Isnin, Jun 22, 2009

Majlis Kenduri Perlu Permit?


Sikap pihak polis dilihat semakin menjadi-jadi kebaruaan Umno/BNnya. Ianya sekaligus meletakkan imej polis di mata rakyat semakin buruk dan hina.
Terbaru, pihak polis Selangor telah menutup jalan untuk ke Pejabat DAP Klang di mana trak FRU dan meriam air, serta polis yang bersenjata M16 telah berkawal sejak tengahari tadi.
DAP menganjurkan jamuan makan malam bagi mengumpul dana parti itu tetapi pihak polis Klang telah membatalkan permit di saat-saat akhir.
Tindakan polis ini menunjukkan bahawa negara ini hampir menjadi negara polis kerana menutup pintu demokrasi secara agresif.
Apakah salahnya DAP hendak menganjurkan makan malam? Jika hendak dikata pejabat DAP Klang itu di kawasan perumahan dan terbuka, sepatutnya majlis-majlis kahwin dan majlis rumah terbuka di kawasan perumahan dan terbuka juga perlu mendapatkan permit dari polis! Mungkinkah kenduri kahwin anak bekas ahli parlimen BN di Melaka siang tadi mendapat permit polis?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan