Selasa, Mac 22, 2011

Mewahnya orang Merlimau

Keseluruhan jumlah kampit beras 10kg yang diterima mak cik aku sorang ni sebanyak 8 kampit. Bila nak habis makan tu? 80kg boleh buat 4 kali kenduri doa selamat.
Itu belum kira barang-barang dapur yang lain. Milo, gula pasir, tepung, mewah tersangat-sangat. Katanya, orang bagi kita amik, bila undi pangkah “bulan”.
Tapi sebab terhutang budi, pangkah BN juga. Lebih-lebih lagi mahukan wang bantuan kebajikan masyarakat, mana boleh berpaling tadah katanya. Penat aku kempen, tak faham-faham juga.
Daripada 6 orang makcik dan pakcik aku yang mengundi, seorang je yang pangkah Pas. Tak faham aku, walhal depa bukan suka pun calon BN tu.
Katanya lagi Merlimau akan dapat Wifi. Sukanya dia yang bercerita macam tahu guna komputer lagaknya, walhal nak ‘on’ pun tak tahu nak tekan mana.
Adik ipar aku dok merempit dengan budak-budak BN dapat rm10 duit minyak. Mujur tak kemalangan, kalo kemalangan mampos tak ada orang BN melawat.

2 ulasan:

  1. Melayu bahlul namanya?

    BalasPadam
  2. Sebab itulah melayu terus ketinggalan..

    BalasPadam