Katanya sebagai bantahan kerajaan negeri roboh bengkel salah seorang ahli Perkasa. Kalau bengkel tu tak ikut undang-undang, apa salahnya robohkan?
Aku pernah tengok gerai orang melayu diroboh, disaman, diangkut di negeri BN, tapi tidak le aku salahkan kerajaan BN sebab dah memang menyalahi undang-undang!
Tiada lesen, tidak berdaftar, kotor, tercemar, menghalang lalulintas, ini semua antara kesalahan yang boleh diambil tindakan.
Kalau premis tu ikut undang-undang, ikut peraturan yang ditetapkan tetapi masih diambil tindakan, sepatutnya pihak tersebut mengambil tindakan undang-undang.
Tapi kalau dok gila datang pejabat orang bawa pula replika jentolak tunjuk samseng, nampak sangatlah cuba menegakkan benang yang basah.
Bertindak gunalah akal, bercakap biar berfakta. Cerdik le sikit wahai Perkasa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan