Isnin, April 25, 2011

Tarif air naik, hadiah BN menang di Merlimau

Dalam diam kerajaan BN pimpinan Ali Ketam buat perangai perompak. Tarif air di Melaka dinaikkan dalam senyap-senyap. Rakyat tak dimaklumkan tentang kenaikan tarif air tersebut.


Bila ditanya Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB), Mohd Khalid Nasir pula mendakwa memang terdapat pelarasan tarif air. Ayat nak baik, tak mahu guna perkataan ‘kenaikan’ tapi guna ‘pelarasan’.


Rakyat Melaka? ramai yang marah, tapi marah-marah gitu je. Marah-marah sayang le katakan. Bila baca komen-komen di akhbar, ramai yang marah kerana kerajaan negeri tak maklum awal, konon nak buat penjimatan air katanya.


Jimat? Nak jimat macam mana? Dari wuduk ke tayammum? Baju pakai 2,3 kali baru basuh sekali? Mandi sehari sekali? Gosok gigi 2 hari sekali? Buang air besar tak payah flush? Rakyat dah cukup jimat, tapi masih dibebankan dengan bermacam-macam kenaikan kos hidup.


Setelah ditabur bermacam-macam rasuah semasa PRK Merlimau, kini BN buat perangai buruk siku kaut balik untuk cover segala kos pelaburan di PRK Merlimau. Cuma mangsanya kali ini seluruh umat di Melaka, bukan rakyat Merlimau sahaja.

2 ulasan:

  1. kedah naik air hang tak kacau pun prrrrrrrh

    BalasPadam
  2. kedah naik air coz memang dah sampai masa kena naik. lagipun depa ikut saluran betul, bukan senyap2 gini

    BalasPadam