Pertemuan wacana ilmiah antara Pemuda PAS dengan Pemuda Umno akan menjadi realiti sekiranya tajuk yang dikemukakan PAS 'Benarkah Pejuangan Umno tidak bercanggah dengan Syariat Islam' dipersetujui Umno kata, Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi.
Bahkan tegasnya wacana tersebut perlu diadakan secara terbuka kepada orang awam.
"Kita sudah tetap tajuknya sebagaimana kami berikan dahulu dan jika mereka hendak tukar ia mesti membawa maksud sama dengan tajuk dahulu," katanya kepada Harakah yang menghubungi beliau Selasa lalu.
Ujarnya, tajuk itu adalah persetujuan awal PAS dan sekiranya Umno tidak bersetuju bererti pemuda Umno tidak berani menyahut cabaran PAS.
Beliau berkata, pemuda PAS berpendirian demikian kerana mahu memastikan perjuangan Umno benar atau tidak.
Baru-baru ini, Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim dipetik sebagai berkata, Pemuda Umno tiada masalah jika PAS mahu pertemuan wacana ilmiah antara Pemuda Umno-PAS pusat diadakan sebelum bulan Ramadan hujung Ogos ini.
Pada 1 Julai lalu, Pemuda PAS menjemput Pergerakan Pemuda Umno pusat untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan tajuk di atas.
Nasrudin menyerahkan surat jemputan kepada Umno di Lobi Parlimen dan surat tersebut diterima Razali.
Sementara itu, Ustaz Nasruddin berkata, pihaknya mahu wacana tersebut diadakan secara terbuka bagi mengelak sebarang eksploitasi maklumat dan suasananya pula dapat disaksikan seluruh masyarakat.
"Seboleh-bolehnya disiarkan secara langsung oleh TV atau kalau tidak pun terbuka kepada awam," katanya.
Tambahnya, panel yang akan menyertai wacana tersebut akan diwakili beliau dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan tiga lagi dari parti masing-masing.
Mengulas mengenai format dan tempat wacana tersebut beliau berkata Pemuda PAS akan melantik Jawatankuasa Teknikal Wacana dalam mesyuarat pemuda PAS 26 Julai ini.
Jawatankuasa tersebut katanya akan berbincang dengan Pemuda Umno untuk menentukan tarikh, masa dan formatnya.
Bahkan katanya, pemuda PAS akan cuba membuat cepat dan seboleh-bolehnya sebelum Ramadan ini. HARAKAH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan