Selasa, Julai 21, 2009

Umno Perak Berpecah?

Tindakan Umno Grik yang berkabung dengan menggantung bendera setengah tiang menandakan satu tindakan boikot dan tidak puas hati terhadap Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Kadir.
Menurut sumber, Umno Perak kini telah terbahagi kepada dua iaitu antara Umno kumpulan Dr. Zambry dan Umno kumpulan Datuk Seri Tajol Rosli. Dikhabarkan, terdapat rasa tidak puas hati terhadap pimpinan Dr. Zambry kerana barisan exco kerajaan negeri yang dipilih mengetepikan orang-orang Tajol.
Sumber juga memberi tahu bahawa bekas adun BN iaitu Datuk Mokhtaruddin dan Datuk Saidin telah pun memasuki PAS. Terdapat juga bekas-bekas ketua cawangan Umno yang lari meninggalkan Umno dan memasuki PAS.
Sumber yang merupakan anak jati Perak (Grik) memberitahu bahawa kemungkinan besar Dun Perak akan dibubarkan dalam masa terdekat memandangkan perpecahan dalaman Umno Perak dan tekanan berterusan daripada Pakatan Rakyat.

1 ulasan:

  1. bersatulah jemaah Islam!!

    dan hancurlah kumpulan musuh2 Islam.
    Allahumma farriq jam'ahum.

    BalasPadam