- Sambutan Tahun Baru, maka berduyun-duyun le manusia terutama anak muda mencari hiburan dan bersosial.
- Sepatutnya buat azam baru untuk jadi yang lebih baik, tapi kebiasaannya hanyut di malam tahun baru.
- Hiburan melampau, hiburan terlampau, semuanya ada pada malam tahun baru.
- Seks bebas, mabuk, menari tiang, malam tahun baru tak perlu risau operasi jabatan agama dan tiket ke neraka dijual berleluasa.
Jumaat, Disember 30, 2011
Tiket ke neraka malam tahun baru
BN bukan tak pandai memerintah
- Ada yang kata Pakatan Rakyat lagi pandai memerintah daripada BN. Betul ke? Pakatan Rakyat bukan pernah memerintah pusat pun.
- Pakatan Rakyat bukan pandai memerintah sangat, tapi ketelusan dan integriti menjadi kekuatan utama perlihatkan macam pandai memerintah.
- BN bukan tak pandai memerintah, tapi sikap penyapu dan menyapu perlihatkan mereka macam tak pandai memerintah.
Rabu, Disember 21, 2011
Tiada niat sertai Umno, tapi mungkin…?
- Nasharudin Mat Isa kata:-
- “Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan”
- belum pernah mengungkapkan untuk menyertai Umno sepanjang pembabitan dalam PAS.
- tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno.
- tapi jangan pula ada niat nak berkerjasama dengan Umno!!!
Melayu tak sebodoh Perkasa
- Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dakwa melayu tidak akan keluar mengundi jika dakwat kekal digunakan dalam PRU.
- Katanya lagi bila melayu tak keluar mengundi yang untung bangsa lain.
- Itu sajalah tahap pemikiran pimpinan Perkasa. Jumud, rasis, buta tuli.
- Aku tak dengar satu suara pun dari kawan-kawan melayu aku baik yang atas pagar, yang Umno, yang PR membantah guna dakwat kekal.
- Tak ada siapa yang kisah guna dakwat kekal, kecuali segelintir kecil wanita yang warna kuku.
- Perkasa jangan buat malu melayu!
Jumaat, Disember 02, 2011
Pengundi muda di Melaka condong arah mana?
- Kononnya hampir separuh jumlah pengundi di Melaka adalah pengundi muda.
Pakatan Rakyat yakin pengundi muda akan buat perubahan di Melaka seperti yang terjadi di negeri-negeri utara dan pantai timur. - Betul ke?
- PRU-12 membuktikan saluran 3 (orang muda) memihak kepada BN dengan majoriti yang lebih besar dari saluran 1 dan saluran 2.
- PRK Merlimau menyaksikan sebahagian besar jentera Umno adalah terdiri daripada anak-anak muda, Pas pula hanya golongan dipenuhi dengan golongan 40an ke atas, itupun orang luar Merlimau.
Rabu, November 23, 2011
PR 116 BN 106
Sumber dalaman yang amat rapat dengan seorang pemimpin tertinggi Umno memberitahu jika Pilihanraya Umum diadakan dalam masa terdekat, BN wajib akan kalah.
Beliau menjelaskan Pakatan Rakyat akan memenangi 116 kerusi dan BN pula akan menang 106 kerusi sahaja.
Kerusi PKR dan DAP akan meningkat tinggi, sementara PAS akan mengalami sedikit kemerosotan disebabkan kesan isu hudud.
Khamis, Ogos 25, 2011
Rabu, Ogos 24, 2011
Khir Toyo baru tahu sepak terajang dalam Umno?
Berikut adalah sebahagian tulisan Khir Toyo dalam blog beliau:-
Kisah Tiga Menteri
10. Ketika saya memohon maaf kepada semua orang, saya juga mengambil kesempatan semangat ramadhan tahun ini untuk memaafkan sesiapa sahaja merasakan mereka perlu memohon maaf kepada saya kerana apa sahaja sebab.
11. Namun sebagai manusia biasa saya juga ada kelemahan kerana tidak mungkin dapat saya maafkan seseorang yang membuat fitnah terhadap saya sehingga terjadinya siatuasi sekarang. Percayalah walau berapa kali beliau mengerjakan umrah belum tentu Allah mengampunkan dosa beliau dengan manusia yang lain.
12. Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya. Saya tidak mendedahkan nama menteri-menteri ini kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun beberapa sumber saya sangat boleh dipercayai.
13. Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.
14. Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini. Namun jika pun ada usaha-usaha untuk mempengaruhi kehakiman, saya masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Selebihnya, saya percaya saudara/saudari terutamanya para peguam boleh membuat penelitian terhadap fakta-fakta kes saya di mahkamah dan membuat penilaian sendiri.
15. Cuma saya hendak mengingatkan ketiga-tiga Menteri ini agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio mereka sendiri. Turunlah ke padang dengar pandangan rakyat di bawah terhadap kerajaan bukannya sekadar membaca blog dan media yang telah memilih untuk berpihak di mana.
16. Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.
17. Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau? Apakah beliau fikir rakyat mahukan pemimpin UMNO dihukum atau mereka mahu melihat keadilan ditegakkan?
18. Pada hemat saya majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak UMNO mahu pun di pihak parti-parti lain.
19. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
http://www.drkhir.com/2011/08/selamat-hari-raya-maaf-zahir-batin-dan.html
http://www.drkhir.com/2011/08/selamat-hari-raya-maaf-zahir-batin-dan.html
Isnin, Ogos 22, 2011
Jumaat, Ogos 19, 2011
Pertahan Islam atau rasis semata-mata
Perhatikan ayat-ayat pada kain rentang mereka, adakah mereka mempertahankan Islam atau semata-mata perjuangan rasis mereka?
Program Adun Sekinchan di bulan Ramadhan
berbuka puasa di Kampung Parit 7 Baroh, sumbangan adun kepada johan belia masjid
Khamis, Ogos 18, 2011
Rabu, Ogos 17, 2011
Isnin, Ogos 08, 2011
Kebajikan tak kena tempat
Tindakan ahli parlimen Putrajaya yang menganjurkan majlis berbuka puasa setiap hari sepanjang Ramadhan mendapat kritikan peniaga.
Majlis berbuka puasa tersebut yang diadakan di Medan Selera Presint 8 telah menjejaskan pendapatan dan menyekat rezeki peniaga-peniaga di Medan Selera tersebut.
Umno Putrajaya sepatutnya menganjurkan majlis tersebut di surau ataupun masjid dan bukannya di Medan Selera tempat orang berniaga.
Khamis, Ogos 04, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)