Khamis, April 28, 2011

Ramai tak mahu Hadi

Rakan-rakan aku di pejabat ramai yang mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diganti dengan pimpinan yang lain.


Mereka rata-rata mengatakan Ust. Hadi gagal memacu PAS untuk lebih maju dalam situasi kini. Katanya lagi, Hadi juga tidak menonjol di parlimen dan tidak menguasai isu-isu.

Ramai yang mencadangkan Datuk Husam Musa bagi menggantikan Presiden PAS, Timbalan Presiden pula dicadangkan Salahudin Ayub atau Mat Sabu.

Mereka juga mahu Timbalan Ketua Pemuda PAS Ust. Azman Shapawi ditukar memandangkan beliau tidak menonjol dan tiada idea.

Rakan-rakan aku ni semua sekadar ahli PAS dan penyokong PAS yang biasa. Jadi komen dan pandangan diorang ni boleh dengar tapi jangan terikut-ikut.

Pada aku sendiri secara ikhlas, Presiden PAS perlu ditukar tetapi buat masa ini masih belum ada pemimpin dalam PAS yang layak menggantikan Ust. Hadi. Namun Ust. Hadi perlu tingkatkan prestasi dengan mengancam musuh, bukan bertahan seperti sekarang.

Timbalan Presiden pula aku rasa Mat Sabu calon paling layak memandangkan beliau agak agresif dan lantang. Naib Presiden sekarang menunjukkan prestasi yang agak baik, aku sokong yang ada sekarang.

Cuma Timbalan Ketua Pemuda memang kena tukar. Aku rasa baik Suhaizan Kaiat buat masa ini layak menjawat Timbalan Ketua Pemuda. Kena ada gabungan ulama dan professional, kalo ketua dengan timbalan dua-dua ulama, alamatnya prestasi mendatar macam sekarang le.


Apa pun, siapa pun yang terpilih, sebagai ahli yang wala’ kepada parti selagi mana pimpinan tidak terkeluar dari landasan dasar perjuangan parti, kena le pegang prinsip ‘saya yang menurut perintah’. Hahaha.


Aku pun cuma ahli biasa je, yang hanya mahu melihat PAS terus maju.

Pendekar melayu konon

Masa ni dia kata dia pendekar melayu ketua wira perkosa
betul ke ni pendekar melayu ketua wira perkosa tu?

Rabu, April 27, 2011

DAP akan hilang sokongan rakyat

Sekiranya DAP menyertai BN, nescaya DAP akan kehilangan sokongan rakyat dan masyarakat cina seperti yang kini dialami oleh MCA, MIC, Gerakan dan SUPP.


Sokongan masyarakat cina kepada DAP dan Pakatan Rakyat (PKR, PAS) bukanlah bersifat kekal ataupun menyukai parti (DAP, PKR, PAS), tetapi kerana menolak pemimpin dan parti yang mengamalkan rasuah serta segala macam penyelewengan.

PAS akan menang besar, bukti DAP bukan perkauman

Mutakhir ini kita dapat lihat sokongan rakyat berbangsa cina memihak kepada Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi kepada DAP kerana DAP bertanding dikawasan kebanyakannya lebih 50% pengundi cina.


Ini yang terjadi dan amat ketara dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini apabila DAP menang 12 kerusi yang majoritinya pengundi cina.


Tiba-tiba DAP dikatakan rasis dan pengundi cina dituduh tidak mengenang jasa. Walhal sokongan pengundi cina adalah sebagai tanda protes ke atas pemimpin rasuah dan korup.


Jika PAS yang bertanding dikawasan majoriti cina, PAS juga akan menang besar seperti DAP. Kalau DAP nak menangkis tohmahan dan tuduhan berkaitan rasis, caranya kenalah bagi PAS bertanding di kawasan majoriti cina. Satu kerusi pun dah ok.

Tahniah DAP

Tiba-tiba berita tentang DAP dipelawa menyertai BN bertiup kencang. Mungkin ada kebenarannya memandangkan DAP kini menjuarai hati sebahagian besar rakyat Malaysia yang berbangsa cina.


Keadaan lebih buruk apabila MCA menggesa supaya memboikot akhbar rasis Utusan Meloya. Samada wayang lakonan MCA ataupun tidak, entahlah.


Namun tindakan pantas YAB Lim Guan Eng menafikan berita tersebut patut dipuji sekaligus menunjukkan keikhlasan DAP yang bersungguh berjuang atas landasan Pakatan Rakyat bersama PKR dan PAS.


Lim juga berkata sekiranya berita itu benar bahawa ada usaha membawa DAP ke dalam BN, DAP tidak akan menerima pelawaan tersebut. Tahniah.

Isnin, April 25, 2011

Pandai baca akhbar cina?



Perkosa demo depan pejabat MCA


Aku pun tak tahu akhbar cina rasis atau tidak, coz aku tak tahu baca cina. Haha, Perkosa vs MCA...

Tarif air naik, hadiah BN menang di Merlimau

Dalam diam kerajaan BN pimpinan Ali Ketam buat perangai perompak. Tarif air di Melaka dinaikkan dalam senyap-senyap. Rakyat tak dimaklumkan tentang kenaikan tarif air tersebut.


Bila ditanya Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB), Mohd Khalid Nasir pula mendakwa memang terdapat pelarasan tarif air. Ayat nak baik, tak mahu guna perkataan ‘kenaikan’ tapi guna ‘pelarasan’.


Rakyat Melaka? ramai yang marah, tapi marah-marah gitu je. Marah-marah sayang le katakan. Bila baca komen-komen di akhbar, ramai yang marah kerana kerajaan negeri tak maklum awal, konon nak buat penjimatan air katanya.


Jimat? Nak jimat macam mana? Dari wuduk ke tayammum? Baju pakai 2,3 kali baru basuh sekali? Mandi sehari sekali? Gosok gigi 2 hari sekali? Buang air besar tak payah flush? Rakyat dah cukup jimat, tapi masih dibebankan dengan bermacam-macam kenaikan kos hidup.


Setelah ditabur bermacam-macam rasuah semasa PRK Merlimau, kini BN buat perangai buruk siku kaut balik untuk cover segala kos pelaburan di PRK Merlimau. Cuma mangsanya kali ini seluruh umat di Melaka, bukan rakyat Merlimau sahaja.

Azmin jangan mudah melatah

Geram pula bila terbaca kenyataan Azmin yang membidas Datuk Mustapha Ali berkenaan pendirian PAS tentang isu video seks Anwar. Macam bagus sangat.


Sebagai timbalan presiden sebuah parti (PKR) yang mampu mengancam kedudukan dan kuasa BN tidak sepatutnya mudah melatah dengan kenyataan pimpinan parti rakan (PAS) tanpa mengetahui hujung pangkal.


Azmin juga sepatutnya tidak mempercayai berita-berita dari media arus perdana yang jelas adalah pro BN di mana sudah tentu kenyataan Datuk Mustapha Ali akan diputarbelit.

Siapa kamu untuk jawatan tinggi?

Bekas anggota kumpulan 4U2C, AC Mizal menyerahkan borang menyertai Umno di Ipoh dalam program Jom Masuk Umno.


Beliau dalam kenyataannya mendakwa telah ditawarkan menyertai salah sebuah parti pembangkang dan dijanjikan jawatan tinggi.


Ni le jenis manusia, baru daftar Umno dah buat cerita tipu. Siapa kamu untuk pegang jawatan tinggi dalam parti? Apa yang kamu tahu tentang politik?


Bob Lokman yang baru sertai PAS pun tak pernah ditawarkan jawatan tinggi. Parti politik pembangkang mana yang mabuk nak bagi kamu jawatan tinggi tu???

Selasa, April 19, 2011

Makin dilayan makin nyanyuk

Dap menang 12 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi. Pencapaian cemerlang DAP dicemburui BN lebih-lebih lagi yang memenangkan DAP adalah menerusi undi kaum cina.


Tiba-tiba Dr. M kata DAP bawa politik perkauman, politik rasis bertapak di Sarawak. Eh, bukan ke DAP tu parti campuran? Cuma kebetulan DAP didominasi kaum cina coz kaum cina yang paling ramai dalam DAP.


Aku tak pernah dengar pemimpin DAP melaung “hidup cina!”. Yang aku selalu dengar pemimpin Umno yang dok selalu melaung “hidup Melayu!”. Tapi dia yang kaya, melayu susah macam tu juga.


Melalut, merapu, makin dilayan makin nyanyuk. Kalau dah tak tahu apa nak cakap, jangan cakap.

Jumaat, April 15, 2011

Rumah panjang dapat Tv + Astro, bulanan bayar sendiri

Pengundi yang duduk di rumah panjang tidak sepatutnya terpengaruh dengan taktik BN memancing undi.

Janji BN untuk mengagihkan unit dekoder Astro dan set televisyen kepada setiap rumah panjang selepas pilihan raya negeri lebih kepada bersifat rasuah dan tidak ikhlas.

Set televisyen itu adakah berserta home theater system? Atau sebenarnya set televisyen hanya televisyen dan arial sahaja?

Bagaimana pula dengan bil bulanan Astro? Bayar sendiri ke? Tak mungkin BN akan menampung bil Astro untuk 2000 penduduk rumah panjang selama-lama. Jawabnya sebulan saja le tengok Astro!

Rabu, April 13, 2011

Kekuatan PACA bagaimana?

Hari mengundi PRN Sarawak hanya beberapa hari saja lagi. Laporan menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat dari hari ke hari.

Tetapi ramai percaya BN masih mempunyai strategi terakhir yang pastinya akan melakukan serang balas mengejut kepada PR.

Apapun, jawapan untuk Pilihanraya Negeri Sarawak akan terjawab melalui peti undi.

Persoalannya, sudah bersediakah PACA (Polling Agent Counting Agent) Pakatan Rakyat? Terlatihkah mereka? Adakah mereka kuasai dan mengetahui undang-undang pilihanraya? Cekapkah mereka menguasai situasi semasa pengiraan undi?

Cukupkah PACA PKR disetiap pusat mengundi? Harus diingat, PKR bertanding lebih 40 kerusi! Pilihanraya umum pun banyak tempat mengundi tidak kelihatan PACA mereka, bagaimana pula kali ini di Sarawak?

DAP dan PAS mungkin tidak mempunyai masalah tentang PACA. DAP mungkin mempunyai PACA yang terlatih. PAS sudah tentu akan mengimport PACA dari semenanjung.

PKR bagaimana? Pengalaman PRU 2008 buat aku seram jika berlaku di Sarawak yang mana pada masa itu aku menjadi PACA PAS, tetapi PACA PKR langsung tak nampak muka!

PRN Sarawak tidak melibatkan parlimen, jadi jika tiada PACA PKR ditempat mengundi (DUN PKR tandingi), tiada PACA lain yang boleh tolong. Siap sedialah untuk ditipu hidup-hidup oleh BN dan SPR!!!

Khamis, April 07, 2011

Jaga-jaga...


Teknik penyamaran

Kita semua yakin pelakon dalam video seks adalah bukan Datuk Seri Anwar walaupun muka pelakon tersebut agak sama dengan Anwar.

Mungkinkah pelakon tersebut telah melakukan pembedahan plastik supaya menyerupai Anwar? Ataupun melakukan teknik penyamaran (topeng) seperti yang kerap kita tonton dalam filem-filem penyiasatan?

Dalam buku komik Penyiasat Remaja Q kerap kali detektif gunakan cara tersebut untuk menyamar identiti orang lain. Kalau tak silap dalam filem Mission Impossible III ada guna teknik penyamaran tu.

Namun kalau pelakon itu menggunakan teknik tersebut, kecuali menutup parut dan seumpamanya, bentuk badan tetap tak boleh ubah.

Pendapat aku je…

Selasa, April 05, 2011

Bukti kukuh fitnah zalim terhadap Anwar

“Video tersebut bukti paling kukuh sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini fitnah zalim dan palsu,” kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau mengulas mengenai video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno, semalam.

Semalam, sebahagian daripada rakaman video tersebut juga dimuat naik ke laman YouTube.

“Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya pada sidang media di kediamannya di Segambut, sebentar tadi. Turut hadir ialah Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Tegasnya, setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

“Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut," ujarnya.

Berikut kenyataan penuh beliau. Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno. Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang Umno Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan Umno Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

Persepsi: ramai yakin itu Anwar

Pakatan Rakyat harus melakukan sesuatu jika yakin pelakon dalam video seks tersebut bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini memandangkan respon beberapa rakan (atas pagar dan Umno/BN) yang aku temui mulai percaya pelakon video seks tersebut adalah Anwar setelah melihat gambar video tersebut yang kini tersebar di internet. Kalau tengok berkali-kali pun, muka dan rambut memang mirip Anwar.

Walaupun Datuk Johari Abdul dan Che’gu Bard yang pernah menonton video tersebut menafikan pelakon itu adalah Anwar dengan alasan bentuk badan dan gerak geri pelakon itu tidak sama dengan Anwar, namun harus diingat rakyat tidak perasan dan tidak cam bentuk badan Anwar apatah lagi gerak geri.

gambar ni aku copy dari blog si Arman Azha

Pada aku, video seks tersebut sengaja didedahkan memandangkan sebelum ini ramai yang tidak percaya bahawa pelakon dalam video tersebut adalah Anwar. Persepsi rakyat dapat berubah hanya dengan melihat muka walaupun hitam putih.

Video seks di Youtube 2 hari sebelum penamaan calon PRN S’wak

Jumaat, April 01, 2011

Video tulen atau orangnya tulen?

Hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.

“Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu”, katanya kepada pemberita hari ini.

Rakyat tak pernah pertikai video itu palsu atau tulen, tetapi yang rakyat pertikaikan watak dalam video itu samada betul Datuk Seri Anwar yang tulen atau Datuk Seri Anwar yang palsu?!

Cerita blue Anwar?

Masa zaman sekolah dulu, kalau video lucah/porno ni budak2 sekolah akan bahasakan sebagai ‘cerita blue’. Aku pun tak tahu kenapa lucah/porno tu diibaratkan ‘blue’. Tak mungkin ‘blue’ tu bermaksud biru dacing.

Kalau menunjukkan otak lucah, biasanya orang panggil otak kuning. Bukan otak biru, ye tak?

Tiba-tiba keluar cerita ‘blue’ Anwar Ibrahim. Cuma satu saja aku nak cakap, kalau betul datuk ‘T’ ni perjuangkan kebenaran, sepatutnya bagi dulu video ni pada polis. Kalau betul Anwar dalam video tu baru le mainkan isu ini.

Tapi ini dok tayang pada wartawan dulu. Tak masuk akal. Kalau takat muka sama, belum tentu anggota badan sama. Tak perlu tubuh suruhanjaya diraja siasat benda mengarut ni, membazir! Polis pun boleh sattle benda ni.

Kes Altantuya tak nak pula tubuh suruhanjaya diraja?

Diorang tuduh adegan seks ni berlaku jam sekian-sekian, tup-tup Anwar buat sidang media dengan ditemani isteri dan rakan-rakan jelaskan masa tersebut beliau ada di rumah. Fikir logiklah, Wan Azizah paling tahu masa tersebut Anwar betul ada di rumah atau pun tidak.

Kalau betul masa tu Anwar tak ada di rumah, tak kan le Wan Azizah pertahan Anwar pada sidang media tersebut?

Isteri mana yang sanggup terima suami dia berlaku curang? Kalau betul Anwar tu curang, tak kan le Wan Azizah pertahankan Anwar? Mana-mana manusia pun tak mungkin berpura-pura tentang perasaan dan hati.

Tiba-tiba Datuk ‘T’ perkenalkan diri mereka. Laaa, kalau si Rahim Tambi Chik ni dalangnya, siapa mahu percaya? Air muka pun kejam semacam. Konspirasi tak guna otak, letak le orang baik sikit kot ye pun nak orang percaya. Si Rahim ni, orang Melaka kenal le dia ni siapa…..

Apa ada pada Arman?

Hangat apabila Arman Azha Abu Hanifa mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Wira Perkasa untuk aktif dalam politik.

Beliau juga merupakan ketua penerangan pemuda Umno bahagian Petaling Jaya Utara.

Beliau menjelaskan hanya dengan kuasa politik sahaja boleh memastikan kuasa, hak dan martabat Bumiputra akan tercapai. Tanpa kuasa politik, walaupun didesak, apa jua perjuangan tak akan tercapai.

Jelasnya lagi “Saya mahu menyertai parti yang memperjuangkan prinsip agama, bangsa dan negara. Tetapi mana ada parti politik yang benar-benar memartabatkan agenda agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air? Sampai saat ini saya belum memberi kata putus. Saya kena lihat dulu parti mana yang benar-benar membawa prinsip seperti yang saya perjuangkan."

Lain benar bunyinya. Ertinya pada beliau sekarang Umno bukanlah parti yang benar-benar memartabatkan agenda agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air.


Beliau juga mengakui menerima beberapa pelawaan parti politik termasuk daripada Pakatan Rakyat.

Aku pun tak tahu apa kelebihan Arman ni. Nak kata pegang jawatan tinggi dalam Umno, takat di bahagian saja. Dalam Perkasa, takat Ngo saja. Cuma nampak dari sudut prinsip beliau agak jelas.