Khamis, Ogos 16, 2012

Pemuda PAS Putrajaya santuni rakyat sepanjang Ramadhan

Pemuda Pas Putrajaya berjaya memanfaatkan Ramadhan dengan sekurang-kurangnya tiga program dalam tempoh seminggu.
Dengan kewangan yang terhad, program turun padang tetap berjaya dijalankan antaranya edaran kurma di Stesen ERL Putrajaya dan Medan Selera Presint 9, serta edaran goodies dan juadah berbuka puasa di sekitar Putrajaya.
Pemuda Pas Putrajaya juga turut menjalankan program Qiamullail di beberapa surau dalam Putrajaya secara bergilir-gilir.
(Gambar tidak dapat disertakan kerana masalah teknikal blog)

Selasa, Ogos 14, 2012

Pas Putrajaya bagi bola tanggung pada Umno

Program solat Tarawih Pas Putrajaya di kaki lima/tempat pejalan kaki di rumah kedai Presint 15 (berhadapan Pejabat Pas Putrajaya) Ahad lepas telah dijadikan modal oleh Umno untuk menyerang. Tindakan tersebut telah menerima tohmahan fitnah dan kejian daripada beberapa cybertrooper Umno.
Sebenarnya program bermula sejak petang lagi dengan agihan dan edaran juadah berbuka kepada masyarakat, sumbangan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa. Seterusnya disusuli dengan solat Tarawih berjemaah.
Secara peribadinya aku (ada di tempat kejadian) agak terkejut dan tidak bersetuju Pas Putrajaya mengadakan solat Tarawikh di kaki lima, yang mana seolah-olah sengaja memberi bola tanggung kepada Umno untuk menyerang. Lebih-lebih lagi ianya memberi persepsi negatif kepada masyarakat.
Untuk program edaran juadah kepada masyarakat, sumbangan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa memang tindakan bijak yang sepatutnya diadakan di kaki lima, namun bab solat tarawih lebih baik dibuat di dalam pejabat Pas Putrajaya.

Jumaat, Ogos 10, 2012

Ramai tolak tema ‘Janji Ditepati’

Survey yang dibuat secara suka-suka di pejabat saya yang melibatkan 10 responden di mana semua responden terdiri daripada mereka yang tidak mengambil tahu hal politik semasa dan mengambil sikap tidak menyebelahi mana-mana parti.
Tajuk survey “ Pilih Tema Hari Merdeka yang dirasakan releven” dengan diberi sebanyak 5 pilihan:-
1)      Menerajui Perubahan
2)      Terus Berbakti
3)      Budaya Bersih Merdekakan Rakyat
4)      Janji Ditepati
5)      Sebangsa, Senegara, Sejiwa
Dua responden memilih ‘Menerajui Perubahan’, dua responden memilih ‘Terus Berbakti’ dan dua lagi memilih ‘Budaya Bersih Merdekakan Rakyat’. Empat responden memilih ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ manakala tiada responden yang memilih tema ‘Janji Ditepati’.
Salah seorang responden yang juga merupakan Puteri Umno (ahli tidak aktif) secara spontan berkata “Janji Ditepati ni menipu je, janji yang bukan-bukan, hidup susah juga” dan beliau memilih tema ‘Menerajui Perubahan’.

Rabu, Ogos 08, 2012

Bersedia menghadapi racun perkauman

Rakyat Malaysia samada melayu, cina, india tiada yang mahu peristiwa berdarah 13 mei 1969 berulang kembali. Kalau ada pun, pasti puak-puak sakit mental yang gila dalam beremosi tetapi tidur dalam realiti.
Generasi baru yang lahir tahun 1970 ke atas pasti tidak melihat situasi sebenar apa sebenarnya yang berlaku pada 13 mei 1969.
Bagi pihak pemerintah (bee and), mereka menuduh antara sebab peristiwa 13 mei adalah berpunca daripada DAP yang menganjurkan perarakan meraikan kemenangan pilihanraya umum yang kononnya terdapat provokasi daripada peserta perarakan yang didominasi kaum cina.
Namun begitu, jarang benar kita dengar bahawa parti Gerakan juga terlibat dalam perarakan tersebut. Kerana apa? Jawapannya mudah, kerana Gerakan kini adalah sekutu Umno yang duduk di dalam komponen bee and.
Sebagai fakta, Perikatan (Umno, MCA, MIC) pada Pilihanraya Umum 1969 masih bertahan dengan 66 kerusi, manakala Gerakan, DAP dan PPP hanya menguasai 25 kerusi sementara PAS pula menang 12 kerusi.
Dengan kata lain, Perikatan pada ketika itu hanya kurang 3 kerusi untuk menguasai 2/3 dewan rakyat yang mana kalau kita fikir-fikirkan bukanlah amat mendesak kedudukan perikatan sehingga boleh mengancam pentadbiran negara.
Rakyat pada hari ini semakin maju dan berfikiran terbuka, yang pasti majoriti rakyat hampir melupakan peristiwa 13 mei dan tidak terfikir untuk berulangnya 13 mei. Tiada sebab perlu berlakunya 13 mei.
Namun begitu, parti pemerintah masih lagi terus menerus cuba menimbulkan dan menanam ketakutan peristiwa 13 mei ke dalam minda rakyat dan dengan usaha terbaru wujudnya filem Tanda Putera. Yang pasti, pihak-pihak ini cuba menyemai rasa benci dan membentuk persepsi buruk terhadap DAP.
Kini sikap DAP sopan menyantuni masyarakat melayu, dapat dilihat beberapa pemimpin DAP mula berjinak-jinak mendalami Islam, di mana nada DAP hari ini lantang menyebut integriti dan basmi rasuah, langsung tidak sebut nak jadi Perdana Menteri! Namun Umno bee and masih lagi ditakuk lama terus memukul gendang perkauman untuk meletakkan kesalahan 13 mei di bahu DAP.
Pakatan Rakyat terutamanya DAP harus bersiap sedia. Bersiap sedia dengan fakta yang sahih dan benar bagi menjawab suntikan beracun Tanda Putera.