Khamis, Mac 31, 2011

Duit rakyat melayang di awan

Seminggu lagi kempen pilihanraya neegri Sarawak akan bermula. Jabatan kerajaan kebanyakan sudah merangka program bagi membantu BN berkempen.

Ramai pegawai-pegawai kerajaan dari semenanjung yang terbang ke Sarawak untuk bermesyuarat merangka program. Sehinggakan banyak yang pergi pagi balik petang.

Sendiri mau ingat le kalau tempah tiket flight last minit, dah tentu mahal. Guna pula duit rakyat. Melayang duit rakyat atas awan.

Nak salahkan pegawai-pegawai kerajaan ni tak boleh, sebab mereka cuma buat kerja dan menerima arahan.

Siasat NGO 1 Malaysia

Yang rakyat nampak Ngo 1 Malaysia ni alat BN untuk menghalalkan rasuah secara terbuka bila tiba kempen pilihanraya.

Biasanya Ngo ini akan mengagihkan barangan makanan kepada pengundi-pengundi. Kononnya peruntukan bukan diperolehi daripada kerajaan.

Siapa yang baik sangat nak salur peruntukan pada Ngo ni dah tu promosi 1 Malaysia. 1 Malaysia ni siapa dalangnya kalau bukan BN?

Beberapa PRK di semenanjung baru-baru ini, Ngo ini siap anjur show penari separuh gogel bagai dalam program makan malam mereka.



Pilihanraya Sarawak, Ngo ini tentu akan memainkan peranan merasuah rakyat. Kononnya kali ini Ngo ini ditaja oleh seorang jutawan. Antara program yang akan dijalankan adalah makan percuma dan pertandingan untuk rakyat Sarawak.

Persoalannya, siapa jutawan yang baik hati menaja Ngo tersebut? Pakatan Rakyat harus mengambil tindakan melaporkan pada pihak berwajib bagi mengelakkan rakyat Sarawak disogok dan dirasuah semasa tempoh kempen.

Sokong tolak janji manis jembalang

Rakyat Sarawak perlu menolak "hantu" dan "jembalang" yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan.
Aku sokong lebih-lebih lagi yang bercakap tu pun perangai memang macam jembalang. Mungkin dia lupa tengok cermin dulu agaknya sebelum bercakap macam tu.

Selasa, Mac 29, 2011

PR S’wak menang minimum 15 kerusi

Pakatan Rakyat Sarawak yang terdiri daripada PKR, DAP, PAS dan SNAP akan menang sekurang-kurangnya 15 kerusi dun pada pilihanraya negeri Sarawak April ini.

Dan kemungkinan boleh menang paling maksimum 29 kerusi dun sekaligus menafikan 2 per 3 Barisan Nasional. Namun untuk menawan dan memerintah Sarawak agak mustahil.

Mana aku dapat maklumat ni? mana bole bagitahu korang… hehehe

Isnin, Mac 28, 2011

PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR

Written by Webmaster Friday, 25 March 2011

PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR

Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Benar persoalan yang mahu ditanya adalah BENARKAH ANWAR IBRAHIM ORANG YANG TERLIBAT DALAM VIDEO ITU? Semakin ghairah persoalan itu. Mereka yang dipanggil pada petang/malam 21hb March 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM. Mereka yang melihat video itu dan berbual secara peribadi dengan Rahim Tamby Chik pada hari tersebut adalah Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul – kedua-duanya dari PKR. Dalam kenyataan Badrul Hisham Shaharin ada seorang BLOGGERS UMNO yang mengikutinya untuk menonton video lucah Carcosa itu. Beliau tidak mahu menyeret bloggers UMNO tersebut dan tidak mahu menyusahkannya. Apabila diajukan soalan siapa dia, BADRUL HANYA MENJAWAB TUNGGU DIA BERITAHU SENDIRI.

Satu tindakan baik dan amat dihormati. Siapa bersama Badrul Hisham pada 21hb March 2011 yang menonton video itu dan bukan kalangan PKR tetapi UMNO ? Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau - yang beliau rujuk sebagai : BLOGGERS UMNO itu adalah saya sendiri!

Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan.

Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard.

Saya juga dalam pengakuan ini menetapkan bahawa kehadiran saya adalah kerana jemputan/pelawaan dan kemahuan saya menuruti rakan saya Badrul Hisham Shaharin dan ini dilakukan atas kapasiti saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain, organisasi dan badan lain yang saya sertai. Sekian di maklumkan – Anuar Mohd Nor

www.umno-reform2.com

Selasa, Mac 22, 2011

Mewahnya orang Merlimau

Keseluruhan jumlah kampit beras 10kg yang diterima mak cik aku sorang ni sebanyak 8 kampit. Bila nak habis makan tu? 80kg boleh buat 4 kali kenduri doa selamat.
Itu belum kira barang-barang dapur yang lain. Milo, gula pasir, tepung, mewah tersangat-sangat. Katanya, orang bagi kita amik, bila undi pangkah “bulan”.
Tapi sebab terhutang budi, pangkah BN juga. Lebih-lebih lagi mahukan wang bantuan kebajikan masyarakat, mana boleh berpaling tadah katanya. Penat aku kempen, tak faham-faham juga.
Daripada 6 orang makcik dan pakcik aku yang mengundi, seorang je yang pangkah Pas. Tak faham aku, walhal depa bukan suka pun calon BN tu.
Katanya lagi Merlimau akan dapat Wifi. Sukanya dia yang bercerita macam tahu guna komputer lagaknya, walhal nak ‘on’ pun tak tahu nak tekan mana.
Adik ipar aku dok merempit dengan budak-budak BN dapat rm10 duit minyak. Mujur tak kemalangan, kalo kemalangan mampos tak ada orang BN melawat.

Budaya samseng kampung

Aku dengan lagi 3 orang member jalan kaki nak menuju ke bilik gerakan dalam jam 5.25 petang setelah tamat masa membuang undi PRK Merlimau. Kena lalu kawasan perumahan kampung yang memang tegar BN.
Budak-budak sengal BN yang ada kat depan umah mula buat perangai bangang, provok kami. Kami bagi salam saja, malas nak layan budak-budak IQ zero ni.
Kebetulan seorang member naik kereta bersama isteri dia lalu kat situdari arah yang bertentangan. Mungkin dia tengok kami kena provok, dia pun cakap sesuatu kat budak-budak sengal tu tapi tak le aku dengar apa yang dia cakap.
Terus budak-budak sengal dekat 15 orang tu kejar dan pukul kereta member ni. Yang aku terkejut tu, 3 isi rumah bersebelahan pun dok kejar sama. Member terus memecut, tapi jalan kampong nak pecut lagu mana. Aku dengan lagi 3 member ni memang dah tak boleh buat apa.
Masyaallah, apa punya masyarakat ni? Samseng tak tentu arah, macam tak ada agama. Betul-betul terkejut aku tengok orang BN gila macam ni. IQ ZERO!!!

Jumaat, Mac 04, 2011

Melaka negeri maju

Sebentar tadi aku jumpa rakan sekerja yang baru pulang dari Melaka. Tiga hari bermesyuarat di sana, menginap hotel di tengah bandar Melaka.
Beliau berasal dari Kelantan. Nampak saja muka aku tadi, terus tunjuk isyarat tangan ‘good’. Katanya Melaka memang maju, cantik.
Aku tanya dengan dengan dia, apa yang maju? Dia jawab banyak bunga-bunga tepi jalan, malam banyak lampu-lampu cantik, jauh berbeza dengan Kelantan.
Aku kata pada dia, tak boleh banding Melaka dengan Kelantan, sebab Kelantan dianaktirikan dari sudut peruntukan oleh kerajaan pusat.
Aku jelaskan pada dia lagi, kalau tengok promosi-promosi Melaka maju, gambar yang terpapar dalam poster seperti Eye On Malaysia (roda gergasi), Melaka Sentral (pusat pengangkutan awam), bas dua tingkat, lanskap, ini semua hanya perhiasan-perhiasan yang hanya mencantikkan negeri, bukan menjana ekonomi.
Manusia sering kali tertipu dengan perhiasan duniawi. Bila tengok negeri tu cantik warna warni, dah kata negeri maju.
Sepatutnya penilaian mesti dibuat berdasarkan pendapatan isi rumah, bajet tahunan samada defisit ataupun tidak, pengurusan kewangan cekap ataupun tiris, pendapatan kerajaan negeri, pulangan daripada pelaburan, ha, itu yang sepatutnya ditengok!
Bukan tengok lampu cantik, ada roda gergasi macam fun fair, ada bot yang boleh bawa melawat bandar tup tup dah kata negeri maju!

Khamis, Mac 03, 2011

Penari seksi promosi Hub Hiburan di Melaka?

Turut mewarnai PRK Merlimau, persembahan daripada penari-penari seksi. Wow, bestnya. Ni kot yang dipanggil Hub Hiburan?
Walaupun bukan secara jelas dianjurkan oleh BN, tetapi dikendalikan oleh NGO 1 Malaysia yang gambar latarnya muka Najib. Kiranya memang tolong kempen BN le tu.
Mungkin nak promosikan Hub Hiburan pada orang luar Melaka yang kat Melaka ni kalo nak tengok penari-penari seksi macam ni, banyak tempat boleh cari.
Nak yang lagi seksi pun ada. Kat bandar Melaka benda-benda ni ada belaka. Siapkan duit je. Melaka kan macam-macam ada.

Umi penipu

(Menyoroti semula ke hari dia mengetahu tentang "perkara yang membabitkan Anwar" dan sehinggalah saat dia bertemu dengan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ummi Hafilda memaparkan dirinya sebagai mangsa kepada "kuasa dan sikap tamak" ketua umum PKR itu.
Ummi Hafilda menceritakan mengenai kedatangan 50 anggota polis, termasuk yang bertopeng, menaiki 'black maria hitam', ke rumah kawannya tempat dia tinggal, dengan membawa pembesar suara, mengarahkannya keluar.
Katanya, dia enggan keluar dan menelefon ibunya, supaya berdoa untuknya dan dengan kehendak Allah, tambahnya, pintu tidak boleh dibuka.)
http://www.malaysiakini.com/news/157600


Ini le antara sedikit babak cerita kelentong Umi Hafilda Ali di depan mamat-mamat BN yang aku pasti kurang membaca buku. Jadi IQ pun takat ala kadar je. 100% dikelentong Umi.
Keluarga dan arwahyarham bapa beliau sendiri telah membuang Umi. Semua orang pun tahu le. Perenggan ke-3 di atas bukti Umi menipu…

Isyarat apa ni?

Rabu, Mac 02, 2011

Kuarters guru dibina bukan guna duit mak bapak pemimpin BN

Aku cukup geram bila Umno terutama Muhyiddin pertikai tempat tinggal calon Pas Merlimau. Kononnya Yuhaizat tinggal di kediaman kerajaan BN, tapi jadi calon Pas.
Ni yang susah bila Umno lama sangat memerintah, dia rasa macam duit rakyat ni sama saja macam duit poket dia atau duit mak bapak dia.

Selasa, Mac 01, 2011

Bukti gambar lucah didalangi pro-Umno

Walaupun tiada bukti gambar lucah teknik super impose pimpinan Pakatan Rakyat didalangi oleh Umno/BN, tetapi beberapa perkataan dalam risalah lucah tersebut adalah merupakan bahasa lucah blogger-blogger pro-Umno.Antaranya perkataan ‘al-juburi’. Ini perkataan yang kerap kali pengendali blogger pro-Umno gunakan dalam blog-blog ‘taik’ mereka. Lagipun kalau bukan Umno punya kerja, tak kan nak tuduh Perkasa pulak?

Pemimpin Umno suka tengok gambar lucah?

MERLIMAU, 28 Feb : Umno bukan sahaja menyerang peribadi calon di Merlimau tetapi juga menyebarkan gambar lucah dengan menggunakan teknik super impose yang menggambarkan pemimpin Pakatan Rakyat.Cuma nak bertanya daripada mana Umno dapat gambar lucah tu? Pastinya hanya mereka yang suka tengok gambar lucah yang tahu bagaimana nak dapatkan sumber gambar tu.
Bayangkanlah apa akan berlaku kepada generasi kita apabila dipimpin oleh mereka yang suka tengok gambar lucah.
Jadi memang patutlah, Ketua Menteri Melaka beria-ia buat Sekolah Murid Mengandung ( sekolah Harapan ) di Serkam bersebelahan dengan Merlimau kerana banyaknya anak zina di Melaka antaranya yang lahir bahana daripada gambar lucah.