Selasa, Jun 29, 2010

Umno Dicabar Wujud ‘Ulama Umno’

Jika benar Umno menghargai golongan agama dan merasakan mereka parti yang perjuangkan Islam, Umno dicabar wujudkan satu lagi sayap baru iaitu ‘Ulama Umno’ sama seperti Dewan Ulama Pas.
Sayap baru Umno itu hendaklah sebaris dan sama taraf dengan Pergerakan Pemuda Umno, Wanita Umno dan Puteri Umno.
Nama untuk sayap baru bagi Ulama Umno, terpulang jika ada nama lain.
Ini penting bagi memberi ruang kepada 40 ulama muda yang menyertai Umno baru-baru ini menyerlah di dalam Umno lebih-lebih lagi menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Umno.
Moga-moga 40 ulama baru Umno ini tidak hanya menjadi penghias dalam almari Umno.

Ahli Politik Yang Macam Model





lain dari yang lain...

Sabtu, Jun 26, 2010

Dr Mahathir Kepala Judi Negara

1. Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! Itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam negara .

2. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : " Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah [ judi ]..."

3. Satu kenyataan yang cukup biadab justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Tidak syak bahawa judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.

4. Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Bermula dari sekecil - kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita .

5. Tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir begitu teruja untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak - agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat .

6. Berbeza dengan sikap Tun Dr. Mahathir yang terus mempamerkan kejahilannya yang sukar dididik kepada umum , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam . Dewan Pemuda PAS mencabar Tun Dr Mahathir menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi ? atau agama apa yang dianut oleh Tun Dr Mahathir ?

7. Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budaywan Bertindak, Lee Ban Chen . Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan mebantah Judi GMJ . [ semua mereka adalah chinese dan bukan Islam ]

8. Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sepatutnya sebagai orang tua negara , Tun Dr Mahathir sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara . Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian , tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada negara .

9. Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan . Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara .

10. Dewan Pemuda PAS menyeru supaya rakyat bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara . Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan . Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan . Pertaruhan inilah akan menghasilkan kesan buruk kepada masyarakat .

11. Pertaruhan sering mendorong berlakunya pergaduhan . Yang menang dilihat menindas yang kalah sementara yang kalah menyimpan dendam tidak berkesudahan . Kekalahan pula membuatkan mereka terdesak lalu mereka akan terjebak dalam kancah jenayah ragut , curi , rompak dan bunuh serta bunuh diri .

12. Perjudian adalah satu penindasan . Hampir tiada yang berjudi menjadi kaya dengan hasil judi melainkan keuntungan besar hanya akan dikaut oleh tauke judi . Bahkan judi memerangkap penjudi menjadi hamba kepada nasib yang tidak menentu tanpa memiliki kudrat untuk bangkit berdikari mencari hasil dari sumber yang halal dengan keupayaan sendiri . Judi melahirkan generasi pemalas dan lemah upaya berdikari .

13. Justeru itu sekali lagi Dewan pemuda PAS menggesa supaya seluruh rakyat prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan membantah Judi [GMJ] menyertai Himpunan Aman 100K pada 3 hb Julai 2010 dan berarak ke istana negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong .

Lampiran fakta - fakta berkait Aktiviti Judi dan Industri Judi yang disuburkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri .

UMNO hidup kerana wang judi dan judi hidup kerana UMNO

a] Dari sudut ekonomi, judi adalah satu bocoran kepada aliran wang. Lebih 8 billion ringgit dibelanjakan di meja judi di Negara kita, samada judi kasino atau judi mesin slot, judi lumba kuda atau judi empat nombor ekor. Satu jumlah yang besar - lapan billion ringgit.

b] Apabila lesen perjudian diluluskan, alasan yang sama sekali lagi digunakan. Untuk mengelakkan perjudian haram. 'haram' kepada 'halal' sahajalah penyelesaian kerajaan. Berjudi kepada tidak berjudi tidak pernah menjadi satu pendekatan. Seakan-akan Kerajaan bimbang rakyat berhenti berjudi kerana ia merugikan syarikat dan kerajaan.

c] Raja-raja Melayu sebulat suara menentang rancangan penjajah lnggeris rnemulakan penghalalan judi di Negara ini 53 tahun yang lalu. Ini dapat dilihat dalam Minit Mesyuarat Persidangan Rajaraja Melayu ke 11 tlan 12 yang diadakan pada tahun 1950,53 tahun yang lalu. Ketika itu, Negara masih di bawah penjajahan Inggeris.

d] Kasino pertama di Negara kita didirikan di Genting Highland. la diluluskan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun-tahun 1969 - 1970. Pada 31 Mac 1969, Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas pembinaan Highlands Hotel. Kagum di atas kemampuan syarikat Genting Highlands Berhad membina jalan dan hotel tersebut, Kerajaan meluluskan lesen kasino dan perjudian lain kepada Genting Berhad.

e] Pertautan antara industri dosa ini dengan pemimpin UMNO telah dijalin pada hari pertama industri ini dikembangkan lagi. Tan Sri Khir Johari, bekas Menteri Pelajaran yang pertama yang bertanggungjawab melupuskan medium jawi dalam sistem pendidikan Negara kita pula sejak sekian lama terlibat dalam syarikat perjudian Magnum Berhad dan Magnum 4D sebagai pemegang saham dan ahli lembaga pengarah. Beliau mula dilantik selaku Timbalan Pengerusi Magnum sejak 1986 lagi. Sejak itu, beliau kekal sebagai ahli lembaga pengarah Magnum walaupun pemilik utamanya bertukar tangan.

f] Pada tahun 1994, wang yang dibelanjakan untuk membeli tiket toto hanya RM 886 juta, tetapi kini, ia sudah mencecah RM 2.3 billion. Jumlah ini hanya untuk perjudian Sports Toto. Sebagai balasannya, senyap tak senyap, untuk tahun 2002, kerajaan memperolehi pendapatan dari cukai judi Sports Toto sejumlah RM 133 juta. Syarikat pula terus mengaut keuntungan lumayan, dari RM 272 juta pada tahun 2001; meningkat kepada RM 293 juta pada tahun 2002. Siapa kata Dr. Mahathir tidak mengembangkan tabiat perjudian di bawah pemerentahan beliau?.)

g] Sikap mesra judi yang diamalkan oleh Kerajaan BN adalah amat jelas sekali. Dasar-dasarnya seiring dengan kepentingan syarikat perjudian. Ini dapat dilihat, terutama sekali dengan pelbagai insentif penurunan cukai yang diberikan oleh Kerajaan menerusi Menteri Kewangan, terutama sejak pertengahan 2001. Syarikat perjudian Tanjung, Magnum dan Sports Toto telah diberikan pengurangan cukai yang membolehkan syarikatsyarikat judi ini mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi.

h] Pegangan kerajaan ke atas syarikat judi berlaku secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung, kerajaan memiliki saham dalam Genting International Limited, Resorts World Bhd. yang menguruskan kasino di Genting Highland, Berjaya Group Berhad dan Metroplex Berhad. Senarai ini boleh dilihat dalam buku Akaun Awam Persekutuan, di bawah Ba - Penyata Lengkap Pelaburan Am.

i] Bagi Syarikat Metroplex umpamanya, kerajaan menipunyai 327,200 saham. Kerajaan mempunyai saham emas dalam Sports Toto. Bagi milikan tidak langsung pula, kerajaan terlibat dalam banyak cara. Sebagai contoh, menerusi menteri Kewangan diPerbadankan, kerajaan mempunyai saham dalam Kamunting Corporation yang merupakan pelabur utama dalam syarikat judi Magnum Corporation, saham dalam Malaysian Plantation Berhad yang merupakan pelabur kedua terbesar dalam syarikat judi Leisure Management Berhad, saham dalam Multi Purpose Holding yang merupakan pelabur ketiga terbesar dalam syarikat judi Leisure Management dan Magnum Corporation, saham dalam Golden Hope Limited yang mempunyai saham pula dalam syarikat judi Genting Berhad

j] Bagi tahun 2001, Genting Berhad membuat pembayaran sejumlah RM 44.36 juta kepada pengarah dan ahli lembaganya. Pengerusinya, Tan Sri Lim Goh Tong mengaut RM 33.5 juta bayaran untuk tahun tersebut. Bayaran kedua tertinggi yang dibuat oleh Genting ialah RM 8.3 juta dan ini mungkin diperolehi oleh Tun Haniff Omar selaku Timbalan Pengerusinya! Tun Hanif memperoleh RM 2.5 juta lagi bayaran dari Resorts World. Pada keseluruhannya, Resorts World membayar sejumlah RM 24.21 juta kepada Pengarah dan ahli lembaganya bagi tahun 2001. Pengerusinya, sekali lagi Lim Goh Tong, mendapat RM 16.7 juta, diikuti RM 5.5 juta sebagai bayaran kedua tertinggi darl bagi ahli lembaga bukan eksekutif, dibayar di antara RM 2.5 juta hingga RM 2.55 juta

k] Lebih memeranjatkan tentunya mengenai saham saham yang dimiliki oleh Tengku Adnan Tengku Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Kerja UMNO. Tentulah sesuatu yang mengaibkan bagi UMNO bila mengetahui lesen perjudian dikeluarkan kepada syarikat di mana tokoh UMNO mempunyai kepentingan. Apa lagi menjelang pllihanraya.

l] Mengikut dokumen rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, antara pemegang saham utama Bukit Tinggi Resort ialah Tengku Adnan Tengku Mahmud, selain Vincent Tan dan anak syarikat Kerajaan Pahang, Pasdec Corporation. Jumlah saham Tengku Adnan dan Pasdec ialah masing masing 63 juta dan 45 juta saham bernilai seringgit satu saham.

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Khamis, Jun 24, 2010

Ibrahim Ali Membisu Apabila Mahathir Sokong Judi Bola

Ibrahim Ali digesa mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap Tun Dr. Mahathir yang menyokong judi bola.
Ibrahim yang sebelum ini menentang hasrat kerajaan memberikan lesen judi bola, membisu selepas Mahathir secara terbuka menyatakan pendirian menyokong judi bola.
Ramai yang tahu Ibrahim Ali amat menghormati dan menyajung tinggi Mahathir…

Mahathir Semakin Biadap Mencabar Islam

Kenyataan Tun Dr. Mahathir semalam dianggap biadap dan semakin kurang ajar apabila mengatakan sekiranya beliau masih berkuasa, beliau akan meluluskan lesen judi bola.
"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya semalam.
Mahathir juga mendakwa "Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia”.
"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.
Melihat kepada kenyataan Mahathir ini memperlihatkan tahap kebodohan beliau yang menuduh masyarakat cina suka berjudi sedangkan semua agama mengharamkan judi termasuk Buddha dan Hindu.

Jumaat, Jun 18, 2010

Kes Enjin Jet: Bapa Dakwa Anak Dipukul Seperti Lembu


Bapa sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran mendakwa anaknya itu diseksa dan dipaksa mengaku mencuri enjin dua jet pejuang yang dilaporkan hilang ketika dalam tahanan reman.
“Mereka memukulnya seperti seekor lembu,” kata N Nagarajah (kiri), 71, selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibupejabat polis di Brickfieds, Kuala Lumpur hari ini.
Nagarajah mendakwa dua pegawai TUDM, yang hanya dikenali sebagai Mejar Azam dan Mejar Ismail membelasah anaknya sepanjang tiga minggu bermula 2 Julai lalu sehingga 17 Julai tahun lalu.
Dia juga mendakwa Mejar Ismail memaksa Tharmendran memakai topi keledar, yang kemudiannya berulang-kali dipukul oleh pegawai berkenaan dengan kayu golf dan bat kriket.
Nagarajah berkata Mejar Ismail juga memberitahu anaknya bahawa semua nama mereka yang disiksanya termasuk Tharmendaran tertulis di topi keledar berkenaan.
Dia seterusnya mendakwa anaknya dibogelkan dan hanya berseluar dalam di sebuah bilik yang berhawa dingin dan tidak dibenarkan tidur kerana sering-kali disoal selepas tengah malam.
“Sepanjang masa berkenaan pangkalan TUDM di Sungai Besi, mereka memaksanya untuk mengaku yang dia mencuri dua enjin jet pejuang F5E berkenaan.
“Mejar Ismail juga mengugut untuk menembak anak saya dan (tertuduh bersama) Rajandran Prasad,” katanya dalam laporannya itu.
Tharmendran didakwa mencuri enjin berkenaan pada Disember 2007 dari pangkalan TUDM Subang dan kini dmasih ditahan kerana gagal membayar RM150,000 sebagai jaminan.
Nagarajah ditemani oleh empat peguam, termasuk N Surendran yang bertindak sebagi peguam utamanya.
Menurut Surendran, Tharmendran memberitahu mereka bahawa dia dipaksa untuk membuat pengakuan bersalah bukan sahaja terhadap tuduhan mencuri enjin jet tetapi juga senarai bahagian jet itu yang hilang.
"Hakikat bahawa dia diseksa untuk membuat pengakuan menunjukkan bahawa dia tidak bersalah,” kata Surendran.
Difahamkan Nagarajah diarahkan sekali lagi ke balai polis di Brickfields bagi memfailkan kenyataannya selang beberapa minit selepas dia membuat laporan.
Malaysiakini

Rabu, Jun 16, 2010

Mahathir Heret Judi Kepada Perkauman

Muhammad Nuruddin
Dewan Pemuda PAS dari peringkat pusat sehingga ke akar umbi berasa cukup terkilan dengan kenyataan dangkal Tun Mahathir berkaitan isu judi yang dianggap sebagai isu politik semata-mata. Jelas Tun Mahathir yang kini ingin mencipta nama di peringkat antarabangsa melalui Global Peace Organisation itu cukup tidak matang mengeluarkan kenyataan berkaitan isu domestik terkini iaitu perlesenan judi.
Pemuda PAS Gopeng menolak kenyataan beliau yang mengaitkan bantahan DAP terhadap judi tidak bermakna DAP menerima syarikat Islam. Bersama dengan PAS menolak judi yang merupakan punca kerosakan sosial tiada kena mengena PAS memaksa DAP menganut Islam. Malah jika DAP dan kaum Cina memiliki kesedaran menolak judi ia adalah suatu yang perlu dibanggakan oleh Tun dan Umno kerana tujuan umat Islam di dunia ini adalah untuk menyedarkan perkara yang baik serta menjunjung nilai sejagat.
Kempen 1Malaysia cukup gagal apabila mentor Najib sendiri tergamak menghina kaum Cina dengan mengaitkan judi sebagai kegemaran dan budaya kaum itu.
Adakah Tun mahathir ingin membuat perbandingan antara penerimaan Islam oleh DAP dengan Umno? Jika Umno menerima Islam, bagaimana pula serangan Tun selaku Perdana Menteri dahulu terhadap sekolah agama rakyat (SAR), kalimah Islam pada pertubuhan Islam, serangan terhadap hudud serta mengapa Tun sanggup membela anggota Freemason yang membantu Umno dalam pilihan raya?
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang sudah disokong lebih 40 pertubuhan termasuk dari kalangan bukan Islam adalah petanda yang jelas Tun Mahathir tidak mengikut perkembangan semasa dengan betul.
Undang-undang jelas menyatakan yang semua lesen perjudian dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan sedangkan kerajaan negeri hanya bertanggungjawab terhadap premis judi sahaja di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961. Jelas pakatan rakyat cukup mendokong aspirasi membawa agenda islah dan taghyir ke arah masyarakat yang lebih baik apabila melihat parti seperti DAP mula berusaha memulihkan kesedaran betapa rosaknya judi.
Alasan kebudah-budakan oleh Tun bahawa lesen judi akan mengawal judi daripada dimainkan oleh orang Islam dan ianya hanya untuk kaum Islam adalah hujah yang dangkal malah Tun seolah-olah tidak mengenal sikap orang melayu. Jika Tun sanggup ke premis judi, orang Melayulah yang antara teramai beratur membeli nombor. Bukankah premis tersebut juga berlesen dan di mana kuasa lesen itu untuk meghalang orang Melayu memasuki premis?
Umno hidup melalui pendapatan judi sejak tahun 1951. Dalam keadaan negara yang diramalkan bakal bankrap akibat gejala boros dan rasuah dalam pemerintahan Malaysia, setiap peristiwa, event, sukan atau apa sahaja akan dikomersilkan tanpa mengira halal dan haram kerana pemimpin sudah terdesak.
Pemuda PAS Gopeng memberi amaran kepada penyokong judi beragama Islam di Malaysia bahawa umat Islam seluruhnya tidak akan selamat sekiranya tergamak ingin terus menambah suntikan wang haram ke dalam pembangunan fiskal negara.
Kenyataan Tun yang ingin memisahkan isu judi dengan agama dan mengekalkan pemikiran sekular benar-benar menuntut untuk Tun bertaubat di penghujung usia kini.

Muhammad Nuruddin Bashah,
Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng.

Kontraktor Stadium Runtuh Bina Istana Baru

Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bakal dalam keadaan berbahaya, kata ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana seorang daripada kontraktor yang dipertanggung-jawabkan membina laluan ke istana baru itu adalah kontraktor yang sama membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yang runtuh tahun lalu.

Pada kejadian itu, struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM300 juta itu runtuh, kurang setahun selepas siap pada 2008 dan digunakan sempena Sukan Malaysia Ke-12 (Sukma) yang Terengganu menjadi tuan rumah. Ia kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.Syarikat yang dipertanggung-jawab membina laluan dari Jalan Duta ke istana baru itu pada kos RM130 juta adalah kontraktor yang sama membina stadium berkenaan.
Sehubungan itu, Ngar hari ini di lobi parlimen mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terbabit membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kos pembinaan istana baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun.
Semasa sesi soal-jawab semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.
Kontrak pembinaan istana itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong.
Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.
malaysiakini

Selasa, Jun 15, 2010

Adun Malim Nawar Keluar DAP



Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.
Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.
Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, sebentar tadi.
Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.
Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.
Malaysiakini

JUDI: Mahathir Fitnah PAS, Prejudis Pada Cina

KUALA LUMPUR, 15 Jun: PAS kesal dengan komentar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh kerajaan Umno BN.
“Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.
Tegasnya, PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi di negara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.
Katanya, PAS jauh berbeza dengan Umno di mana walaupun Umno telah memerintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi.
Jelasnya, selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi, sementara di Kedah pula usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan Rakyat.
“Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat,” ujarnya.
Beliau menambah, rakyat juga tahu bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan kerajaan negeri.
Katanya, kerajaan negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tauke judi semasa zaman pemerintahan BN.
Baginya, Mahathir sebenarnya dibayangi dosa-dosanya yang meluluskan judi di negara ini semasa pemerintahannya dan rakyat akan terus mengingati beliau sebagai tokoh pemimpin yang memimpin negara dengan duit hasil judi.
“Beliau mungkin berfikir, jika beliau tidak menyokong dasar Najib hari ini, pastinya orang-orang dalam kerajaan akan mengutuk beliau kerana selama ini beliaulah orang nombor satu yang membantu membangunkan industri judi dalam negara ini,” kata Idris lagi.
PAS juga, katanya amat kesal kerana Mahathir masih bersikap prejudis kepada masyarakat Cina di negara ini yang dalam pemikirannya dianggap sebagai kaum yang suka berjudi.
“Beliau hadir dan berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu semalam dan mencipta prasangka buruk terhadap orang Cina. Perkara ini tidak wajar kerana masyarakat Cina juga bukanlah masyarakat yang suka berjudi dan ucapan beliau ini adalah satu penghinaan,” ujarnya.
Menurutnya, tabiat judi adalah masalah yang dicipta dalam masyarakat bagi melalaikan mereka dan kerajaan mengambil kesempatan daripada golongan yang tidak berilmu itu dengan mengeluarkan lesen bagi mengaut hasil perjudian.
Justeru, kata beliau sewajarnya kerajaan memberikan pendidikan kepada rakyat, memberikan maklumat dan berusaha memerangi gejala judi dalam masyarakat sama macam memerangi gejala dadah.
“Bila judi diharamkan maka rakyat juga tidak akan berani berjudi. Aktiviti judi haram perlu dilihat sama seperti sindiket pengedaran dadah dan hukuman berat wajib diberikan kepada penganjur aktiviti judi,” katanya lagi.
Idris menambah, rakyat perlu diberitahu akan keburukan judi dan mengajak mereka bersama-sama memerangi judi.
Katanya, kerajaan harus menjadi kerajaan yang membantu membina rakyat dan masyarakat ke arah yang lebih positif dan proaktif, bukannya menjadi kerajaan yang meruntuhkan akhlak rakyat.
Justeru, ujarnya lagi, jika kerajaan BN dikekalkan, maka sampai bila pun masyarakat di negara ini akan terus dipersendakan dengan dasar-dasar yang tidak progreasif dan hilang sifat holistiknya.
http://www.harakahdaily.net

Tun Dr. Mahathir Diminta BERTAUBAT!!!


Kenyataan Tun Dr. Mahathir yang menyokong langkah kerajaan memberikan lesen judi bola amat-amat dikesali, menjijikkan dan menghina Islam seluruhnya.
Tindakan Mahathir yang menyindir bahawa Pakatan Rakyat sengaja mempolitikkan isu judi bola juga memperlihatkan wajah sebenar Mahathir yang memang suka dengan kemungkaran tetapi cuba berselindung disebalik tuduhan bodoh bagi menutup keburukan beliau.
Mahathir yang pernah suatu ketika dahulu menghina hukum Allah dan mempersendakan janggut Nabi Muhammad SAW memang terkenal sebagai seorang yang sekular dan menolak Islam sejak dari dulu lagi.
Adakah orang seperti ini perlu diangkat menjadi ikon kebangkitan Melayu dan Islam? NGO melayu yang mempelawa Mahathir dalam program “Melayu Bangkit” semalam harus menilai semula moral ikon (Mahathir) pujaan mereka ini.
Mahathir yang kini boleh dikategorikan dalam kumpulan “rumah kata pergi, kubur kata mari” seharusnya bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT.

Isnin, Jun 14, 2010

Ust.Hassan Syukri Kembali Ke Rahmatullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.
Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.
Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.
Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.
Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.
Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.
Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.
"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.
Sebelum Timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh Kerajaan PAS Terengganu selepas Pilihan raya Umum kesepuluh lalu.
Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.
Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah antara pemimpin parti yang awal menziarahi allahyarham di kediamannya di Taman Melewar.
Turut menziarah ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Mohd Hanipa Maiden, Khalid Samad serta Datuk Nakhaie Ahmad.
Ustaz Nasharudin menyifatkan parti kehilangan tokoh yang merupakan kamus dan rujukan parti berikutan kematian Ustaz Hassan Shukri.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Bachok berkata, baru dua hari lepas, allahyarham menerangkan struktur Perlembagaan PAS kepada tetamu luar PAS di JKR 10, Kota Bharu.
“Saya kenal Ustaz Hassan sejak awal perjuangan di Malaysia,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menziarahi petang ini.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang menyifatkan allahyarham adalah tokoh perjuangan Islam yang asal dan kekal hingga kini.
“Kita hilang satu sumber rujukan yang besar,” katanya.
Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Selangor kehilangan seorang tokoh yang berjuang untuk rakyat.
“Saya pernah berbincang dengan beliau bagaimana nak bantu rakyat yang tiada rumah dengan menggunakan wang zakat di atas tanah kerajaan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Selangor.
Katanya, Selangor telah memilih beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah sebelum ini.
harakahdaily

Khamis, Jun 10, 2010

Johor Tarik Balik Gelaran Datuk Chua Jui Meng

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.
Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.
Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".
Walau bagaimanapun, punca kejadian masih belum diketahui.

Ahli Majlis Dibelasah

Ahli majlis kerajaan tempatan Selayang Allan Lim Ching How mendakwa dia dan pembantunya dibelasah oleh kira-kira 20 individu pagi ini.
Lim mengenalpasti mereka sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida).
“Mereka memakai baju dengan logo PERKASA yang boleh dilihat dengan jelas,” katanya ketika dihubungi.
Pada kejadian 11.30 pagi ini, Lim, dan pembantunya, Zuhudi Ahmad mengalami kecederaan.
Kelopak mata Lim dan bibirnya koyak dan lehernya lebam akibat disepak berulang-kali manakala Zahudi pula ditendang sekurang-kurangnya dua kali di bahagian perutnya.
Lim berkata beliau bergegas ke lokasi tapak pembinaan sebuah dewan yang dimiliki oleh pertubuhan Cina apabila diberitahu bahawa sekumpulan lelaki sedang menanggalkan papan tanda projek berkenaan di Jalan TIB 1, Taman Bolton di Batu Caves.
Sebaik tiba, Lim dan Zuhudi mendapati individu berkenaan dalam proses meruntuhkan papan tanda berkenaan.
“Saya tanya mengapa mereka berbuat demikian tetapi lebih kurang 20 daripada mereka mula memukul kami,” katanya.
Walaupun memperkenalkan dirinya sebagai ahli majlis kerajaan tempatan Selayang, rayuan Lim supaya mereka tidak dipukul terus tidak dihiraukan.
“Ini Tanah Melayu, ini tanah kita bukan tanah orang Cina, kita tak takut,” kata Lim yang mengulangi apa yang diperkatakan oleh kumpulan berkenaan.
Ketika kejadian, Lim mendakwa dua anggota polis berada di lokasi bagi memantau keadaan tetapi kumpulan berkenaan tidak mempedulikan mereka.
“Saya tak faham mengapa OCPD hanya menghantar dua pegawai polis bagi memantau keadaan, sedangkan terdapat antara 50 hingga 60 ahli PERKASA dan Pekida,” katanya.
Lim membuat laporan di balai polis Batu Caves petang ini.
Dalam pada itu, presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang dihubungi berkata beliau tidak mengetahui mengenai kejadian itu yang membabitkan ahlinya.
"Saya di parlimen, Saya tidak tahu...Saya akan kumpulkan maklumat dahulu untuk menentukan sama ada ini benar atau tidak".
"Ini tidak kena-mengena dengan PERKASA, ia bukan polis kita untuk mengganas. Hanya kerana mereka memakai baju PERKASA tidak bermakna mereka ahli PERKASA,” katanya.
MALAYSIAKINI

Rabu, Jun 09, 2010

Bina Parlimen Di Putrajaya 1 Pembaziran

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz bahawa jemaah menteri telah memutuskan bangunan parlimen baru akan dibina di Putrajaya adalah dilihat sebagai satu pembaziran.
Bangunan Parlimen sedia ada di Kuala Lumpur pula akan dijadikan bangunan warisan.
Menurut jawapan bertulis kepada Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), Nazri berkata perkara itu diputuskan oleh jemaah menteri baru-baru ini.
Nazri bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut berhubung pemindahan itu kerana perkara itu masih dalam kajian awal oleh Jabatan Kerja Raya.
Bagaimanapun, Nazri kemudiannya menjelaskan kepada media bahawa perkara itu masih pada peringkat perbincangan oleh jemaah menteri.
Nazri berkata RM150 juta diperlukan bagi memperbaiki bumbung parlimen dan juga pendawaian elektrik bangunan itu, mankala RM800 juta diperlukan bagi membina bangunan Parlimen baru.
Adakah pembinaan bangunan parlimen yang baru di Putrajaya satu keperluan mendesak di saat kegawatan ekonomi negara?
Adakah bangunan Parlimen sedia ada sekarang rosak begitu teruk sehingga memerlukan rm150 juta?
Kerajaan sepatutnya mengambil langkah berjimat cermat. Projek yang tiada keperluan mendesak sepatutnya tidak didahulukan dan rakyat seharusnya diutamakan.

Isnin, Jun 07, 2010

Rupanya Pak Ali Ada Ijazah...

Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam merupakan Ketua Menteri Melaka yang terkini. Beliau menjawat jawatan itu sejak Disember 1999.
DAR merupakan Naib Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional.
Beliau merupakan anak jati negeri Melaka. DAR dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil, Melaka. Pendidikan awal DAR ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil dan Sekolah Kebangsaan Semabok. DAR kemudian meneruskan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School).
Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan awam dan memulakan kerjaya awal sebagai Pegawai Kerani di Tenaga Nasional (TNB) dari 1969 – 1979. Beliau kemudian menjadi Penolong Pengarah KEMAS negeri Kedah antara tahun 1979 – 1980.
Berkat kegigihan melaksanakan tugas, DAR dinaikkan pangkat sebagai Pengarah KEMAS negeri Perlis selama setahun iaitu dari 1980 – 1981. Beliau dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1981 – 1982) menjawat jawatan yang sama. Setahun kemudian dihantar ke Melaka sebagai Pengarah KEMAS (1982 – 1983). Pada tahun 1984, DAR mendapat kepercayaan dari Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abd. Rahim Tamby Chik dan dilantik sebagai Setiausaha Khas kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka sehingga tahun 1986.
Pada pilihanraya umum tahun 1986 bertanding untuk kerusi DUN kawasan Ayer Molek. Beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk portfolio Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar (1986-1990).
Sekali lagi pada 1990, DAR bertanding untuk kerusi DUN kawasan Sungai Udang dan menang. DAR dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Sains dan Teknologi hingga 1995. DAR kemudian dipilih oleh parti bertanding untuk kerusi parlimen Batu Berendam pada pilihanraya umum tahun 1995 dan menang. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dari 4 Mei 1995 – 10 Januari 1999.
Dalam rombakan kabinet pada Januari 1999, beliau diberi kepercayaan menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dari 11 Januari 1999 hingga pilihanraya umum pada 29 November 1999.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberi kepercayaan bertanding semula kerusi DUN kawasan Paya Rumput dan menang pada pilihanraya itu. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada 2 Disember 1999.
DAR dalam jangka waktu pemerintahannya di negeri Hang Tuah sejak 1999 telah meletakkan matlamat untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Maju menjelang 2010. Visinya terangkum dalam Visi Melaka Maju 2010 yang telah diusahakan DAR semenjak awal perlantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka dan di atas kesinambungan usaha para pemimpin yang lebih awal tetapi dengan kelajuan yang lebih cekap, pantas dan berkesan.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahli yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO merupakan Naib Presiden UMNO, Presiden Belia 4B Malaysia, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Presiden World Youth Foundation (WYF) dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY).
Beliau adalah seorang idealis yang praktikal, berpendirian tegas, berani, cekal, yakin dengan kebolehan diri sendiri dan percaya tidak ada apa yang sukar dilakukan sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh. Maka tidak hairanlah sejak di bawah kepimpinan beliau Melaka telah berjaya sebagai salah negeri yang pesat membangun.
Pencapaian dan kulaiti kepemimpinan beliau amat terserlah antaranya, Pengisytiharan Melaka Bandar Warisan Dunia, pendapatan per kapita negeri tertinggi di Malaysia dan kadar kemiskinan yang semakin berkurangan, penetapan gaji minima (RM720), tertinggi di Malaysia, pengeluaran telur ayam 6 juta sehari, menjadikan negeri Melaka lebih selamat dengan kadar jenayah yang semakin berkurangan, Melaka sebagai antara destinasi Pelancong Perubatan (Health Tourism) tertinggi di Malaysia dan sebagainya.
Kepemimpinan politik beliau juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya memberikan kemenangan kepada UMNO 100%, dalam PRU-12 pada 2008.
Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Hajah Asmah Abd. Rahman pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd Ridhwan, Wan Nazirah dan Muhm. Hamka.
Gelaran yang diterima atas sumbangannya ialah D.G.S.M yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2001, D.C.S.M pada tahun 1995, D.M.S.M yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1990, D.S.M tahun 1989 dan P.B.M tahun 1979.
(Artikel ini bukan saya yang tulis..Harap maklum..)
:-yang saya hairan, selama ni takde siapa yang penah kata pak ali ada ijazah...orang umno sendiri kata pak ali ni SPM je...

Konon Macam Baik


Kenyataan media pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.
Betul ke???

Ni apa cerita??? Tak kan polis tipu?

Akhirnya ceramah tetap diadakan dengan aman setelah bertukar lokasi sebanyak 3 kali...

Ketegasan Lim Guan Eng Tolak Judi Bola Harus Dicontohi


Tindakan kerajaan Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng yang menghalang judi bola beroperasi di Pulau Pinang haruslah dijadikan contoh dan teladan kepada Mentari Besar dan Ketua Menteri daripada BN.
Semalam Lim menegaskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp.
Tan yang memiliki syarikat Ascot Sport yang mendapat lesen terebut, berjanji untuk menderma lebih setengah bilion ringgit untuk tujuan kebajikan.
Tan juga menegaskan bahawa langkah menghalalkan judi pertaruhan sukan, akan membantu menangani kegiatan pertaruhan haram.
Tan dilaporkan berkata, beliau akan "merayu dan terus merayu" kepada kerajaan negeri Pakatan berhubung larangan tersebut.
Sementara itu Lim mengesahkan bahawa surat rasmi telah dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Ascot mengenai larangan tersebut.
Beliau yakin Ascot akan mematuhi keputusan kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Khamis, Jun 03, 2010

Pertubuhan Yahudi Mahu Amerika Putuskan Hubungan Dengan DSAI


KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.
Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.
Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.
Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.
Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic.
Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel.
Bagi pertubuhan itu, langkah Anwar mengkritik Perdana Menteri Najib Razak dengan memasukkan unsur-unsur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel adalah tidak boleh diterima.
"Contohnya, kenyataannya pada 30 April yang perisik Israel terlibat secara langsung dalam menguruskan kerajaan.
"Contoh lain adalah, dia mendakwa agen perisik Israel dalam unit IT pasukan Polis," kata surat itu.
Mereka juga berkata, Anwar mendakwa kerajaan menggunakan khidmat syarikat perhubungan awam yang dikawal oleh Yahudi di Parlimen.
Selain itu, mereka mendakwa Anwar pernah membuat kenyataan kepada Islam Online yang dia mempunyai bukti kerajaan menyokong lobi Yahudi di Amerika dan sesetengah pihak di Israel.
"Memandangkan peranan Anwar dalam kebangkitan anti-Sematic dalam politik Malaysia, kami memohon semua pegawai Amerika menggantung sebarang hubungan dengan Anwar Ibrahim," kata surat pertubuhan Yahudi itu.
Sementara itu, pertubuhan ini jugalah yang menyalahkan Flotilla Gaza dan melebelkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.
Bagi pertubuhan ini, Flotilla ini adalah satu provokasi oleh kumpulan pro-Hamas yang berlindung di sebalik bantuan kemanusiaan bertujuan untuk memusnahkan negara Yahudi yang dianggap mereka sah itu.
HARAKAHDAILY

Rabu, Jun 02, 2010

Apakah Kewajaran Latihan Ala Komando Untuk PTD?

http://azminali.com
Negara dikejutkan apabila seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) meninggal dunia awal pagi semalam ( 31 Mei 2010 ) selepas tiba-tiba dilaporkan mengalami jangkitan paru-paru yang serius ketika menjalani latihan intensif yang lasak ala komando di kem latihan di Jugra, Banting.
Norhashimah Wahid, 30, ibu kepada seorang anak perempuan berusia 2 tahun, mula menjalani latihan pada bulan Mac 2010. Program Diploma Pengurusan Awam (DPA) merupakan syarat untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi skim PTD.
Latihan dijalankan dalam tempoh 7 bulan yang antara lain meliputi latihan-latihan dalam kelas dan juga latihan luar ( latihan kebombaan, kepolisan dan ketenteraan ). Modul jati diri yang diwajibkan ke atas setiap peserta program adalah merupakan modul yang pertama kali diadakan dan difahamkan diselia oleh pegawai Paskau ( Pasukan Khas Tentera Udara ).
Walau bagaimanapun, hari ini, Tentera Udara Diraja Malaysia menafikan laporan media kononnya latihan itu di bawah kendalian dan seliaan Pasukan Khas Udara TUDM.
“Latihan itu bukan di bawah kelolaan kami atau mana-mana unit di bawah naungan TUDM, sebaliknya ianya dikelolakan sepenuhnya oleh agensi lain yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan TUDM,” kata satu kenyataan TUDM.
Saya sempat menziarahi keluarga Allahyarhamah Norhashimah di kediaman mereka di Taman Keramat.
Kedatangan saya tepat jam 3.00 petang tadi bersama YB Nik Nazmi dan YB Nurul Izzah serta pimpinan KEADILAN Gombak disambut oleh suami Allahyarhamah Norhashimah, Saudara Ahmad Zulkhairi dan beberapa ahli keluarga mereka termasuk YB Dr. Nasir, ADUN Kota Damansara.
Jelas suasana sedih dan pilu masih menyelubungi keluarga ini.
Allahyarhamah Norhashimah dihantar oleh suaminya ke INTAN dalam keadaan sihat walafiat untuk memulakan latihan modul ala komando pada 23 Mei 2010.
Latihan ini dijangka berakhir selama seminggu di kem latihan di Jugra melibatkan aktiviti yang lasak yang dikhabarkan lebih berat daripada latihan ketenteraan biasa ( bagi seorang awam seperti yang dilalui oleh pelatih dalam latihan ketenteraan ).
Difahamkan Norhashimah mengalami demam panas pada keesokkan harinya dan hanya diberikan rawatan biasa. Masalah kesihatannya bertambah serius apabila Norhashimah mengalami muntah darah, muka pucat dan badannya menggigil.
Namun, pengurusan program tidak memberikan perhatian dan meneruskan latihan lasak ini untuk Norhashimah.
Keadaannya bertambah kritikal dan hanya dikejarkan ke Hospital Banting pada awal pagi 29 Mei 2010. Pada saat ini, keadaan Norhashimah sudah koma.
Keluarga Norhashimah amat kesal kerana pengurusan program DPA dan juga INTAN tidak langsung menghubungi keluarganya untuk memaklumkan keadaan ini.
Suami Norhashimah mendapat berita sedih ini daripada pihak hospital yang menghubungi beliau untuk mengesahkan suami kepada Norhashimah. Mengapa penganjur program ini mendiamkan diri ? Apakah motifnya ? Apakah ada sesuatu yang hendak disembunyikan ?
Saya memetik laporan Berita Harian yang mengatakan abang ipar Norhashimah, Zulyusri Zainal Abidin, 33, berkata mangsa pernah mengadu tidak sihat dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan ketika menjalani latihan tetapi hanya disahkan demam biasa sebelum kembali ke kem terbabit.
“Norhashimah pernah memberitahu tenaga pengajar yang beliau mahu pulang ke rumah untuk berehat tetapi dimaklumkan, jika enggan meneruskan latihan, beliau perlu menjalani semula latihan berkenaan selepas dua tahun,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di pekarangan bilik Unit Rawatan Rapi HTAR, di sini, semalam.
Berita Harian juga melaporkan Zulyusri berkata, walaupun masih dalam keadaan lemah, adik iparnya itu dikatakan dipaksa menjalani latihan sama selepas bersetuju meneruskannya.
“Melihatkan keadaan Norhashimah yang lemah, beberapa rakannya mencadangkan beliau supaya berhenti atau mengambil cuti dan cadangan berkenaan dipersetujuinya.
“Bagaimanapun, seorang tenaga pengajar datang ke tempat Norhashimah sebelum memaksanya kembali meneruskan latihan. Ketika Norhashimah mahu mengambil sehelai jaket untuk mengurangkan kesan demam, tenaga pengajar terbabit merampas jaket berkenaan dan menyuruhnya terjun ke dalam sebuah parit berlumpur,” katanya.
Zulyusri berkata, selepas beberapa hari, keadaan Norhashimah menjadi semakin lemah serta tercungap-cungap sebelum beberapa rakan pelatih membawanya menemui tenaga pengajar di situ supaya dihantar menjalani rawatan di Hospital Banting (HB).
“Norhashimah hanya ditempatkan di wad HB selama sehari dan pernah memohon pihak kem supaya memaklumkan keadaan dirinya kepada keluarga tetapi tidak diendahkan, sebaliknya tiba semula di kem itu, beliau diarah menjalani latihan walaupun masih lemah.
“Adik ipar saya kemudian jatuh pengsan selepas keadaannya bertambah teruk. Tenaga pengajar kemudian membawanya menjalani rawatan di HB sebelum dipindahkan ke HTAR. Beliau kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru berair (pneumonia) yang menyebabkannya sukar bernafas,” katanya.
Setelah mendengar penerangan yang diberikan oleh ahli keluarga Norhashimah khususnya suami beliau, kami bertiga; Nurul Izzah, Nik Nazmi dan saya merasa terpanggil untuk melihat isu ini secara keseluruhannya.
1) Mengapa faktor kesihatan dan keselamatan Allahyarhamah Norhashimah diambil mudah oleh pihak urusetia latihan ? Mengapa seseorang peserta latihan yang sakit dipaksa untuk meneruskan latihan ?
2) Mengapa pihak INTAN tidak memaklumkan kepada suami dan keluarga Allahyarhamah dari mula beliau mengalami demam panas, muntah darah dan jatuh kritikal sehingga dimasukkan ke ICU ? Apakah ada usaha untuk menyembunyikan kecuaian atau kecurangan di pihak penganjur latihan ?
3) Apa relevannya latihan lasak ala komando untuk pengesahan perkhidmatan pegawai kerajaan yang hanya terlibat dalam aspek penggubalan dasar, pengurusan dan pentadbiran semata-mata ?
4) Apakah SOP yang digunapakai oleh pengurusan latihan (INTAN) dalam mengendalikan latihan-latihan lasak seumpama ini ? Dan siapakah yang mendapat kontrak untuk mengendalikan latihan dan program jati diri ini ? Apakah syarikat kroni ini mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah dan rekod pengurusan yang baik ?
Kami menuntut dan mendesak kerajaan Persekutuan supaya bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kebajikan anggota-anggota pentadbiran awam dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang memberikan khidmat dan sumbangan yang besar dalam perkhidmatan awam untuk membangunkan negara. Beberapa cadangan dikemukakan untuk segera dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan :
(i) Membentuk satu Jawatankuasa Penyiasat Bebas untuk menyiasat kejadian ini secara menyeluruh dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam insiden yang meragut nyawa seorang pegawai kerajaan yang komited dalam perkhidmatannya.
(ii) INTAN dan JPA seharusnya meneliti semula kesesuaian kurikulum yang melibatkan modul latihan ala komando untuk pegawai-pegawai kerajaan. Kurikulum dan modul yang sarat dengan pengisian kualiti pengurusan seiring dengan keperluan sesuatu perkhidmatan perlu diutamakan.
(iii) Modul latihan Kursus Diploma Pengurusan Awam perlu disemak semula dan dipantau oleh Ahli Lembaga yang berkenaan dan memastikan para pelatih dan pengendali program adalah kalangan yang terlatih dan bertauliah.
(iv) Sistem pengurusan kursus harus sesuai dengan keadaan semasa agar bersesuaian dengan kondisi pegawai/peserta dengan tidak menafikan hak kebajikan mereka.
(v) Kelayakan pegawai untuk menyelia sebarang bentuk latihan mestinya mereka yang mempunyai kelayakan dan kepakaran sejajar dengan prinsip “the best officer for the best training”. Ini menjadi amalan di mana-mana institusi latihan pegawai kerajaan seperti Civil Service College Singapura dan Harvard Kennedy School, USA.
Saya berdoa semoga keluarga Saudara Zulkhairi dicucuri oleh Allah SWT dengan kesabaran dan ketenangan yang mendalam serta redha terhadap takdir yang telah ditentukanNya. Saya turut berdoa semoaga Allahyarhamah Norhashimah Wahid dicucuri rahmat dan maghfirah ( ampunan ) oleh Allah SWT dan mendapat husnul khatimah iaitu akhir yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh ni’mat.
Al Fatihah.

PERKASA Ada Warga Palestin & Cuba Bunuh Diri?


Seorang peserta warga Palestin Moin Mohmed Habib yang menyertai himpunan yang dianjurkan oleh PERKASA membantah Israel, cuba mengambil tindakan sesat membunuh diri.
Beliau yang memakai lilitan ‘PERKASA’ di kepala bertindak melukakan leher dan kemudian perutnya menggunakan pisau kertas ketika terlalu emosional dan tidak dapat mengawal perasaan, berjaya diselamatkan oleh pegawai polis dan peserta demostrasi.
Lelaki Arab itu salah seorang dariapda 200 orang yang berkumpul di kedutaan Amerika negara sekutu rapat Israel itu di Jalan Tun Razak hari ini.

Pelatih Mati: Prosedur Latihan INTAN Dipersoal

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali mempersoalkan prosedur tetap operasi (SOP) pihak Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sehingga menyebabkan kematian seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akibat jangkitan paru-paru semasa menjalani latihan anjuran institut berkenaan.
Beliau berkata, peserta-peserta seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan yang lengkap sebelum dilibatkan dalam sebarang aktiviti lasak.
"Program-program lasak seperti ini mesti ada prosedur tetap operasinya. Peserta-peserta mesti menjalani full executive screening sebelum dilibatkan," katanya kepada Harakahdaily.
Norhashimah Wahid, 31, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.35 pagi semalam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi setelah koma sejak Jumaat lepas.
Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Norhashimah, Lo' Lo' juga meminta pihak Intan lebih bertanggungajwab dalam menganjurkan program sedemikian bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali.
Intan juga, ujarnya perlu menjelaskan secara jujur serta memaklumkan kepada orang ramai mengenai insiden berkenaan.
"Penganjur mesti bertanggungjawab dan menangani permasalahan ini dengan jujur. Orang ramai perlu dimaklumkan sebab musababnya dan latihan ala komando seperti ini harus ditangguhkan," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Beliau turut menyarankan agar program peningkatan ketahanan fizikal dan mental dijalankan secara berfasa bertujuan menerapkan budaya bersukan dan kemahiran menyelamat serta meningkatkan minat kepada kerja-kerja sukarela.
"Kenapa tidak buat program meningkatkan ketahanan fizikal dan mental melalui program berfasa dan dengan tujuan menerapkan budaya bersukan dan kemahiran menyelamat atau survival serta meningkatkn minat kepada kerja-kerja sukarela. Apa tujuan latihan komando? Ia akan menjadi latihan one-off sahaja sebab saya tidak yakin ada program follow up. Modul-modul latihan seperti ini perlu disemak," katanya.
Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik meninggalkan suami, Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin, 31, dan seorang anak perempuan Nur Hylda Daenia, dua tahun.
Allahyarham sedang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, selama tujuh bulan sebelum disahkan jawatan sebagai PTD dan telah tiga bulan mengikuti latihan itu.
Sebelum kejadian, Norhashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya, mengadu tidak sihat, tetapi beliau terpaksa mengikuti latihan tersebut.
Ibunya, Norlia Rashid, 61, bahawa berkata sejak Ahad lepas kesihatan Norhashimah tidak begitu baik tetapi dia tetap mahu pulang ke kem untuk menjalani latihan seperti biasa.
Abang iparnya Zakir Hussain, 41, sebagaimana disiarkan sebuah portal berita memberitahu bahawa beliau difahamkan antara latihan yang ditempuhi oleh Norhashimah dan rakan-rakannya semasa modul jati diri itu ialah meminum air stokin dan direndam di dalam lumpur.
Beliau berkata latihan seperti itu nampak tidak relevan kerana adik iparnya bukan anggota tentera yang hendak dihantar berperang, memadai beliau diberikan latihan asas ketenteraan.
Sementara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula menafikan laporan media bahawa latihan itu di bawah kendalian dan seliaan Pasukan Khas Udara TUDM.
"Latihan itu bukan di bawah kelolaan kami atau mana-mana unit di bawah naungan TUDM, sebaliknya ia dikelolakan sepenuhnya oleh agensi lain yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan TUDM," kata satu kenyataan TUDM.
HARAKAHDAILY

Selasa, Jun 01, 2010

PAS,PKR Serah Memo Ke Kedutaan Amerika, Bantah Israel

KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS hari ini meyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.
Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkifli Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali.
Memorandum serupa turut diserahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, R.Sivarasa Rasiah dan disertai Pengarah Strategik Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.
Manakala memorandum dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) diserahkan oleh Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Lebih 200 warga perihatin turut berhimpun menyatakan bantahan di hadapan bangunan kedutaan tersebut dengan membawa sepanduk bantahan dan poster mengecam tindakan biadab rejim Zionis Israel.
Penyerahan hari ini ekoran serangan berdarah tentera rejim Zionis Israel terhadap kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan yang menyertainya. Memorandum itu juga turut mendesak Amerika supaya memaksa sekutu kuat mereka Israel meletakkan senjata dari terus meratah nyawa dan darah umat Islam Palestin.
Nasharuddin sewaktu bercakap kepada media mengecam sikap Amerika yang dilihat merestui tindakan Israel apabila hanya diam membisu biarpun askar-askar sekutu mereka itu melakukan pembunuhan kejam terhadap peserta konvoi tersebut.
Selain itu Israel dan Amerika, kerajaan Mesir juga ujar Nasharuddin, perlu dikutuk oleh seluruh negara di dunia ini kerana menjadi penyebab bantuan terpaksa diserah melalui jalan laut setelah negara itu menutup laluan darat di sempadan Rafah.
Sebagai tanda bantahan, Malaysia digesa memutuskan hubungan dengan Mesir serta-merta demi nyawa dan darah rakyat Palestin serta aktivis yang menjadi mangsa serangan tentera Israel. "Kita mahu kerajaan Malaysia menyatakan sikap dan pendirian dan memberikan tekanan kepada kerajaan Mesir yang merupakan penyebab utama kegagalan masuknya barang-barang bantuan ke Gasa setelah sempadan Rafah ditutup oleh Mesir," katanya.
Selain itu juga kerajaan Malaysia perlu proaktif menggesa Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera bersidang.
Sementara itu lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional berkumpul di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur menyatakan kemarahan mereka. Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra.
Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia pagi semalam, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera. Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.
Sementara itu AFP yang memetik laporan radio awam Israel hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 480 aktivis pro-palestin ditawan dan dihumban ke penjara Ashdod di selatan Israel.
harakahdaily