Selasa, Mei 31, 2011

Laporan Renta Futsal Kosmo

Pasukan Dewan Pemuda Pas Putrajaya (DPP Putrajaya) telah berjaya melangkah sehingga ke peringkat ke-2 kalah mati, namun tewas diperingkat ini pada hari ahad.


Pasukan DPP Putrajaya telah menjuarai peringkat Kumpulan 30 dan melangkah keperingkat 1 pusingan kalah mati pada hari jumaat.


Berikut adalah keputusan yang melibatkan pasukan DPP Putrajaya:


Peringkat Kumpulan 30:


1. DPP Putrajaya (1) vs KPMSI FC (0)


2. DPP Putrajaya (2) vs Real Betis FC B (2)


DPP Putrajaya juara peringkat kumpulan 30


Pusingan Kalah Mati, Peringkat Pertama:


1. DPP Putrajaya (1) vs Bitlord FC (1)

Sepakan Penalti:DPP Putrajaya (2) vs Bitlord FC (0)


Pusingan Kalah Mati, Peringkat ke-2:


1. DPP Putrajaya (0) vs Real Betis FC A (1)
DPP Putrajaya tersingkir ke peringkat seterusnya.


Sepanjang ana berada di kejohanan futsal kosmo sempena himpunan sejuta belia ini, boleh dibuat kesimpulan berikut:


Penganjuran yg teruk dari segi jadual perlawanan sangatlah mengecewakan sehingga pusingan awal tertangguh hampir 10 jam.


Ana terpaksa berada di lokasi perlawanan dr awal pagi jumaat sehinggalewat malam pada hari yg sama, dan disambung seawal pagi ahad utkperingkat seterusnya.


Pihak penganjur mungkin berjaya dalam objektifnya utk menghimpunbelia, tapi dr segi pengamatan ana sepanjang berada di sana, programini merupakan program yg penuh dgn kelalaian, lara dan tidak menepati kehendak Islam dalam membentuk keperibadian belia sebagai aset masa depan.


1. Jadual Perlawanan yang tidak menghormati waktu solat, perlawanan sentiasa berlangsung dan pemain terpaksa menunggu di gelanggangwalaupun waktu solat sudah masuk (kes waktu maghrib adalah yang paling jelas).


2. Sistem bunyi yang hingar bingar juga menidakkan suara azan didengardari masjid2 atau surau berdekatan.


3. Kehadiran yang ramai, tapi surau sebesar 1 cabin shj disediakan ditempat perlawanan, kepada pemain yg perihatin dengan tanggungjawabsebagai muslim ada yang pergi ke surau-surau di kuarters ygberdekatan, tapi bilangannya sgt lah sedikit dpd apa yg ana lihat.


4. Pemain-pemain futsal wanita, yg memakai seluar pendek semasakejohanan ini berlangsung menunjukkan pihak penganjur langsung tidakmengeluarkan atau tiada garis panduan kod pakaian bagi kaum wanita sebagai syarat penyertaan dalam kejohanan futsal ini.


5. Tempat rehat wanita yang terbuka dan bercampur aduk dengan kaumlelaki menyerlahkan lagi ketidak pekaan penganjur dalam isubatas-batas lelaki dan perempuan.


6. Golongan perempuan "penkid" yang ramai dan golongan wanita yanghisap rokok juga amat mudah dilihat sepanjang kejohanan futsal sempenahimpunan belia ini.


Sekadar perkongsian



(Fendi DPP Putrajaya -email-)

Jumaat, Mei 20, 2011

Mana ada Jihad pertahan fitnah

buat malu saja, nampak sangat IQ zero



Isnin, Mei 16, 2011

Umno Bukit Katil tak bertamadun ganggu program PR

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya berceramah di Duyong dan di Paya Rumput dalam program beliau di Melaka jumaat lepas.


Namun program di Duyong terpaksa ditukar ke Bukit Katil saat akhir kerana desakan Umno dan polis. Kekecohan masih berlaku di Bukit Katil apabila beruk-beruk Umno dikerah bagi menimbulkan provokasi.


Polis? Macam biasa, terus dayus hidung dicucuk Umno macam lembu. Langsung tak ditangkapnya beruk-beruk Umno yang buat kecoh tu.


Aku tak berkesempatan untuk ke Bukit Katil. Aku ke Paya Rumput yang mana sepatutnya Anwar berceramah jam 11 malam. Road blok polis + rela buatkan jalan sesak dari Cheng hingga ke Paya Rumput.


Ramai penyokong-penyokong PR terpaksa berhenti di tepi jalanraya memandangkan road blok polis amat ketat sehingga berlaku kesesakan melampau.


Kesudahannya aku tak jumpa pun tapak ceramah disebabkan road blok polis yang terlalu ketat. Mungkin program tersebut dibatalkan.


Bila terbaca laporan apa yang berlaku di Bukit Katil buatkan aku geram. Kesal kerana Melaka masih ada melayu yang tak bertamadun (beruk-beruk Umno) yang sanggup buat kecoh mengganggu ceramah PR macam negeri ni mak bapak dia punya.


Ikutkan panas kat hati ni, mahunya sakit jantung dibuatnya mencarut-carutkan Umno ni. Tak memasal tambah dosa lak.


Kalaupun Umno Melaka ni tak suka Anwar pun, buatlah cara anak jantan. Cabar debat, hujah secara fakta, kan bagus? Janganlah buat lagak samseng, tak malu ke buat perangai bodoh macamni?

Selasa, Mei 10, 2011

PR disaran lapor polis seluruh negara

Kita kerap kali melihat Umno dan Perkosa lapor polis dalam sesuatu isu walaupun yang selalunya isu yang direka dan disalahtafsir oleh mereka sendiri. Seolah-olah apabila mereka buat laporan polis, mereka berada di pihak yang benar.
Isu yang terbaru tuduhan ada usaha untuk menukar agama rasmi negara dengan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, serta melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.
Seperti biasa tuduhan yang mengancam Islam akan dilemparkan membuta tuli kepada DAP yang didominasi oleh kaum cina walaupun langsung tidak disokong oleh fakta dan bukti.
Setiusaha agung DAP menafikan tuduhan yang dilemparkan kepada DAP kononnya terlibat dengan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, serta melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu. Beliau juga menegaskan mendokong dan menyokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia.
Utusan melayo yang terkenal dengan sifat azali mengapi-apikan sentimen perkauman dan sentimen agama serta akhbar pro Umno yang lain sudah pasti tidak akan melaporkan kenyataan DAP yang menegaskan mendokong Islam sebagai agama rasmi negara serta menafikan terlibat seperti yang ditudah.
Umno sehingga hari ini masih terus menerus membuat laporan polis. Pada aku tindakan umno ini hanya untuk mencari publisiti murahan bagi memburukkan DAP dan Pakatan Rakyat.
Namun di pihak PR pula agak tenang dalam menjawab isu, walaupun kesan daripada isu ini berkemungkinan sokongan melayu terhadap PR akan terhakis.
PR harus bertenaga dengan menyerang semula tuduhan ini. Sepatutnya PR harus membuat laporan polis besar-besaran berkenaan isu ini seperti yang dilakukan oleh Umno.

Walaupun mungkin laporan tersebut akan dibakul sampahkan, namun dengan membuat laporan polis besar-besaran sekurang-kurangnya dapat membuktikan PR senada mempertahan Perlembagaan dan mendokong Islam sebagai agama rasmi negara.