pula tukang kamera ambil gambar.
Umno janganlah bodohkan rakyat dengan memfitnah ulama (Tuan Guru Nik Aziz)…

Takkan Beri Zakat Rasuah

Orang Asal Diberi wang Zakat Selepas Masuk Islam

Siasat Tuan Guru Jika Benar Rasuah

Berita tv9 jam 8 malam semalam ada menyiarkan rakaman video yang kononnya Tuan Guru Nik Aziz menyogok wang kepada beberapa orang asal yang telah diislamkan.
Kejadian tersebut berlaku di Galas. Turut disiarkan jumlah wang yang disogok.
PAS harus menjawab tuduhan ini secepat mungkin memandangkan keyakinan saya kejadian tersebut telah diputar belitkan bagi memfitnah Tuan guru.
Mana mungkin setelah mengislamkan orang, tiba-tiba bagi rasuah minta undi PAS.
Melainkan itu adalah merupakan sumbangan peribadi untuk saudara baru ataupun wang zakat.
Dan jika benar Tuan Guru rasuah, SPRM sepatutnya melakukan siasatan terhadap Tuan Guru.
Peristiwa mengislamkan orang asal tersebut boleh dibaca di:-

Selasa, November 02, 2010

Syamsul Di Alamanda

Ahad lepas terserempak dengan ketua AMK Pusat Syamsul Iskandar Md Akin di Alamanda, Putrajaya.
PR tengah dok berperang di Batu Sapi dan di Galas, dia sempat lagi shoping kat Alamanda.