Sabtu, September 05, 2009

Kenapa PR Tidak Melatah Harga Minyak Naik?

Kenaikan harga minyak petrol RON97 daripada rm1.80 kepada rm2.05 dan RON95 daripada rm1.75 kepada rm1.80 berkuatkuasa 1 September lepas tidak melihatkan tindakan protes yang besar daripada Pakatan Rakyat.
Lazimnya, setiap kali kenaikan harga bahan api Pakatan Rakyat akan melancarkan protes besar-besaran terhadap Kerajaan BN (Pusat).
Tetapi kali ini sekadar ulasan-ulasan kecil daripada segelintir pemimpin PR sahaja yang kedengaran.
Tidakkah PR sedar bahawa kerajaan pusat telah melakukan pembohongan apabila beberapa bulan yang lepas mereka menyatakan bahawa minyak RON97 akan dinaikkan kepada rm2.00 berkuatkuasa 1 September. Tetapi 1 september yang lepas, RON97 naik melebihi 5sen iaitu rm2.05 dan bukannya rm2.00 seperti yang dikatakan mereka beberapa bulan yang lepas.
Dan minyak RON95 yang seperti mana dinyatakan akan menjadi alternatif sebagai menggantikan RON97 selepas 1 September masih lagi belum dijual di setiap stesen minyak secara menyeluruh dan hanya terdapat di beberapa stesen minyak sahaja.
Ini adalah merupakan satu lagi pembohongan apabila beberapa bulan yang lepas pihak kerajaan menyatakan selepas 1 September RON95 akan dijual di setiap stesen minyak sebagai alternatif menggantikan RON97, tetapi sehingga hari ini RON95 hanya terdapat di beberapa stesen minyak sahaja.

2 ulasan:

  1. nak melatah buat apa...kalo jerit sampai keluaq anak tekak sekalipong...dah tebiat kerjaan BN lagu tu...cekik...tindas....rakyat susah disusahkan...kekayaan di utamakan..satu lubok...perut dibuncitkan...yang miskin pergi jahanam...

    BalasPadam
  2. betui tu....cakap la sampai keluaq lidah...UMNO-BN memang tak dengaq punya...banyak dah kes besaq PR protes...PR pulak yang depa kata salah....tak tumbuh tak melata...

    BalasPadam