Jumaat lepas aku berkesempatan menonton rancangan Raja Lawak 2011 untuk minggu yang pertama.
Di awal rancangan, ada babak dramatik yang mana salah seorang juri yang juga merupakan pelakon pelawak terkenal tanah air Bob Lokman telah mengundurkan diri daripada terus menjadi juri bagi musim 2011.
Pada awalnya aku menyangkakan Bob Lokman yang berpakaian jubah dan serban hanya sekadar pakaian untuk program tersebut, namun apabila pagi tadi terlihat gambar Bob Lokman di facebook bergambar dengan Dato’ Hj Mahfuz Omar, segera saja persepsi aku bertukar.

Carian di internet mendapati bahawa Bob Lokman rupanya memang sudah berubah dan hijrah kepada yang lebih diredhai Allah. Alhamdulillah.
Namun begitu, aku mengharapkan bakat Bob Lokman tidak dipadam begitu sahaja. Gunakanlah ke jalan yang lebih diredhai Allah SWT.

bergambar dengan anggota unit amal dalam program kuliah agama
:- Bagi rancangan Raja Lawak 2011, Bob Lokman telah digantikan dengan David Teo (langsung tak masuk akal kan?), dan arwahyarham Din Beramboi telah digantikan dengan Sathia sementara Afdlin Shauki masih dikekalkan sebagai juri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan