Khamis, April 01, 2010

Muhyiddin Anggap Islam No.3?

Muhyiddin dalam kenyataannya sebagai menjawab cabaran daripada Lim Kit Siang mendakwa diri beliau adalah melayu yang paling utama dan barulah rakyat Malaysia yang ke-2.
Ternyata beliau tidak menjiwai 1 Malaysia kerana menganggap bangsa lebih penting daripada warganegara.
Di mana pula letaknya Islam dalam diri Muhyiddin? Adakah pada beliau Islam nombor 3?
Jika saya sendiri, sudah tentu saya akan kata Islam yang pertama, rakyat Malaysia ke-2, dan Melayu ke-3. Kerana hanya dengan Islam kita akan jadi rakyat Malaysia dan melayu yang baik.

1 ulasan:

  1. cube cari dulu definisi melayu..masa tu baru kau akan tahun mana letaknya islam..nk kondem biar ada asas..

    "orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [12]:

    Seorang yang beragama Islam
    Bertutur bahasa Melayu
    Mengamalkan adat istiadat Melayu
    Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura"

    BalasPadam