Jumaat, Mac 26, 2010

Dr. Zainal Meninggal Dunia

Ahli parlimen Hulu Selangor daripada PKR Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 9.27malam tadi di rumahnya di Kajang. Beliau yang menghidap penyakit barah otak meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak.
Beliau yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor menyertai PKR pada tahun 2005 dan berjaya memenangi kerusi parlimen Hulu Selangor dengan majoriti tipis 198undi menewaskan calon BN dari MIC G.Palanivel.
Beliau yang turut dikaitkan khabar angin akan melompat parti kerana kurang menonjol sejak akhir-akhir ini, akhirnya terjawab apabila beliau sebenarnya cuti panjang kerana keuzuran.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan