Sabtu, Ogos 21, 2010

Lahirnya Puteri Reformasi Saya

Selasa 17/08/2010 jam 4.27 petang, isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Terlalu hebat dugaan, 4 kali di induce namun pintu rahim hanya buka 2cm.
Memandangkan kandungan sudah melebihi 11 hari, doktor terpaksa mengambil keputusan memecahkan air ketuban sebab denyutan jantung bayi agak mendatar.
Sah, bayi dah terberak dalam perut. Pembedahan segera terpaksa dilakukan.
Saya dah pening sebab bajet yang ada sekitar rm2000 sahaja.
Ketika pembedahan dilakukan, saya dibenarkan masuk tetapi tidak dibenarkan merakam dalam bentuk video.
Hampir pitam, kecut perut dan takut melihat isteri dibedah dalam keadaan sedar. Kalau tengok filem di tv, perut kena tikam sikit dah mati dah. Tapi ini lebih dari tikam...
Alhamdulillah bayi dan isteri saya selamat, mujur bayi tak banyak termakan tahi.
Azan dan qamat dilafazkan setelah bayi dibersihkan.
rm6499.++, itulah harga yang saya kena bayar khamis lepas. Mujur saya dapat meminjam dari ibu dan kakak ipar.
Ada yang bertanya, kenapa tak bersalin di hospital kerajaan?
Jawapan saya, apa salahnya beri isteri sedikit keselesaan ketika bersalin setelah lebih 9 bulan 9 hari perit mengandung, kerana jika diberi rm10,000 pada lelaki kemudian suruh dia mengandung dan bersalin, nescaya tidak akan ada lelaki yang sanggup.

1 ulasan:

  1. Tahniah...selamat jadi bapa...ada gaya muka Nurul Izzah masa kecil

    BalasPadam