Jumaat, Ogos 14, 2009

Arak:Banyak Kaedah Lain Yang Sesuai


Kontroversi tentang isu arak di Selangor sekali lagi membuka ruang kepada media dan BN untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Kesan 50 tahun pemerintahan Umno/BN yang gagal sama sekali untuk mengawal penjualan arak kepada umat Islam mengakibatkan orang bukan Islam tidak dapat memahami dan menerima tindakan MBSA yang melakukan rampasan arak.


Apapun, tindakan PAS Selangor yang terlalu keras apabila mendesak supaya Exco Ronnie Liu meletak jawatan ataupun ditukar portfolionya kerana terlibat dalam mengarahkan pemulangan arak yang dirampas membuka ruang kepada Umno/BN untuk memainkan isu ini.


Perselisihan ini selesai di depan media apabila semalam Dato Dr. Hasan Ali dan Ronnie Liu sepakat untuk berdamai dalam isu ini dan beberapa perkara disepakati.


Sebenarnya, dalam konteks hendak melakukan dakwah dan amal makruf nahi mungkar, banyak perkara yang perlu diteliti dan tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa. Kejahilan rakyat terhadap Islam hasil pemerintahan lebih 50 tahun Umno/BN tidak boleh diatasi dalam tempoh tak sampai 2 tahun pemerintahan PR.


Isu arak di Selangor tidak boleh disamakan dengan Kelantan. Tindakan kerajaan PAS Kelantan dalam menangani isu arak agak sukar untuk dipraktikkan di Selangor kerana penduduk bukan Islam di Selangor adalah tinggi.


Antara kaedah untuk menyekat arak terhadap umat Islam yang boleh diambil untuk peringkat awal, kerajaan Selangor boleh melakukan kempen besar-besaran "ARAK HARAM DISISI ISLAM" dengan mengiklankan di papan tanda besar di tepi jalan, dan mensyaratkan setiap kedai yang menjual arak hendaklah meletakkan slogan kempen dengan jelas dan boleh dibaca pelanggan.


Program-program penerangan kepada pemilik premis yang menjual arak juga perlu dibuat supaya mereka sensitif dalam isu ini. Dan kompaun juga perlu dikenakan kepada mereka jika didapati bersalah menjual arak kepada umat Islam.


Masih banyak lagi cara untuk mencegah arak daripada umat Islam yang boleh diambil dan difikirkan oleh kerajaan Selangor tetapi bukan dengan cara drastik memandangkan rakyat kini amat jahil hasil pemerintahan Umno/BN 50 tahun.

Selasa, Ogos 11, 2009

Ramai Pemimpin Umno Jadi Imam?

Memandangkan hari membuang undi bagi Pilihanraya Kecil Dun Permatang Pasir jatuh pada bulan puasa, maka kemungkinan besar akan ramai pemimpin tertinggi Umno akan menjadi imam solat sunat tarawikh khasnya dalam tempoh berkempen nanti.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya melepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi imam solat sunat tarawikh seperti mantan presiden Umno yang lepas, Tun Abdullah Badawi sewaktu mula-mula menjadi Perdana Menteri dahulu.
Tan Sri Muhyidin Yasin yang lantang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat melayu juga boleh menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau adalah pemimpin melayu yang warak dengan mengikuti tadarus selepas solat sunat tarawikh.

Saya Hina Islam? - Loke Siew Fook

Saya mendapat tahu bahawa ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk seorang Ahli Parlimen PR yang cuba menghentam saya kononnya saya menghina agama Islam. Mereka menggunakan pelbagai saluran; komen dalam blog saya, emel dan sebagainya untuk mencaci saya dengan perkataan-perkataan rasis dan menjijikkan.
Ya, memang saya mengeluarkan satu kenyataan beberapa hari lepas untuk mengutuk seorang penulis dalam Utusan Malaysia yang bernama Mohd Ridhuan Tee berkenaan dengan isu apa yang dikatakan olehnya sebagai "anak luar nikah" Teoh Beng Hock. Saya merasakan tulisannya cukup tidak sensitif terhadap perasaan keluarga Beng Hock dan tidak adil terhadap bayinya yang tidak berdosa.
Yang pertama, Beng Hock bukan seorang penganut Islam dan beliau tidak tertakluk kepada hukum agama Islam. Saya tidak mempertikaikan hukum agama Islam tetapi adalah tidak adil untuk Ridhuan Tee untuk mengenakan "moral judgement" ke atas Beng Hock.
Yang keduannya, kenyataan daripada Ahli Parlimen tersebut mengatakan bahasa yang digunakan oleh DAPSY mencaci agama Islam (petikan daripada sebuah blog).
Saya ingin menegaskan bahawa bahasa-bahasa yang tidak senonoh tersebut BUKAN sebahagian dari kenyataan saya tetapi adalah komen-komen daripada pembaca blog tersebut yang saya tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu samada YB tersebut sengaja memutarbelitkan fakta atau tidak faham baca kenyataan akhbar.
Memang kita menyedari bahawa ada sesetengah pihak yang kerja mereka saban hari ialah cuba mengambarkan DAP sebagai parti anti-Islam. Agenda mereka cukup diragui dan sememangnya ada "udang di sebalik batu".
Rakan-rakan dan para penyokong PR khasnya dari PAS di NS yang pernah mendengar ceramah saya mengenali siapa saya dan cara pemikiran saya. Saya menghormati semua agama dan kaum. Saya tidak akan membalas orang yang menggunakan perkataan yang cukup rasis terhadap saya dengan perkataan yang sama. Kalau kita dalam PR mempunyai fikiran begitu, kita hanya akan jatuh dalam perangkap UMNO! Saya yakin majoriti orang Muslim di Malaysia menolak cara pemikiran yang rasis seumpama itu.
Saya "reproduce" kenyataan saya di bawah ini dan terpulanglah kepada orang ramai untuk menilai kenyataan tersebut.
Media Statement by Loke Siew Fook in Petaling Jaya on Tuesnesday, 4th August 2009:Mohd Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock’s family and two chinese language dailies!It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names. By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that. DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.

Rabu, Ogos 05, 2009

Kalaulah Ramai Seperti Low

Himpunan Anti ISA 1 Ogos yang lepas sekali lagi menggamit aku untuk turut serta. Cuma kali ini aku ke KL bersendirian dan tidak mengikut rakan-rakanku dari PAS seperti yang lepas-lepas. Mungkin ada juga hikmahnya aku ke KL sendirian menaiki bas ekspres, kerana ada antara rakan-rakanku yang ditahan polis sebelum sempat sampai ke destinasi.
Perjalanan yang biasanya 2jam menjadi 3jam 20minit kerana sekatan polis dan jalan ditutup. Aku sempat ke Sogo dan tepat jam 2 petang, himpunan bermula diketuai oleh Che'Gu Bard. Kami berarak dalam 15 minit sebelum diserang oleh FRU yang menggunakan bom asap. Kami semua berpatah balik ke Sogo tetapi sekali lagi diserang dengan bom asap dan air kimia.
Akhirnya kami berarak ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut. Dalam jam 4 petang, himpunan tamat setelah pemimpin PR selesai memberi ucapan. Dan ketika baru hendak bersurai, FRU sekali lagi menimbulkan provokasi apabila menyerang kami dengan bom asap dan air kimia dan kali ini merupakan yang paling teruk dari sebelumnya.
Ramai yang lari bertempiaran. Memandangkan keadaan seperti tiada kesudahan, aku mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat kejadian.
Aku berkenalan secara kebetulan dengan seorang lelaki cina sewaktu lari dari terkena air kimia. Kami jalan bersama untuk ke Sogo bagi menaiki LRT untuk ke Plaza Rakyat. Dalam perjalanan, kami menceritakan sedikit latar belakang masing-masing. Namanya Low, seorang guru bahasa Inggeris berumur 26 tahun. Beliau datang seorang diri dari Pahang. Aku agak terkejut, memandangkan beliau merupakan kakitangan kerajaan dan tidak menyertai mana-mana parti politik, tetapi sanggup datang ke KL seorang diri untuk membantah ISA.
Beliau menjelaskan, isu-isu besar seperti ini sepatutnya mesti diambil berat oleh rakyat dan harus turun berjuang. Soal aktif parti politik atau tidak, itu cerita no. 2. Beliau sedar sebagai kakitangan kerajaan, beliau tidak boleh menyertai mana-mana parti politik, tetapi itu bukan alasan untuk tidak berjuang langsung, dan bukan alasan untuk menyokong BN, lebih-lebih lagi gaji kakitangan kerajaan dibayar dengan menggunakan wang rakyat, bukan wang pemimpin BN.
Dan sewaktu kami tiba di Sogo, kami sekali lagi diserang FRU. Dan pada ketika itu, kedua belah betis aku kejang dan tak mampu untuk melarikan diri. Mujur ada Low yang membantu. Kami terpaksa naik LRT di stesyen yang lain (tak ingat nama stesyen) memandangkan stesyen Bandaraya (Sogo) rupanya telah ditutup.
Kami berpisah di Plaza Rakyat dan aku menaiki bas ekspres pulang ke negeriku dan aku selamat sampai ke rumah jam 7.35 malam.
Alangkah baiknya jika ramai yang mengambil berat seperti Low...