Jumaat, Disember 30, 2011

Tiket ke neraka malam tahun baru



  • Sambutan Tahun Baru, maka berduyun-duyun le manusia terutama anak muda mencari hiburan dan bersosial.


  • Sepatutnya buat azam baru untuk jadi yang lebih baik, tapi kebiasaannya hanyut di malam tahun baru.


  • Hiburan melampau, hiburan terlampau, semuanya ada pada malam tahun baru.


  • Seks bebas, mabuk, menari tiang, malam tahun baru tak perlu risau operasi jabatan agama dan tiket ke neraka dijual berleluasa.

BN bukan tak pandai memerintah



  • Ada yang kata Pakatan Rakyat lagi pandai memerintah daripada BN. Betul ke? Pakatan Rakyat bukan pernah memerintah pusat pun.


  • Pakatan Rakyat bukan pandai memerintah sangat, tapi ketelusan dan integriti menjadi kekuatan utama perlihatkan macam pandai memerintah.


  • BN bukan tak pandai memerintah, tapi sikap penyapu dan menyapu perlihatkan mereka macam tak pandai memerintah.

Rabu, Disember 21, 2011

Tiada niat sertai Umno, tapi mungkin…?





  • Nasharudin Mat Isa kata:-


  • “Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan”


  • belum pernah mengungkapkan untuk menyertai Umno sepanjang pembabitan dalam PAS.


  • tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno.


  • tapi jangan pula ada niat nak berkerjasama dengan Umno!!!

Melayu tak sebodoh Perkasa



  • Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dakwa melayu tidak akan keluar mengundi jika dakwat kekal digunakan dalam PRU.


  • Katanya lagi bila melayu tak keluar mengundi yang untung bangsa lain.


  • Itu sajalah tahap pemikiran pimpinan Perkasa. Jumud, rasis, buta tuli.


  • Aku tak dengar satu suara pun dari kawan-kawan melayu aku baik yang atas pagar, yang Umno, yang PR membantah guna dakwat kekal.


  • Tak ada siapa yang kisah guna dakwat kekal, kecuali segelintir kecil wanita yang warna kuku.



  • Perkasa jangan buat malu melayu!

Jumaat, Disember 02, 2011

Pengundi muda di Melaka condong arah mana?



  • Kononnya hampir separuh jumlah pengundi di Melaka adalah pengundi muda.
    Pakatan Rakyat yakin pengundi muda akan buat perubahan di Melaka seperti yang terjadi di negeri-negeri utara dan pantai timur.


  • Betul ke?


  • PRU-12 membuktikan saluran 3 (orang muda) memihak kepada BN dengan majoriti yang lebih besar dari saluran 1 dan saluran 2.


  • PRK Merlimau menyaksikan sebahagian besar jentera Umno adalah terdiri daripada anak-anak muda, Pas pula hanya golongan dipenuhi dengan golongan 40an ke atas, itupun orang luar Merlimau.