Semua sedia maklum Hulu Selangor adalah merupakan kubu kuat BN sejak dari dulu lagi. Kemenangan PKR dengan majoriti tipis pada PRU 2008 boleh diibaratkan sebagai kemenangan bernasib baik.
Jika hendak dibandingkan dengan PRK Kuala Terengganu yang mana PAS berjaya merampas kerusi tersebut daripada BN, ternyata jentera PR dalam kedua-dua PRK ini (Hulu Selangor dan Kuala Terengganu) amat berbeza.
Kita dapat lihat jentera PR pada PRK Kuala Terengganu amat mantap, sehinggakan pada hari mengundi saya dapat lihat sendiri setiap lorong, setiap jalan sekurang-kurangnya mesti terdapat 2 petugas PAS/PR.
Berbeza dengan hari mengundi PRK Hulu Selangor, jangan nak dikatakan berkawal di setiap jalan atau lorong, bilik gerakan PKR sendiri pun banyak yang tidak dibuka.
Saya berkesempatan melihat daftar pemilih di Ladang Ascot (kalau tak silap saya tempat tersebut Ladang Ascot), pengundi yang lahir tahun 1911 pun masih tertera dalam daftar pemilih tersebut. Dan yang lahir dari tahun 1911-1940 ada lebih kurang 3 muka surat.
Pada masa itu saya berkata pada kawan saya bahawa kemungkinan PKR akan kalah memandangkan daftar pemilih yang amat diragui lebih-lebih lagi kepincangan jentera PKR/PR yang saya tak yakin mampu menangkis penipuan BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan