Jumaat, Oktober 22, 2010

PRK Batu Sapi:- Bantah Pertandingan 3 Penjuru

Perbincangan antara PKR (PR) dan SAPP dalam menetapkan calon dalam PRK Batu Sapi menemui jalan buntu apabila kedua-dua parti berkeras untuk menengahkan calon masing-masing.
Dalam rundingan tersebut PKR yang diwakili oleh William Leong manakala SAPP diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee gagal mencapai kata sepakat bagi merealisasikan hasrat satu lawan satu menghadapi BN.
Jika pertandingan 3 penjuru diadakan, ini bererti undi pembangkang akan terpecah dua.
Pada saya PKR harus memberi laluan kepada SAPP dan dalam masa yang sama membantu SAPP dalam menghadapi BN.
Ini memandangkan SAPP mempunyai pengaruh bagi menarik undi BN memandangkan calon BN menang pada PRU12 yang lepas adalah kerana mendapat undi daripada penyokong dan ahli SAPP.
Jika undi ahli dan penyokong SAPP ditambah dengan undi ahli dan penyokong PR pada PRK Batu Sapi kali ini, saya yakin parti pembangkang akan menang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan