Khamis, Mac 31, 2011

Siasat NGO 1 Malaysia

Yang rakyat nampak Ngo 1 Malaysia ni alat BN untuk menghalalkan rasuah secara terbuka bila tiba kempen pilihanraya.

Biasanya Ngo ini akan mengagihkan barangan makanan kepada pengundi-pengundi. Kononnya peruntukan bukan diperolehi daripada kerajaan.

Siapa yang baik sangat nak salur peruntukan pada Ngo ni dah tu promosi 1 Malaysia. 1 Malaysia ni siapa dalangnya kalau bukan BN?

Beberapa PRK di semenanjung baru-baru ini, Ngo ini siap anjur show penari separuh gogel bagai dalam program makan malam mereka.



Pilihanraya Sarawak, Ngo ini tentu akan memainkan peranan merasuah rakyat. Kononnya kali ini Ngo ini ditaja oleh seorang jutawan. Antara program yang akan dijalankan adalah makan percuma dan pertandingan untuk rakyat Sarawak.

Persoalannya, siapa jutawan yang baik hati menaja Ngo tersebut? Pakatan Rakyat harus mengambil tindakan melaporkan pada pihak berwajib bagi mengelakkan rakyat Sarawak disogok dan dirasuah semasa tempoh kempen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan