Rabu, Ogos 08, 2012

Bersedia menghadapi racun perkauman

Rakyat Malaysia samada melayu, cina, india tiada yang mahu peristiwa berdarah 13 mei 1969 berulang kembali. Kalau ada pun, pasti puak-puak sakit mental yang gila dalam beremosi tetapi tidur dalam realiti.
Generasi baru yang lahir tahun 1970 ke atas pasti tidak melihat situasi sebenar apa sebenarnya yang berlaku pada 13 mei 1969.
Bagi pihak pemerintah (bee and), mereka menuduh antara sebab peristiwa 13 mei adalah berpunca daripada DAP yang menganjurkan perarakan meraikan kemenangan pilihanraya umum yang kononnya terdapat provokasi daripada peserta perarakan yang didominasi kaum cina.
Namun begitu, jarang benar kita dengar bahawa parti Gerakan juga terlibat dalam perarakan tersebut. Kerana apa? Jawapannya mudah, kerana Gerakan kini adalah sekutu Umno yang duduk di dalam komponen bee and.
Sebagai fakta, Perikatan (Umno, MCA, MIC) pada Pilihanraya Umum 1969 masih bertahan dengan 66 kerusi, manakala Gerakan, DAP dan PPP hanya menguasai 25 kerusi sementara PAS pula menang 12 kerusi.
Dengan kata lain, Perikatan pada ketika itu hanya kurang 3 kerusi untuk menguasai 2/3 dewan rakyat yang mana kalau kita fikir-fikirkan bukanlah amat mendesak kedudukan perikatan sehingga boleh mengancam pentadbiran negara.
Rakyat pada hari ini semakin maju dan berfikiran terbuka, yang pasti majoriti rakyat hampir melupakan peristiwa 13 mei dan tidak terfikir untuk berulangnya 13 mei. Tiada sebab perlu berlakunya 13 mei.
Namun begitu, parti pemerintah masih lagi terus menerus cuba menimbulkan dan menanam ketakutan peristiwa 13 mei ke dalam minda rakyat dan dengan usaha terbaru wujudnya filem Tanda Putera. Yang pasti, pihak-pihak ini cuba menyemai rasa benci dan membentuk persepsi buruk terhadap DAP.
Kini sikap DAP sopan menyantuni masyarakat melayu, dapat dilihat beberapa pemimpin DAP mula berjinak-jinak mendalami Islam, di mana nada DAP hari ini lantang menyebut integriti dan basmi rasuah, langsung tidak sebut nak jadi Perdana Menteri! Namun Umno bee and masih lagi ditakuk lama terus memukul gendang perkauman untuk meletakkan kesalahan 13 mei di bahu DAP.
Pakatan Rakyat terutamanya DAP harus bersiap sedia. Bersiap sedia dengan fakta yang sahih dan benar bagi menjawab suntikan beracun Tanda Putera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan