Isnin, Februari 21, 2011

Perancangan hebat, perlaksanaan daif


Himpunan 30k Pemuda PAS di Kompleks Pas Kedah boleh dianggap berjaya walaupun terlalu banyak kelemahan.
Bak kata Timb. Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, “samada kamu semua (peserta) terangsang ataupun tidak, himpunan ini adalah sejarah besar”. Begitu le sikit lebih kurang ayat beliau. Cuma aku tertarik dengan perkataan “terangsang”.
Setakat mana peserta himpunan terangsang? Yang aku perhatikan, selepas saja program dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ust Azizan Razak sekitar jam 10.30 pagi, belum pun pidato mantan ketua pemuda bermula, ramai yang dah bongkau balik.
Yang pertama cuaca terlalu panas, dataran himpunan pula penuh dengan batu-batu yang besar, tanah agak berdebu, tandas lagi le tak tahu nak cakap, mujur tak cirit je.
Cuma aku hairan, kenapa program ini tak dilaksanakan di tempat yang lebih selesa seperti dalam dewan besar ataupun stadium berbumbung. Pada aku amat penting tempat yang selesa bagi merangsangkan pemuda-pemuda yang hadir dengan amanat-amanat pemimpin.
Lebih-lebih lagi sesi petang, aku berani kata pemuda yang ada hanya sekitar tiga ribu ke empat ribu sahaja. Mana yang lain? Semua bongkau balik!
Apa rasionalnya perlawanan bola sepak persahabatan antara Pemuda Pas dan bekas pemain kebangsaan yang diadakan jauh dari tempat program? Berapa ramai yang boleh tonton?
Kawan aku cakap, “perancangan hebat, perlaksanaan daif”. Manfaat dan matlamat program tersebut tidak sampai kepada semua peserta disebabkan faktor keadaan.
Maaf cakap, himpunan 15k di Kelantan pada tahun 2006 jauh lebih baik. Walaupun himpunan diadakan di dataran tengah bandar Kota Bharu, namum faktor cuaca di Kelantan amat-amat menyelesakan peserta. Program pula padat, kehadiran Tok Guru Nik Aziz berjaya menaikkan semangat peserta himpunan.
Aku kritik sebab aku rasa sayang terhadap peluang yang ada. Bukan mudah nak himpunkan pemuda yang begitu ramai. Tetapi disebabkan keadaan yang kurang selesa, lebih dua per tiga pemuda balik sebelum sesi petang bermula. Dengan kata lain, tak sampai 50% pun peserta himpunan yang terangsang.
Apa pun aku nak ucap tahniah kepada pemuda Kedah, Terengganu dan Selangor. Jika seramai itulah pemuda yang kamu ada, insyaallah Umno/BN akan tersungkur di Terengganu, Pakatan Rakyat akan kekal kuasa di Kedah dan Selangor.

3 ulasan:

  1. guan naik rm5 beb astro cilaka...
    bayangkan rrm5 x 1 juta penduduk melanggani astro... mak oi...
    kerajan oh kerajaan... apa nak jadi da...

    gua mau beli no pin politeknik... mak oi naik mendadak... dulu rm 6 sekarang da naik rm 10.60... mampuih budak nak sambung belajo... da kena paw awal2... kerajaan oh kerajaan...

    BalasPadam
  2. itu le kerajaan BN, mana nak pikir susah senang rakyat. yg dia tahu umum projek ntah apa2 yg kadang2 takde manfaat pada rakyat pun

    BalasPadam
  3. Untuk himpunan pemuda di masa akan datang. Pada sebelah pagi... ok. Cuma panaslah... wajar dibina lebih banyak khemah mudah alih atau payung untuk dimasukkan pada cuaca panas. Kalau boleh dapat payung macam di Masjidil Nabawi lagi baik. Tak perlu kerusi.

    Pengedaran makanan juga perlu dijalankan dengan lebih teratur dalam bentuk 'line operation management' di dalam barisan yang direntang dengan tali bagi menghindari orang yang telah mendapat makanan perlu berpatah balik dan bertembung dengan mereka yang sedang beratur untuk mengambil makanan.

    Sebelah petang, program perlu dipecahkan kepada beberapa bahagian, yang gemar bersukan akan melihat sukan, yang gemar kepada percambahan idea diadakan bengkel/seminar percambahan idea, yang gemar kepada keusahawanan diadakan pameran keusahawanan.

    Selain itu perkenalkan terhadap sayap keselamatan unit amal, buat pertunjukkan kawat kaki, 'vip guard', 'demostration guard' dan sebagai sebagainya supaya pemuda akan lebih tertarik kepada program ini dan lebih ramai akan menyertai unit amal.

    Selain itu boleh diadakan pertunjukan seni mempertahankan diri, seni kebudayaan berbilang masyarakat dan sebagainya. Lebih molek jika dapat dikumpulkan bersama pemuda-pemuda yang bukan Islam yang menganggotai Kelab Penyokong agar mereka saling mengenal dan saling memahami antara satu sama lain.

    BalasPadam