Rabu, Mac 10, 2010

Mohsin Takut Ancaman Solat Hajat

Malaysiakini semalam melaporkan ahli parlimen katak Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri memberi jaminan melalui ‘sms’ bahawa beliau tidak akan menyokong Barisan Nasional walaupun telah keluar dari PKR.
Ini menunjukkan Mohsin takut dengan hukuman dari Allah sehingga terpaksa bertindak sedemikian dengan menghantar ‘sms’ kepada beberapa orang yang dekat dengan beliau di Bagan Serai.
Minggu lepas Ust. Ahmad Awang telah memberi tempoh 7 hari sehingga 10 Mac kepada Mohsin samada kembali kepada PKR ataupun letak jawatan sebagai ahli parlimen ataupun akan berdepan dengan solat hajat rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan