Semua sedia maklum Hulu Selangor adalah merupakan kubu kuat BN sejak dari dulu lagi. Kemenangan PKR dengan majoriti tipis pada PRU 2008 boleh diibaratkan sebagai kemenangan bernasib baik.
Jika hendak dibandingkan dengan PRK Kuala Terengganu yang mana PAS berjaya merampas kerusi tersebut daripada BN, ternyata jentera PR dalam kedua-dua PRK ini (Hulu Selangor dan Kuala Terengganu) amat berbeza.
Kita dapat lihat jentera PR pada PRK Kuala Terengganu amat mantap, sehinggakan pada hari mengundi saya dapat lihat sendiri setiap lorong, setiap jalan sekurang-kurangnya mesti terdapat 2 petugas PAS/PR.
Berbeza dengan hari mengundi PRK Hulu Selangor, jangan nak dikatakan berkawal di setiap jalan atau lorong, bilik gerakan PKR sendiri pun banyak yang tidak dibuka.
Saya berkesempatan melihat daftar pemilih di Ladang Ascot (kalau tak silap saya tempat tersebut Ladang Ascot), pengundi yang lahir tahun 1911 pun masih tertera dalam daftar pemilih tersebut. Dan yang lahir dari tahun 1911-1940 ada lebih kurang 3 muka surat.
Pada masa itu saya berkata pada kawan saya bahawa kemungkinan PKR akan kalah memandangkan daftar pemilih yang amat diragui lebih-lebih lagi kepincangan jentera PKR/PR yang saya tak yakin mampu menangkis penipuan BN.
Khamis, April 29, 2010
Senator Ezam?
Akhirnya penyertaan raja sesumpah Ezam Md Nor ke dalam Umno dibayar dengan ganjaran ‘senator’.
Ezam yang kerap kali digunakan oleh Umno untuk menjaja cerita mengenai Datuk Seri Anwar, sudah pasti berpuas hati denga ganjaran yang beliau perolehi hasil pengorbanan beliau memasuki Umno.
Mungkin lepas ni Ezam akan dapat ‘Dato’ pula…

Ahad, April 25, 2010
65% Pengundi India Tolak Calon BN
Survey yang dilakukan salah sebuah kementerian terhadap pengundi india di Hulu Selangor mendapati lebih kurang 65% menolak calon BN.
Sumber yang merupakan salah seorang yang terlibat dalam menjalankan survey tersebut memberitahu antara sebab pengundi india menolak calon BN kerana sikap campur tangan Umno dalam menentukan calon daripada MIC.
Apapun, sumber tidak memaklumkan adakah kemungkinan 65% pengundi india yang menolak calon BN itu akan memberikan undi kepada calon PKR ataupun sebaliknya.

Ahad, April 18, 2010
Pertandingan Badminton Bergu Terbuka
Anjuran :- Al-Kautsar Sport Center Club
Kerjasama :- YB. ADUN Ayer Keroh (DAP)
Tarikh :- 01 Mei 2010
Masa :- 08.00pagi - 03.00petang
Tempat :- Dewan Badminton Bachang
Yuran Pendaftaran :- RM 40 ( 1 Bergu )
Hadiah :- Juara (Piala Pusingan, RM200, Hamper, Medal, Sijil)
:- Naib Juara (RM150, Hamper, Medal, Sijil)
:- Ke-3 (RM100, Hamper, Medal, Sijil)
:- Ke-4 (RM70, Hamper, Medal, Sijil)
:- Ke-5 (RM50, Hamper, Medal, Sijil)
:- Ke-6-15 (Hamper, Medal, Sijil)
:- Ke-16 & kebawah (Cenderahati, Sijil)
Pertanyaan :- En. Yakin 013-6265359
:- En. Saidi 012-3348412
:- En. Syam 013-6204097
:- En. Saat 012-9349531

Khamis, April 01, 2010
Muhyiddin Anggap Islam No.3?
Muhyiddin dalam kenyataannya sebagai menjawab cabaran daripada Lim Kit Siang mendakwa diri beliau adalah melayu yang paling utama dan barulah rakyat Malaysia yang ke-2.
Ternyata beliau tidak menjiwai 1 Malaysia kerana menganggap bangsa lebih penting daripada warganegara.
Di mana pula letaknya Islam dalam diri Muhyiddin? Adakah pada beliau Islam nombor 3?
Jika saya sendiri, sudah tentu saya akan kata Islam yang pertama, rakyat Malaysia ke-2, dan Melayu ke-3. Kerana hanya dengan Islam kita akan jadi rakyat Malaysia dan melayu yang baik.

Langgan:
Catatan (Atom)