Jumaat malam yang lepas saya berkesempatan menghadiri ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hj. Mat Sabu di Bandar Baru Bangi.
Kehadiran yang agak ramai sekitar 10,000 orang. Sambutan anak muda sungguh menggalakkan melebihi golongan tua, fenomena yang tak akan dapat dilihat di Melaka buat masa sekarang.
Turut hadir, YB Adun Kajang (PKR), YB Adun Bangi (PAS), Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar dan Che'Gu Bard.
Saya dimaklumkan oleh seorang sahabat yang menetap di Kajang, biasanya PAS yang berceramah di stadium tersebut (Seksyen 15, Bangi). Jarang PKR berceramah di situ.
Tetapi yang buat saya pelik dan tertanya-tanya, kenapa bendera PKR sahaja yang dipasang dan dikibarkan di kawasan berkenaan pada malam itu? Bukankah wakil rakyat Bangi dari PAS? Selaku tuan rumah, kenapa tiada bendera PAS? Lebih-lebih lagi Mat Sabu turut menjadi penceramah.
Dan PAS, PKR, DAP adalah merupakan barisan Pakatan Rakyat. Sepatutnya ceramah-ceramah sedemikian, bendera PAS, PKR dan DAP perlu dipasang dan dikibarkan bersama. Jika ceramah-ceramah PAS, bendera PKR dan DAP biasanya akan turut dipasang walaupun tak banyak. Setidak-tidaknya semangat setiakawan Pakatan Rakyat dapat dihayati dan tidak nampak cuba berdiri sendiri, setelah dugaan dan rintangan dihadapi bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan