Projek mee segera, menabur duit secara sembunyi dan terbuka sudah menjadi budaya Umno/BN setiap kali musim pilihanraya. Siap terpampang dalam surat khabar dan keluar dalam TV 'bantuan', 'derma', 'infaq' dan 'zakat' yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.
Pernah dengar komen atau ulasan dari SPR? Jawapannya tak ada!!! Ulama-ulama muda dalam Umno pula hanya mengangguk-angguk, harus barangkali.
Tetapi apabila Pas secara terbuka mengumumkan bahawa setiap pengundi di perantauan yang pulang mengundi akan diberi RM 250 tanpa mengira latar belakang politik dan parti yang akan dipangkah. Apa komen SPR? Sepantas kilat, SPR keluar kenyataan perbuatan tersebut bertentangan dengan akta pilihanraya.
Apa cerita tawaran dan rasuah yang cuba disogok oleh PM semasa PRK Sibu tak lama dahulu.?SPR masih tak cukup bukti? Kalau tak ada bukti download je dalam you tube...Boleh jadi komputer SPR kena virus atau internet kena potong sebab tak bayar bil sebab tu SPR tak ada bukti dan maklumat.
Hari ini pula SPR sekali keluar fatwa tindakan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi zakat kepada penduduk orang asli yang memeluk Islam adalah salah dan bertentangan dengan akta pilihanraya, haram le tu!!
Inilah contoh kejahilan dan kebebalan apabila sudah menjadi kuda tunggangan Umno.Tetapi macam mana pula tindakan TPM beri 'zakat' kepada pengundi minggu lepas di Galas? Tak dengar pun komen SPR?
Apa pula komen SPR apabila MCA juga tidak mahu ketinggalan beri 'zakat' di Batu Sapi ????
Kira-kira 300 penduduk berbangsa Cina sedang beratur menunggu 'zakat' dari MCA
Umno kini sudah cukup tertekan dan terdesak untuk memenangi kerusi DUN Galas. Maka SPR dijadikan abdi dan kaldai tunggangan untuk memastikan kerusi DUN Galas dimenangi oleh mereka.
Jadi tak hairanlah secara tiba-tiba SPR mendapat ilham untuk membawa undi orang asli yang belum dikira dengan menggunakan helikopter.
Semua ini membuktikan SPR semakin senget sebelah, saya rasa inilah sebenarnya senjata yang bakal digunakan oleh Umno/BN untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
angkasanuri.blogspot.com
memang dah, di malaysia ni kalau lawan Hukum Allah tak pa, janji jangan lawan hukum umgok... itu yang orang2 melayu suka tu... BODDDDOHHHH!!!!
BalasPadamumno pertikai p.pinang bg wang ihsan kpd rakyat dr sumber yg haram..tp kerajaan (umno) gne cukai dr hasil arak dan rokok utk bg kpd rakyat..halal k 2??? klu umno btol2 nk iktiraf malaysia adalah negara islam, tutup kilang arak..
BalasPadam