UiTM's Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) dengan tajaan sendiri oleh Presiden Perkasa menawarkan Anugerah Ibrahim Ali untuk mereka yang dikatakan mempunyai kelayakan sebagai pejuang memartabatkan bangsa.
Anugerah Ibrahim Ali? Makin gawat perjuangan Melayu yang ada hari ini sehingga Ibrahim Ali mahu dijadikan IKON perjuangan Melayu. Mungkin Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu sendiri perlu membuat kajian dari memalukan Institut itu sendiri.
Setakat ini kegawatan Melayu adalah berpunca dari perkara-perkara sebegini - memartabatkan mereka tanpa membuat penilaian terperinci sumbangan kepada Melayu.
Mungkin pelajar UiTM lebih maju dari mencalonkan diri untuk anugerah ini dan secara jujur saya katakan kalau inilah Institut yang diharapkan untuk memantau dan memaju Melayu kepada tahap yang lebih tinggi - lupakan sahaja.
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu IMPAK - tidak mampu berfikir.
umno-reform2.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan