Rabu, Ogos 05, 2009

Kalaulah Ramai Seperti Low

Himpunan Anti ISA 1 Ogos yang lepas sekali lagi menggamit aku untuk turut serta. Cuma kali ini aku ke KL bersendirian dan tidak mengikut rakan-rakanku dari PAS seperti yang lepas-lepas. Mungkin ada juga hikmahnya aku ke KL sendirian menaiki bas ekspres, kerana ada antara rakan-rakanku yang ditahan polis sebelum sempat sampai ke destinasi.
Perjalanan yang biasanya 2jam menjadi 3jam 20minit kerana sekatan polis dan jalan ditutup. Aku sempat ke Sogo dan tepat jam 2 petang, himpunan bermula diketuai oleh Che'Gu Bard. Kami berarak dalam 15 minit sebelum diserang oleh FRU yang menggunakan bom asap. Kami semua berpatah balik ke Sogo tetapi sekali lagi diserang dengan bom asap dan air kimia.
Akhirnya kami berarak ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut. Dalam jam 4 petang, himpunan tamat setelah pemimpin PR selesai memberi ucapan. Dan ketika baru hendak bersurai, FRU sekali lagi menimbulkan provokasi apabila menyerang kami dengan bom asap dan air kimia dan kali ini merupakan yang paling teruk dari sebelumnya.
Ramai yang lari bertempiaran. Memandangkan keadaan seperti tiada kesudahan, aku mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat kejadian.
Aku berkenalan secara kebetulan dengan seorang lelaki cina sewaktu lari dari terkena air kimia. Kami jalan bersama untuk ke Sogo bagi menaiki LRT untuk ke Plaza Rakyat. Dalam perjalanan, kami menceritakan sedikit latar belakang masing-masing. Namanya Low, seorang guru bahasa Inggeris berumur 26 tahun. Beliau datang seorang diri dari Pahang. Aku agak terkejut, memandangkan beliau merupakan kakitangan kerajaan dan tidak menyertai mana-mana parti politik, tetapi sanggup datang ke KL seorang diri untuk membantah ISA.
Beliau menjelaskan, isu-isu besar seperti ini sepatutnya mesti diambil berat oleh rakyat dan harus turun berjuang. Soal aktif parti politik atau tidak, itu cerita no. 2. Beliau sedar sebagai kakitangan kerajaan, beliau tidak boleh menyertai mana-mana parti politik, tetapi itu bukan alasan untuk tidak berjuang langsung, dan bukan alasan untuk menyokong BN, lebih-lebih lagi gaji kakitangan kerajaan dibayar dengan menggunakan wang rakyat, bukan wang pemimpin BN.
Dan sewaktu kami tiba di Sogo, kami sekali lagi diserang FRU. Dan pada ketika itu, kedua belah betis aku kejang dan tak mampu untuk melarikan diri. Mujur ada Low yang membantu. Kami terpaksa naik LRT di stesyen yang lain (tak ingat nama stesyen) memandangkan stesyen Bandaraya (Sogo) rupanya telah ditutup.
Kami berpisah di Plaza Rakyat dan aku menaiki bas ekspres pulang ke negeriku dan aku selamat sampai ke rumah jam 7.35 malam.
Alangkah baiknya jika ramai yang mengambil berat seperti Low...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan