Rabu, Oktober 20, 2010

Berapa Banyak Menara Da…


PM mengumumkan projek Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai 5billion, walaupun berkira nak bagi bonus sebulan yang hanya bernilai 3.1billion.
Kalau di Malaysia langsung tak ada menara pencakar langit, mungkin saya boleh bersetuju untuk bina menara 100 tingkat.
Apa salahnya bina menara untuk tunjukkan Malaysia maju, walaupun majoriti rakyat Malaysia yang menetap di Kuala Lumpur berpendapatan di bawah paras kemiskinan.
Tapi sekarang Malaysia dah ada 2 menara pencakar langit, iaitu Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Kat Melaka pun ada juga menara Ali Rustam buat, iaitu Menara Taming Sari.

Najib ni dah tak boleh fikir benda lain ke untuk menjana ekonomi negara selain alasan buat menara?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan