Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya berceramah di Duyong dan di Paya Rumput dalam program beliau di Melaka jumaat lepas.
Namun program di Duyong terpaksa ditukar ke Bukit Katil saat akhir kerana desakan Umno dan polis. Kekecohan masih berlaku di Bukit Katil apabila beruk-beruk Umno dikerah bagi menimbulkan provokasi.
Polis? Macam biasa, terus dayus hidung dicucuk Umno macam lembu. Langsung tak ditangkapnya beruk-beruk Umno yang buat kecoh tu.
Aku tak berkesempatan untuk ke Bukit Katil. Aku ke Paya Rumput yang mana sepatutnya Anwar berceramah jam 11 malam. Road blok polis + rela buatkan jalan sesak dari Cheng hingga ke Paya Rumput.
Ramai penyokong-penyokong PR terpaksa berhenti di tepi jalanraya memandangkan road blok polis amat ketat sehingga berlaku kesesakan melampau.
Kesudahannya aku tak jumpa pun tapak ceramah disebabkan road blok polis yang terlalu ketat. Mungkin program tersebut dibatalkan.
Bila terbaca laporan apa yang berlaku di Bukit Katil buatkan aku geram. Kesal kerana Melaka masih ada melayu yang tak bertamadun (beruk-beruk Umno) yang sanggup buat kecoh mengganggu ceramah PR macam negeri ni mak bapak dia punya.
Ikutkan panas kat hati ni, mahunya sakit jantung dibuatnya mencarut-carutkan Umno ni. Tak memasal tambah dosa lak.
Kalaupun Umno Melaka ni tak suka Anwar pun, buatlah cara anak jantan. Cabar debat, hujah secara fakta, kan bagus? Janganlah buat lagak samseng, tak malu ke buat perangai bodoh macamni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan