Pasukan Dewan Pemuda Pas Putrajaya (DPP Putrajaya) telah berjaya melangkah sehingga ke peringkat ke-2 kalah mati, namun tewas diperingkat ini pada hari ahad.
Pasukan DPP Putrajaya telah menjuarai peringkat Kumpulan 30 dan melangkah keperingkat 1 pusingan kalah mati pada hari jumaat.
Berikut adalah keputusan yang melibatkan pasukan DPP Putrajaya:
Peringkat Kumpulan 30:
1. DPP Putrajaya (1) vs KPMSI FC (0)
2. DPP Putrajaya (2) vs Real Betis FC B (2)
DPP Putrajaya juara peringkat kumpulan 30
Pusingan Kalah Mati, Peringkat Pertama:
1. DPP Putrajaya (1) vs Bitlord FC (1)
Sepakan Penalti:DPP Putrajaya (2) vs Bitlord FC (0)
Pusingan Kalah Mati, Peringkat ke-2:
1. DPP Putrajaya (0) vs Real Betis FC A (1)
DPP Putrajaya tersingkir ke peringkat seterusnya.
DPP Putrajaya tersingkir ke peringkat seterusnya.
Sepanjang ana berada di kejohanan futsal kosmo sempena himpunan sejuta belia ini, boleh dibuat kesimpulan berikut:
Penganjuran yg teruk dari segi jadual perlawanan sangatlah mengecewakan sehingga pusingan awal tertangguh hampir 10 jam.
Ana terpaksa berada di lokasi perlawanan dr awal pagi jumaat sehinggalewat malam pada hari yg sama, dan disambung seawal pagi ahad utkperingkat seterusnya.
Pihak penganjur mungkin berjaya dalam objektifnya utk menghimpunbelia, tapi dr segi pengamatan ana sepanjang berada di sana, programini merupakan program yg penuh dgn kelalaian, lara dan tidak menepati kehendak Islam dalam membentuk keperibadian belia sebagai aset masa depan.
1. Jadual Perlawanan yang tidak menghormati waktu solat, perlawanan sentiasa berlangsung dan pemain terpaksa menunggu di gelanggangwalaupun waktu solat sudah masuk (kes waktu maghrib adalah yang paling jelas).
2. Sistem bunyi yang hingar bingar juga menidakkan suara azan didengardari masjid2 atau surau berdekatan.
3. Kehadiran yang ramai, tapi surau sebesar 1 cabin shj disediakan ditempat perlawanan, kepada pemain yg perihatin dengan tanggungjawabsebagai muslim ada yang pergi ke surau-surau di kuarters ygberdekatan, tapi bilangannya sgt lah sedikit dpd apa yg ana lihat.
4. Pemain-pemain futsal wanita, yg memakai seluar pendek semasakejohanan ini berlangsung menunjukkan pihak penganjur langsung tidakmengeluarkan atau tiada garis panduan kod pakaian bagi kaum wanita sebagai syarat penyertaan dalam kejohanan futsal ini.
5. Tempat rehat wanita yang terbuka dan bercampur aduk dengan kaumlelaki menyerlahkan lagi ketidak pekaan penganjur dalam isubatas-batas lelaki dan perempuan.
6. Golongan perempuan "penkid" yang ramai dan golongan wanita yanghisap rokok juga amat mudah dilihat sepanjang kejohanan futsal sempenahimpunan belia ini.
Sekadar perkongsian
(Fendi DPP Putrajaya -email-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan