Hari mengundi PRN Sarawak hanya beberapa hari saja lagi. Laporan menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat dari hari ke hari.
Tetapi ramai percaya BN masih mempunyai strategi terakhir yang pastinya akan melakukan serang balas mengejut kepada PR.
Apapun, jawapan untuk Pilihanraya Negeri Sarawak akan terjawab melalui peti undi.
Persoalannya, sudah bersediakah PACA (Polling Agent Counting Agent) Pakatan Rakyat? Terlatihkah mereka? Adakah mereka kuasai dan mengetahui undang-undang pilihanraya? Cekapkah mereka menguasai situasi semasa pengiraan undi?
Cukupkah PACA PKR disetiap pusat mengundi? Harus diingat, PKR bertanding lebih 40 kerusi! Pilihanraya umum pun banyak tempat mengundi tidak kelihatan PACA mereka, bagaimana pula kali ini di Sarawak?
DAP dan PAS mungkin tidak mempunyai masalah tentang PACA. DAP mungkin mempunyai PACA yang terlatih. PAS sudah tentu akan mengimport PACA dari semenanjung.
PKR bagaimana? Pengalaman PRU 2008 buat aku seram jika berlaku di Sarawak yang mana pada masa itu aku menjadi PACA PAS, tetapi PACA PKR langsung tak nampak muka!
PRN Sarawak tidak melibatkan parlimen, jadi jika tiada PACA PKR ditempat mengundi (DUN PKR tandingi), tiada PACA lain yang boleh tolong. Siap sedialah untuk ditipu hidup-hidup oleh BN dan SPR!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan