Jumaat, September 21, 2012

DAP perlu prihatin terhadap sensitiviti umat Islam

Satu ketika dahulu YAB Lim Guan Eng berarak bersama umat Islam dalam perarakan Maulidur Rasul, bukankah cantik jika hari ini ada pimpinan DAP bersama-sama berarak di kedutaan Amerika?
DAP sendiri harus ikhlas untuk berusaha kuat keluar dari tohmahan dan tuduhan bahawa DAP Anti Islam.
Kenyataan Datuk Ngeh Koo Ham amat tidak bijak walaupun pada awalnya kenyataan beliau lebih kepada mempertikaikan keikhlasan Pemuda Umno dalam isu membantah filem Innocence of Muslims.
Walaupun kita yakin DAP tidak memusuhi Islam, tetapi jika DAP bersikap prihatin terhadap sensitiviti umat Islam, hari ini sekurang-kurangnya boleh menjernihkan sedikit persepsi sebahagian rakyat Malaysia yang masih termakan momokan ‘DAP Anti Islam’.

Khamis, September 06, 2012

Perlukah pertahan kesucian gambar Najib?

Mereka yang dituduh memijak gambar Najib dan Rosmah ditangkap, digari tangan dan disoal siasat.
Suci sangatkah gambar Najib sehingga siapa yang pijak boleh diambil tindakan sehingga ditangkap, digari tangan dan disoal siasat?
Secara peribadinya saya tidak bersetuju tertuduh meniru budaya biadap Umno yang kencing pada gambar Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang, membakar gambar Ambiga dan memijak gambar Lim Guan Eng.
Polis juga tidak boleh bersikap dwi standart membiarkan saja penyokong Umno hina gambar pemimpin PR, tetapi bertungkus lumus mencari mereka yang hina gambar Najib.
Rakyat menilai setiap tindakan rejim.

Perkasa ada tauliah?

Perkasa Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong.
Perkasa Kota Setar menyatakan bahawa Anwar tidak mempunyai tauliah untuk menyampaikan tazkirah maghrib.
Tapi adakah Perkasa mempunyai tauliah atau kuasa melebihi pihak berkuasa untuk membuat kacau ala samseng  dan mafia sehingga boleh menimbulkan ketegangan?
Bukan bidang kuasa Perkasa untuk menilai tauliah mana-mana individu. Tetapi Perkasa mempunyai kuasa untuk mengarahkan ahlinya mengimarahkan masjid daripada buat kerja gila!

Perkasa yang perkosa keharmonian masjid.