Khamis, Jun 18, 2009

Kerajaan Perpaduan : PAS Perlu Buat Penjelasan

Isu kerajaan perpaduan semakin hangat dimanipulasi oleh media arus perdana. Ianya juga memberi kesan negatif terhadap hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
DAP semakin lantang mempertikaikan keikhlasan PAS dalam Pakatan Rakyat. PKR pula mula meragui PAS.
Apa pun alasan untuk salahkan media arus perdana kerana memanipulasi isu ini, puncanya tetap daripada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang. Ini jelas dan tidak boleh dinafikan. Terdapat golongan-golongan dalam PAS yang menyokong kerajaan perpaduan juga tidak boleh dinafikan.
Isu ini semakin bercelaru. Ahli-ahli PAS mula bimbang akan isu ini, rakan-rakan Pakatan Rakyat pula mula sangsi, pengundi atas pagar mula benci. Dan akhirnya Barisan Nasional yang akan untung dalam isu ini, dan pakatan Rakyat akan hilang kepercayaan daripada pengundi atas pagar.
Walaupun ada orang kata “kenapa PAS tak nak berbincang dengan Umno, dengan DAP boleh pula?”, jawapannya mudah, iaitu Umno tidak ikhlas untuk membela nasib rakyat. Sebahagian besar pemimpin Umno adalah KORUP. Jika begini, ada faedahkah berbincang dengan Umno walaupun mereka melayu?
Kerelaan Umno untuk bertemu dengan PAS dalam isu ini tidak lain tidak bukan hanya untuk menguntungkan Umno/BN semata-mata bagi mengukuhkan kedudukan mereka dan menggugat Pakatan Rakyat memandangkan kekalahan besar mereka dalam PRU-12 yang lepas.
Presiden PAS harus membuat kenyataan untuk menolak perbincangan dengan Umno mengenai kerajaan perpaduan secara serius dan jika perlu memohon maaf secara terbuka kepada Pakatan Rakyat dan rakyat, tidak ada salahnya kerana ianya akan memperlihatkan peribadi beliau yang murni dan ikhlas sebagai seorang pemimpin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan