Jumaat, Februari 18, 2011

Tercapaikah Himpunan 30k?

Esok satu himpuan besar-besaran pemuda Pas akan diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah. ‘Himpunan 30k Pemuda Pas’ yang bertemakan "Masa Untuk Berubah" akan mengumpulkan pemuda PAS seluruh Malaysia.
Persoalannya, mampukah tercapai sasaran 30 ribu pemuda? Dalam keadaan dikenakan yuran penyertaan, tambang pengangkutan, kebanyakan pemuda masa kini pula dalam keadaan kesempitan wang, adakah berjaya program ini mencapai sasaran?
Lain le Umno, bagi baju, pengangkutan percuma, makan minum disediakan, duit poket diberi, takat 30 ribu tu celah gigi je.
Pada tahun 2006 telah diadakan ‘Himpunan 15k’ di Kota Bharu, Kelantan. Aku juga menjadi peserta pada ketika itu. Dan ketika itu Johor dan Melaka dilanda banjir besar.
Dari pengamatan aku, kehadiran tak sampai 15 ribu. Cuma sekitar 10 ribu kehadiran.
Himpunan pada hari esok membuat aku tertanya-tanya. Kawasan aku pun penyertaan tak sampai 20 orang yang nak join, apa macam?

1 ulasan: