Rabu, Oktober 21, 2009

Dun Perak Akan Dibubarkan

Rancangan Hujah di TV9 sebentar tadi yang menampilkan Datuk Seri Dr Zamri Kadir (Menteri Besar Perak) sebagai tetamu jemputan sedikit sebanyak memberi gambaran kemungkinan akan berlaku pilihanraya di Perak.
Pengacara rancangan tersebut, Prof. Dr. Agus apabila bertanya soalan terakhirnya di penghujung rancangan kepada Dr. Zamri adakah kemungkinan akan berlaku pembubaran dun, Dr. Zamri hanya menjawab itu adalah perkara yang berlainan dan pembubaran dun akan berlaku apabila mendapat arahan daripada atasan.
Yang menjadi tanda tanya, kenapa Dr. Zamri tidak menafikan bahawa tidak akan berlaku pembubaran dun sedangkan sebelum ini BN acap kali menafikan akan berlaku pembubaran dun Perak?
Ini sedikit sebanyak memberi signal kepada Pakatan Rakyat untuk bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya semula di Perak.

1 ulasan:

  1. PIHAK ATASAN ITU IALAH KERAJAAN LANGIT YANG DIPIMPIN OLEH AYAH PIN. RUPANYA DEPA INI PENGIKUT AYAH PIN

    BalasPadam