Selasa, Julai 07, 2009

Pemuda Umno Gangster






Tindakan pemuda Umno Bukit Katil yang menyerang pemuda PAS Bukit Katil dan DAP dilihat sebagai suatu tindakan yang tidak bermaruah dan tidak bermoral lebih-lebih lagi mereka beragama Islam serta berbangsa melayu.
Dalam kejadian di pasar malam Taman Melaka Baru khamis lepas, pemuda Umno telah menyerang dan merosakkan meja yang digunakan oleh PAS dan DAP dalam program pendaftaran baru pengundi. Kejadian tersebut turut mencederakan YB Air Keroh.
Pemuda Umno jelas dilihat sebagai gangster dan samseng apabila hadir dengan 40 orang dan membuat kecoh serta provokasi dengan memaki hamun pemuda PAS dan DAP. Walaubagaimanapun tindakan tersebut tidak dibalas oleh PAS dan DAP.
Apa yang dilakukan oleh PAS dan DAP dengan membuka kaunter pendaftaran pengundi bukan merupakan satu kesalahan dan kerana itu pihak majlis daerah dan polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap PAS dan DAP.
Dan jika bagi pemuda Umno ini merupakan sesuatu kesalahan, sepatutnya mereka menggunakan saluran undang-undang dan bukannya mengambil tindakan ala komunis ataupun militan seperti ini.
Ini jelas menunjukkan mereka adalah golongan yang bahalol dan otak udang dan golongan ini sebenarnya yang merosakkan bangsa melayu (dengan menjadikan pemuda melayu samseng) dan memalukan agama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan