Ini pertama kali aku hadir ke program dialog anjuran Umno. Pemuda Umno Putrajaya mengambil pendekatan berani dengan mengadakan dialog bertajuk ‘Demokrasi Malaysia Semakin Matang’ di Presint 9, Putrajaya malam semalam.
Ahli panel terdiri daripada Dato' Zaki Zahid (Ketua Pemuda UMNO Putrajaya), YB Nik Nazmi (Pengarah Komunikasi PKR), Wan Mohd Firdaus (Pengerusi Young Corporate Malaysia) dan Dr. Mohammad Nawar Ariffin (Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia). Namun begitu Wan Mohd Firdaus tidak hadir. Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Dialog kebanyakannya menjurus kepada isu Bersih. Dialog berlangsung dengan aman dan harmoni, di mana tiada ejek mengejek, ‘boo’ menge’boo’ berlaku. Pengerusi juga bersikap adil dalam memberi masa kepada ahli panel untuk berhujah. Tahniah kepada YB Nik Nazmi kerana berjaya menjawab tohmahan Umno secara padat dan ringkas serta berjaya memberi penerangan yang cukup jelas kepada hadirin.
Aku juga ucap terima kasih kepada polis sebab tak tangkap seorang pemuda PKR yang hadir dengan memakai baju ‘BERSIH 2.0’ walaupun pemuda tersebut melawan (pakai baju pun tak boleh ke, kalau aku pun aku melawan). Aku faham polis pegang etika ‘saya yang menurut perintah.
Paling best masa waktu makan (anjuran Umno mesti le ada makan), walaupun hadirin secara jelas ada yang memakai baju kuning, baju PKR, baju BN, baju Umno, namun semua masih boleh saling sapa menyapa, bersalam-salaman, dan duduk makan sama-sama. Alhamdulillah.
Tahniah pemuda Umno Putrajaya, kamu jauh lebih bertamadun daripada Umno Melaka. Hahaha.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan