Selasa, Jun 30, 2009

Siapa Pemimpin Umno Yang Bersih?

Ramai pihak yang kecewa apabila usaha untuk mengadakan perbincangan PAS dan Umno mengenai kerajaan perpaduan tersekat di tengah jalan. Rata-rata mereka menganggap perbincangan PAS dan Umno akan dapat menyelesaikan masalah melayu dan Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau percaya PAS ikhlas. Tetapi adakah Umno ikhlas untuk membincangkan masalah melayu dan Islam?
Sila berikan sekurang-kurangnya 5 pemimpin tertinggi Umno yang bersih? Jika seorang pun tiada ataupun susah dicari, apa faedahnya berbincang dengan Umno walaupu mereka melayu?
Apakah jaminan berbincang dengan Umno akan dapat menyelesaikan masalah apabila dalam masa yang sama pemimpin tertinggi Umno tidak ada seorang pun yang boleh dipercayai?
Lebih baik berkerjasama dengan DAP, sekurang-kurangnya pemimpin DAP jauh lebih berintegriti daripada pemimpin Umno.

Isnin, Jun 22, 2009

Majlis Kenduri Perlu Permit?


Sikap pihak polis dilihat semakin menjadi-jadi kebaruaan Umno/BNnya. Ianya sekaligus meletakkan imej polis di mata rakyat semakin buruk dan hina.
Terbaru, pihak polis Selangor telah menutup jalan untuk ke Pejabat DAP Klang di mana trak FRU dan meriam air, serta polis yang bersenjata M16 telah berkawal sejak tengahari tadi.
DAP menganjurkan jamuan makan malam bagi mengumpul dana parti itu tetapi pihak polis Klang telah membatalkan permit di saat-saat akhir.
Tindakan polis ini menunjukkan bahawa negara ini hampir menjadi negara polis kerana menutup pintu demokrasi secara agresif.
Apakah salahnya DAP hendak menganjurkan makan malam? Jika hendak dikata pejabat DAP Klang itu di kawasan perumahan dan terbuka, sepatutnya majlis-majlis kahwin dan majlis rumah terbuka di kawasan perumahan dan terbuka juga perlu mendapatkan permit dari polis! Mungkinkah kenduri kahwin anak bekas ahli parlimen BN di Melaka siang tadi mendapat permit polis?

Pentingnya Tarbiyah Untuk Kemenangan

Pagi tadi saya berkesempatan menghadiri majlis ilmu (Ijtimak PAS Bukit Katil) di Paya Dalam, Melaka. Saya tidak ingat nama ustaz yang menyampaikan kuliah, tetapi ada satu tajuknya menarik perhatian saya.
Beliau menjelaskan pentingnya tarbiyah di dalam PAS, dan amat malang apabila pemimpin yang tidak menghadiri majlis tarbiyah.
Beliau mengatakan dalam politik masa kini secara logiknya untuk menghadapi musuh yang mempunyai pelbagai senjata moden dan kelengkapan canggih (BN yang mempunyai jentera kerajaan, media dan wang), tak mungkin kita (PAS) akan mencapai kemenangan. Itu logiknya.
"Tetapi jika kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita (PAS) mencapai kemenangan".
"Tetapi kalau pemimpin sendiri tidak menolong agama Allah (tidak menghadiri majlis ilmu), macam mana hendak menang?" tambahnya lagi.
Beliau menegaskan kepimpinan yang tidak mendekatkan diri dengan Allah dan majlis tarbiyah harus berubah.

Ahad, Jun 21, 2009

PKR Tiada Semangat Setiakawan?

Jumaat malam yang lepas saya berkesempatan menghadiri ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hj. Mat Sabu di Bandar Baru Bangi.
Kehadiran yang agak ramai sekitar 10,000 orang. Sambutan anak muda sungguh menggalakkan melebihi golongan tua, fenomena yang tak akan dapat dilihat di Melaka buat masa sekarang.
Turut hadir, YB Adun Kajang (PKR), YB Adun Bangi (PAS), Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar dan Che'Gu Bard.
Saya dimaklumkan oleh seorang sahabat yang menetap di Kajang, biasanya PAS yang berceramah di stadium tersebut (Seksyen 15, Bangi). Jarang PKR berceramah di situ.
Tetapi yang buat saya pelik dan tertanya-tanya, kenapa bendera PKR sahaja yang dipasang dan dikibarkan di kawasan berkenaan pada malam itu? Bukankah wakil rakyat Bangi dari PAS? Selaku tuan rumah, kenapa tiada bendera PAS? Lebih-lebih lagi Mat Sabu turut menjadi penceramah.
Dan PAS, PKR, DAP adalah merupakan barisan Pakatan Rakyat. Sepatutnya ceramah-ceramah sedemikian, bendera PAS, PKR dan DAP perlu dipasang dan dikibarkan bersama. Jika ceramah-ceramah PAS, bendera PKR dan DAP biasanya akan turut dipasang walaupun tak banyak. Setidak-tidaknya semangat setiakawan Pakatan Rakyat dapat dihayati dan tidak nampak cuba berdiri sendiri, setelah dugaan dan rintangan dihadapi bersama.

Khamis, Jun 18, 2009

PAS Seluruh Malaysia Disaran Anjur Kempen ‘Bubar Dun Perak’

Kempen ‘Bubar Dun Perak’ sehingga hari ini dilihat masih belum menyengat dan berkesan. Ianya masih tidak disertai secara menyeluruh oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
Melihat semangat Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin yang melaungkan ‘Bubar Dun’ di dalam Parlimen sebaik saja selesai mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Bukit Gantang menunjukkan bahawa perkara ini mesti diteruskan dan diperjuangkan.
PAS seluruh Malaysia disaran supaya dapat menganjurkan kempen ‘Bubar Dun Perak’ di setiap negeri dan kawasan bagi menunjukkan semangat demokrasi dan semangat keadilan. Ianya juga mencerminkan bahawa PAS seluruh Malaysia mengambil berat terhadap isu Perak.
Penghasilan stiker ‘Bubar Dun Perak’ dan melekatkannya di kenderaan setiap ahli dan penyokong Pakatan Rakyat adalah merupakan salah satu kempen yang positif bagi menunjukkan betapa rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan rampasan kuasa di Perak.

Kerajaan Perpaduan : PAS Perlu Buat Penjelasan

Isu kerajaan perpaduan semakin hangat dimanipulasi oleh media arus perdana. Ianya juga memberi kesan negatif terhadap hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
DAP semakin lantang mempertikaikan keikhlasan PAS dalam Pakatan Rakyat. PKR pula mula meragui PAS.
Apa pun alasan untuk salahkan media arus perdana kerana memanipulasi isu ini, puncanya tetap daripada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang. Ini jelas dan tidak boleh dinafikan. Terdapat golongan-golongan dalam PAS yang menyokong kerajaan perpaduan juga tidak boleh dinafikan.
Isu ini semakin bercelaru. Ahli-ahli PAS mula bimbang akan isu ini, rakan-rakan Pakatan Rakyat pula mula sangsi, pengundi atas pagar mula benci. Dan akhirnya Barisan Nasional yang akan untung dalam isu ini, dan pakatan Rakyat akan hilang kepercayaan daripada pengundi atas pagar.
Walaupun ada orang kata “kenapa PAS tak nak berbincang dengan Umno, dengan DAP boleh pula?”, jawapannya mudah, iaitu Umno tidak ikhlas untuk membela nasib rakyat. Sebahagian besar pemimpin Umno adalah KORUP. Jika begini, ada faedahkah berbincang dengan Umno walaupun mereka melayu?
Kerelaan Umno untuk bertemu dengan PAS dalam isu ini tidak lain tidak bukan hanya untuk menguntungkan Umno/BN semata-mata bagi mengukuhkan kedudukan mereka dan menggugat Pakatan Rakyat memandangkan kekalahan besar mereka dalam PRU-12 yang lepas.
Presiden PAS harus membuat kenyataan untuk menolak perbincangan dengan Umno mengenai kerajaan perpaduan secara serius dan jika perlu memohon maaf secara terbuka kepada Pakatan Rakyat dan rakyat, tidak ada salahnya kerana ianya akan memperlihatkan peribadi beliau yang murni dan ikhlas sebagai seorang pemimpin.

Selasa, Jun 16, 2009

PAS Melaka Akan Berubah???

Dengan mengekalkan Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman sebagai pesuruhjaya PAS Melaka bagi sesi 2009/2011, dan sebahagian besar saf kepimpinan yang sama seperti sesi yang lepas, dilihat tidak akan memberi banyak perubahan terhadap prestasi PAS Melaka.
Beberapa penyokong PAS yang ditemui melahirkan rasa kecewa dengan tahap kebangkitan PAS Melaka yang dilihat tidak banyak berubah sebelum ini, tidak mengharapkan perubahan besar akan berlaku dengan saf kepimpinan PAS Melaka yang baru memandangkan tidak banyak perubahan kepimpinan dan tidak ada muka-muka baru yang berkaliber.
"PAS Melaka seolah-olah ketandusan pemimpin sehingga banyak mengekalkan muka-muka lama yang kita lihat tidak banyak membuat perubahan positif," komen Mohd Hafizuddin yang merupakan penyokong kuat PAS.
Beliau turut menjelaskan, pesuruhjaya sepatutnya mestilah yang menetap kekal di Melaka supaya dapat menguruskan organisasi dengan lebih berkesan, dan bukannya menetap di negeri lain seperti yang berlaku sekarang.
"Masalah-masalah dalaman seperti perkelahian dan salah faham sepatutnya tidak berlaku, lebih-lebih lagi organisasi yang lemah seperti PAS Melaka," jelas beliau lagi yang tidak saya tahu maksudnya.
Apa pun PAS Melaka digesa melakukan perubahan sebaik yang boleh memandangkan tidak nampak kebangkitan dan keseriusan untuk memerintah dan mencapai kemenangan tatkala PAS di negeri-negeri lain semakin berkembang.

Tak Ada Harga Diri



Dua badut yang tak ada harga diri dan maruah sebagai umat Islam.

Isnin, Jun 15, 2009

Sama Tak Serupa, Tapi Sehati Sejiwa



Ini wanita Umno berstatus manusia




Ini berok berstatus binatang

Anwar: Henti Jadikan Chin Peng Modal Politik Perkauman

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa Barisan Nasional dan media arus perdana kawalannya supaya berhenti menjadikan Chin Peng sebagai isu untuk membakar sentimen perkauman di negara ini.
Media rasmi seperti RTM telah mewar-warkan bahawa bekas ketua parti komunis Malaya itu adalah satu risiko kepada kedudukan orang Melayu dan kerajaan BN bertindak betul melarangnya kembali ke negara ini.
Anwar berkata beliau menolak gerakan militan Parti Komunis Malaya “tetapi itu tidak bermakna kita mempertahankan gerombolan orang yang menjadi agen kepada penjajah Inggeris.”
Kerajaan BN seharusnya konsisten dalam melayan permintaan Chin Peng yang sudah berumur dan mahu kembali ke kampong halamannya, kata Anwar.
Anwar berkata kerajaan sebelum ini membenarkan bekas pemimpin kanan Parti Komunis Malaya seperti Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad, untuk kembali menetap di Malaysia tanpa masalah.
“Kita telah adakan perjanjian damai…Saya tak mahu melihat seolah-olah komunis Melayu tidak apa, tetapi komunis Cina tak boleh (dibenarkan pulang). Ini saya tidak boleh terima,’ kata Anwar.
Anwar berkata hakikat ialah pemimpin Barisan Nasional dan UMNO tidak mempunyai masalah berurus dengan kerajaan Cina pada bila-bila masa.
“Kita bukan sahaja sudah memaafkan mereka, malah kita berbaik-baik bukan sahaja dengan kerajaan Cina tetapi juga Parti Komunis Cina sendiri, “ kata Anwar.
“Pemimpin-pemimpin BN-UMNO dan ketika itu, saya sendiri, bila berkunjung ke Cina, menemui pemimpin-pemimpin negara itu yang terang-terang menyokong Parti Komunis Malaya,” tambah Anwar.
“Jadi bagi saya, kita harus konsisten dengan dasar kita (dan) kita maafkan Chin Peng", kata Anwar.
Anwar berkata beliau menyedari kenyataannya akan diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan media arus perdana lain sebagai kononya beliau mempertahankan pengganas dan tidak simpati dengan derita rakyat ketika itu mahupun perjuangan pasukan keselamatan.
Namun Anwar menegaskan sekali lagi bahawa beliau hanya ingin melihat kerajaan konsisten dengan dasarnya dan biarlah “kita berperikemanusiaan.”
Beliau mengingatkan bahawa Islam sendiri mengajar umatnya untuk memaafkan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammmad S.A.W terhadap musuh Bani Qurasy yang membunuh dan melakukan keganasan terhadap orang Islam.
SUMBER:-SUARA KEADILAN ONLINE

Ahad, Jun 14, 2009

Zaid Ibrahim Sertai PKR

Secara rasminya hari ini Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Turut hadir penasihat umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zaid juga akan dilantik sebagai Majlis Pimpinan Tertinggi PKR (MPT).
Semoga dengan kehadiran Zaid dalam Pakatan Rakyat akan memberi kesan positif kepada banyak perkara dan akan lebih mengancam Barisan Nasional.

Rabu, Jun 10, 2009

Antara Terbaik Dalam Yang Baik & Terbaik Dalam Yang Buruk

Pertandingan untuk jawatan timbalan presiden PAS menyaksikan pertandingan hangat antara Ust. Nasharuddin Mat Isa, Hj. Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa.
Ianya juga mendapat liputan hangat media arus perdana yang cuba melaga-lagakan pimpinan PAS dan memburukkan hubungan antara ahli PAS dengan mengkategorikan beberapa golongan seperti golonghan ulama, professional, pro muqabalah dan edrogan.
Tetapi antara kita sedar atau tidak, pertembungan antara calon-calon timbalan presiden PAS dan pertembungan calon-calon timbalan presiden Umno begitu berbeza seperti langit dengan bumi.
Calon-calon timbalan presiden PAS amat bersih, sederhana, berpendidikan, tidak pernah terpalit dengan kes rasuah, tidak terlibat dengan politik wang, berakhlak dan berintegriti serta berlumba-lumba untuk berjuang menegakkan Islam dan membela nasib rakyat.
Maka antara yang baik-baik ini muncullah yang terbaik iaitu Ust. Nasharudin Mat Isa.
Berbanding dengan pertandingan timbalan presiden Umno. Calon-calonnya seperti Tan Sri Muhyiddin Yasin, Tan Muhamad Taib dan Datuk Seri Ali Rustam hanya gah dengan gelaran Tan Sri dan Datuk Seri, tetapi masing-masing haprak, korup, berhati busuk, tidak ikhlas perjuangkan melayu, mengejar jawatan untuk kepentingan sendiri dan kroni, jahil agama, dan berekod buruk.
Yang akhirnya memperlihatkan Ali Rustam menggunakan cara haram dan hina untuk berkuasa telah disingkirkan awal, dan naiklah Muhyiddin yang dianggap terbaik dalam yang buruk-buruk belaka.
Inilah perbezaan baik buruk yang sangat jelas lagi nyata yang dapat kita lihat antara parti yang berlandaskan Islam dan parti yang belandaskan semangat kebangsaan.

Selasa, Jun 09, 2009

Persefahaman PR Masih Diperingkat Awal

PAS yang menerima usul tanpa bahas supaya sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Sister In Islam (SIS) disiasat dan diharamkan menerima beberapa tentangan dan pandangan berbeza daripada beberapa pimpinan DAP dan PKR.
Ini menunjukkan beberapa perkara yang ingin dilaksanakan dan diperjuangkan oleh PAS masih belum boleh diterima oleh DAP dan PKR secara total. PAS sebagai pertubuhan parti politik yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah harus menganggap bahawa ini sebagai cabaran dalam berkerja sama dengan parti politik yang berlainan ideologi.
Ahli-ahli PAS juga tidak perlu melatah dan memusuhi rakan-rakan pakatan rakyat tersebut dan sepatutnya ahli-ahli PAS harus berilmu bagi berdakwah dan memberi penerangan kepada rakan-rakan pakatan rakyat (DAP dan PKR).
Apapun beberapa perkara yang tidak sehaluan pendapat antara kepimpinan PAS, PKR dan DAP harus dilihat secara positif dan ini menunjukkan di dalam pakatan rakyat mengamalkan demokrasi terbuka untuk bebas bersuara dan tidak mengamalkan politik sempit seperti komponen Barisan Nasional.
Untuk penggal pertama Pakatan Rakyat memerintah dan berkuasa bersama sememangnya menimbulkan beberapa masalah yang harus diselesaikan secara bijaksana lebih-lebih lagi pakatan rakyat masih diperingkat awal dalam membentuk persefahaman.

Isnin, Jun 01, 2009

PKR Menang, BN Usah Bersuara

Kemenangan PKR dalam pilihanraya kecil Penanti dengan majoriti 5558 undi bukanlah kemenangan bergaya memandangkan BN tidak masuk bertanding dan peratus keluar mengundi amat rendah iaitu 46.15%. PKR juga mengalami penyusutan undi sebanyak lebih 1000 undi.
Walaubagaimanapun tindakan BN yang membuat keputusan untuk tidak masuk bertanding adalah dilihat amat pengecut sedangkan BN mempunyai peluang untuk memainkan isu dalaman PKR dalam kempen mereka. Lebih –lebih lagi BN menguasai media arus perdana.
Oleh itu, BN tidak sepatutnya banyak mengkritik dan mengatakan rakyat Penanti sudah jemu dengan permainan politik PKR dan pakatan rakyat, sedangkan jika dakwaan BN adalah benar masakan BN tidak berani untuk masuk bertanding.
Penyusutan undi PKR juga adalah kerana faktor ramai yang tidak pulang mengundi kerana menjangkakan PKR akan menang mudah. Ada juga yang berpendapat ramai ahli PAS yang tidak keluar mengundi kerana tidak puas hati terhadap PKR mengendalikan kes Fairus Khairuddin.
Aminah Abdullah yang banyak mendapat liputan media arus perdana juga hanya mendapat undi sebanyak 392 undi. Beliau juga dilihat terperangkap dengan isu yang beliau bawa semasa berkempen.
Nai Khan Ari pula mendapat undi melebihi calon-calon bebas yang lain dengan undi sebanyak 494 undi. Sementara seorang lagi calon bebas Kamarul Ramizu Idris yang dijangka sejak dari awal akan mendapat undi paling rendah menjadi kenyataan apabila hanya mendapat 56 undi.
Samada calon-calon bebas ini ditaja atau tidak, BN sepatutnya mengarahkan pengundi-pengundinya keluar mengundi untuk menguji sejauh mana penolakan rakyat Penanti terhadap pakatan rakyat khasnya PKR.