Jumaat, Mac 04, 2011

Melaka negeri maju

Sebentar tadi aku jumpa rakan sekerja yang baru pulang dari Melaka. Tiga hari bermesyuarat di sana, menginap hotel di tengah bandar Melaka.
Beliau berasal dari Kelantan. Nampak saja muka aku tadi, terus tunjuk isyarat tangan ‘good’. Katanya Melaka memang maju, cantik.
Aku tanya dengan dengan dia, apa yang maju? Dia jawab banyak bunga-bunga tepi jalan, malam banyak lampu-lampu cantik, jauh berbeza dengan Kelantan.
Aku kata pada dia, tak boleh banding Melaka dengan Kelantan, sebab Kelantan dianaktirikan dari sudut peruntukan oleh kerajaan pusat.
Aku jelaskan pada dia lagi, kalau tengok promosi-promosi Melaka maju, gambar yang terpapar dalam poster seperti Eye On Malaysia (roda gergasi), Melaka Sentral (pusat pengangkutan awam), bas dua tingkat, lanskap, ini semua hanya perhiasan-perhiasan yang hanya mencantikkan negeri, bukan menjana ekonomi.
Manusia sering kali tertipu dengan perhiasan duniawi. Bila tengok negeri tu cantik warna warni, dah kata negeri maju.
Sepatutnya penilaian mesti dibuat berdasarkan pendapatan isi rumah, bajet tahunan samada defisit ataupun tidak, pengurusan kewangan cekap ataupun tiris, pendapatan kerajaan negeri, pulangan daripada pelaburan, ha, itu yang sepatutnya ditengok!
Bukan tengok lampu cantik, ada roda gergasi macam fun fair, ada bot yang boleh bawa melawat bandar tup tup dah kata negeri maju!

1 ulasan:

  1. bro negeri kelantan terima peruntukan lebih dari negeri melaka..kes menyebabkan tok ali kurang puas hati dgn tok najib..pernah kuar paper xigt aku paper apa

    BalasPadam