Isnin, Julai 26, 2010

Murid Darjah 2 Main Rogol-rogol

Saya agak terkejut apabila rakan isteri saya (Zu) menceritakan ada kes pelajar sekolah rendah darjah 2 (berumur 8 tahun) di sekolah beliau mengajar pernah melakukan persetubuhan.
Cerita ini terbongkar apabila pelajar perempuan (juga darjah 2) mengadu pada seorang guru bahawa kemaluan beliau sakit kerana melakukan persetubuhan dengan seorang pelajar lelaki (darjah 2).
Namun kerana nak jaga nama baik sekolah, saya difahamkan kes ini ditutup dan pihak sekolah tidak memaklumkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan.
Setelah disiasat, pelajar lelaki berkenaan mengatakan bahawa beliau melakukan persetubuhan kerana terpengaruh dengan video lucah yang ditonton di rumah.
Beliau sendiri tidak tahu bahawa perlakuan tersebut adalah salah dan haram.
Apa nak jadi dengan negara kita ini?

2 ulasan:

  1. Ini semua berlaku disebabkan pemimpin utama negara kita terkenal dengan sikap lucahnya suatu ketika dahulu, maka rakyat adalah sekadar mengikutnya. Dengan kata lain, agama pemimpin adalah agama rakyatnya, maka inilah akibatnya kini, apabila pemimpin melanggar suruhan agama, maka rakyat pun akan mengikut sekali.

    BalasPadam
  2. kecut perut aku...

    BalasPadam