Khamis, Disember 31, 2009

31Dis 5pm Upacara Hukum Sebat MB NS


Jom sertai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam upacara hukum 'sebat' MB NS - pengkhianat ekonomi negara, seludup RM10juta pada 31 Dis 2009 , 5.00 ptg, berkumpul depan Pej. KEADILAN NS, Jln Rahang (pertanyaan 0123696474). Datang ramai - ramai saksikan peristiwa bersejarah ini.

(chegubard.blogspot.com)

Selasa, Disember 29, 2009

Umno Tipu Melayu Atau Umno Tipu Orang Umno?

Dulu masa kecik-kecik kat sekolah orang selalu cakap Wawasan 2020. Gambaran yang diberi indah di mata tak tercapai dek akal.
Bila melukis Wawasan 2020 kat sekolah mesti lukis kereta yang boleh terbang, bandar yang serba canggih, maju tersangat-sangat.
Tapi sekarang ni bila hitung masa lagi 10 tahun nak masuk 2020, baru aku tahu hidup-hidup ditipu Dr. Mahathir. Semua Wawasan 2020 yang digambarkan tu cuma ilusi otak Doraemon Dr. Mahathir. Mungkin sebab dia fikir rakyat lembab macam Nobita.
Melayu tertipu ke Umno ditipu?
Bila zaman Pak Lah, keluar pula Islam Hadhari dengan slogan “Mari bersama-sama dengan saya, berkerja dengan saya, bukan untuk saya”.
Tapi hakikatnya rakyat berkerja bagai nak mampos, Pak Lah selalu tidur yang kaya raya. Rakyat menganga bila minyak melambung harga.
Sah bukan setakat melayu kena tipu, orang asli pun turut tertipu.. Orang Umno jangan kira, sebab mereka redha ditipu, sebab tu dia tak nampak Umno memerintah 50 tahun melayu paling ramai miskin.

Khamis, Disember 24, 2009

Ini Ke Islam Hadhari?


KLIK UNTUK LEBIH BESAR

Gambar ni dapat dari internet. Samada betul atau tidak gambar ni, wallahhualam.

Ahad, Disember 20, 2009

Usah Sibuk Mokhtar & Zizie


Rasanya tak perlu disibuk hal Datuk Mokhtar Bung Radin dan Zizie Ezette. Jika benar mereka hendak bersatu, doakan saja mereka bahagia.
Media dan rakyat sepatutnya memfokuskan tentang isu besar negara seperti isu GST, isu rasuah, dan isu Bala yang melibatkan orang nombor satu negara.

Ahad, Disember 13, 2009

Najib Minum Air Apa?


Sekali pandang, semua orang akan menyangka ianya air kencing setan atau lebih manis dengan panggilan air arak.
Tapi benarkah itu air arak?
Saya dulu ada juga belajar bab protokol untuk makanan dan minuman, tapi sekarang ni ingat-ingat lupa.
Setahu saya, jika minum air panas seperti air teh-o, mestilah menggunakan cawan yang ada telinga dan beralas piring.
Jika air jus atau minuman berkarbonat, sepatutnya menggunakan gelas tinggi.
Dan jika air kencing setan, wajibnya menggunakan cawan KAKI TINGGI yang macam Presiden Melayu Umno tengah pegang tu dan yang paling penting biasanya air kencing setan yang dituang dalam cawan kaki tinggi TAK AKAN DITUANG PENUH.
Melainkan air kencing setan yang dituang dalam "mug saiz besar" macam "mug" rootbeer tu, air kencing setan akan dituang penuh hingga buih melimpah.
Saya tak berani menuduh yang Najib Mongolia tu pegang air kencing setan atau air apa, tapi seingat saya kat sekolah dulu Ustaz penah cakap, LAGA CAWAN (CHEERS) HUKUMNYA HARAM walaupun airnya bukanlah arak.
Ataupun kerajaan Thailand ni bengong sangat tak faham protokol VIP tuang teh-o dalam cawan kaki tinggi dan minum berdiri, wallahhualam.
(KLIK UNTUK LEBIH JELAS)
Tapi yang gambar lagi satu ni (Khairy Jamaludin) rasa-rasanya betul air kencing setan dan sebab tu perangai dia pun macam setan jugak.

Jumaat, Disember 11, 2009

Laporan Berbau Hasutan,Utusan Berdepan Saman

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia di atas laporannya yang didakwa berbaur hasutan dan perkauman.
Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak dalam satu sidang media di lobi parlimen siang tadi berkata, mana-mana pihak tidak harus membazir masa memainkan isu untuk meniupkan api perkauman, sebaliknya harus memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan negara. "Saya akan berbincang dengan panel peguam saya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak (Utusan Malaysia) yang membuat laporan yang tidak bertanggungjawab,"
Kor Ming turut kesal dengan dakwaan yang dibuat beberapa pihak terhadapnya tanpa merujuk dan meneliti kenyataannya terlebih dahulu."Saya sangat kesal dengan kenyataan beberapa pihak termasuk Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Syed Abdul Aziz dan beberapa NGO lain telah membuat dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks ucapan," katanya.Kor Ming juga akan membuat laporan polis pada masa terdekat ini berhubung laporan itu.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kononnya Kor Ming di Dewan Rakyat kelmarin mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.
Kenyataan Kor Ming itu turut dikecam Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkannya sebagai biadab.Sebaliknya Kor Ming menegaskan, beliau langsung tidak mempertikaikan peruntukan untuk masjid sebaliknya mengalu-alukan perkara itu.Namun beliau turut mahukan kerajaan menitik beratkan mengenai pembinaan rumah ibadat agama lain bagi memberikan keadilan kepada semua kaum dan agama.
Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat menyifatkan laporan media arus perdana kini semakin melampau dengan kenyataan-kenyataan yang sengaja membangkitkan kemarahan rakyat bukan Islam."Saya lihat keadaan pemberitaan media sekarang ini semakin melampau. Hari ini kita baca laporan yang boleh membangkitkan kemarahan kaum India,”"Saya setuju dengan kebebasan pemberitaan tapi cara yang ttidak mengikut etika adalah tidak betul. Sedangkan Kor Ming tidak pernah memertikai RM700 juta yang diperuntukkan untuk pembinaann masjid," tegasnya.
Beliau juga berkata, PAS akan mempertahankan tindakan rakan-akan daripada DAP atau PKR sekiranya perkara yang dilakukan itu tidak bertujuan mewujudkan kebencian kaum.“Kami di sini daripada PAS yang akan mempertahankan kenyataan Nga Kor ming walaupun kita dilihat seolah-olah menjual bangsa dan agama kita kerana perkara itu tidak berlaku sama sekali,” tegasnya.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam pula berkata, laporan itu membuktikan Umno BN semakin terdesak dengan cuba mengapi-apikan orang Islam dengan orang bukan Islam.“Tindakan Umno BN melalui media milik mereka ini membuktikan mereka dalam keadaan terdesak,”“Mereka sentiasa nak tunjukkan DAP ini anti-Melayu, anti-Islam. Ini satu tindakan yang sangat bahaya,” katanya.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dari PKR turut menyokong cadangan Kor Ming yang mahukan pembinaan rumah ibadat lain turut diberi perhatian bagi memastikan pembangunan moral rakyat bukan Islam terus terjamin.“Kerajaan juga harus melihat kemudahan untuk rakyat agama lain supaya anak-anak mereka ada tempat untuk beribadat. Ini juga dapat memerangi masalah soasial yang berlaku ketika ni,” katanya.

Isnin, Disember 07, 2009

'Roh' Teoh Berlegar Di SPRM Shah Alam?

Tiga individu mendakwa mereka ternampak satu lembaga yang menyerupai mendiang Teoh Beng Hock merayau-rayau di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.
Menurut laporan akhbar China Press, lembaga tersebut dilihat di tingkat lima bangunan tersebut - tempat Teoh ditemui mati dan di tingkat 14, iaitu pejabat SPRM Selangor.Laporan itu menyebut seorang pengawal keselamatan dan dua pegawai SPRM terserempak dengan lembaga itu sekitar bulan Oktober lalu - lebih dua bulan selepas Teoh ditemui mati.
Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya disebut berkata, dia tidak nampak muka lembaga itu, tetapi ia berpakaian sama seperti yang dipakai mendiang ketika datang ke pejabat SPRM dulu."Saya nampak mayatnya selepas jatuh. Saya pasti ianya Teoh walaupun saya hanya lihat bahagian belakangnya," katanya sambil menambah kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang.
Ketika mencerita semula kejadian itu, pengawal tersebut berkata dia pergi ke bilik air di tingkat lima di mana secara dia tiba-tiba terdengar bunyi orang berjalan. Pengawal keselamatan yang lain tidak bertugas ketika itu."Saya rasa pelik. Biasanya pada waktu itu tiada orang lain di situ. Lalu saya berjalan ke arah tandas... kemudian saya nampak seorang lelaki di depan lif, dia memakai kot hitam dan berseluar putih," katanya.
Pada masa itu, tidak terlintas di fikiran pengawal tersebut bahawa ia adalah lembaga yang menyerupai Teoh itu.
"Saya bertanya dia hendak ke mana kerana tiada orang di atas. Dia menjawab "saya nak naik ke atas", lalu masuk ke dalam lif."Ketika itulah saya terfikir yang dia nampak seperti Teoh, jadi saya bergegas ke bilik keselamatan untuk melihat CCTV, tetapi tiada seorang pun dalam lif tersebut.

Selasa, November 24, 2009

Bantu Ir Nizar, Selamatkan Bola Sepak Perak


Setelah Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dihalau dari kerusi Menteri Besar
Perak secara paksaan, kini kerusi presiden Persatuan Bola Sepak Perak pula cuba dirampas daripada beliau.
Persatuan bola sepak Perak kini berhadapan dengan musibah apabila kemungkinan besar tidak dapat beraksi di Liga Malaysia pada tahun 2010 disebabkan masalah kewangan dan hutang yang tidak mampu diselesaikan.
Kerajaan negeri BN Perak pula lepas tangan tidak membantu dan mendesak supaya Ir Nizar melepaskan jawatannya sebagai presiden. Masalah kewangan bola sepak Perak ini bukanlah bermula daripada pemerintahan PR di Perak, sebaliknya semenjak zaman BN memerintah lagi Persatuan bola sepak Perak telah menghadapi masalah kewangan yang serius.
Dari itu, Dewan Pemuda PAS Perak telah melancarkan derma rm1 bagi menyelamatkan bola sepak Perak sekaligus mempertahankan maruah Datuk Seri Ir Nizar sebagai presiden bola sepak Perak.

Jumaat, November 20, 2009

Mencari Damai Di Hati


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.
(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

Rabu, November 18, 2009

PAS Diminta Meletakkan Calon Mampu Berhujah

Salah satu kelebihan yang perlu ada pada seseorang pemimpin adalah kebolehan berhujah. Ini berikutan potensi PAS dan Pakatan Rakyat semakin menyerlah untuk memerintah Malaysia pada masa akan datang.
Di Perak contohnya, kemampuan untuk berhujah dalam sidang Dun hanya diberatkan kepada Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin. Salah satu rakaman sidang Dun Perak yang pernah saya tonton jelas memperlihatkan tiada wakil rakyat PAS yang dapat membantu Ir Nizar ketika mana Ir Nizar dihentam bertali arus oleh adun-adun BN.
Perkara-perkara sedemikian terjadi mungkin berikutan ketidakmampuan wakil rakyat PAS untuk berhujah. Selain Ir Nizar dan Drs.Khalil Idham Lim daripada PAS, adun PAS Perak yang lain dilihat tidak menonjol lebih-lebih lagi ketika krisis politik Perak memuncak. Adun-adun DAP pula dilihat menyerlah dalam menjuarai isu.
Contoh adun-adun PAS yang mampu berhujah dengan baik adalah adun-adun PAS daripada Kelantan. Majoriti mereka mampu berhujah dengan baik dan berfakta. Walaupun penggal yang lepas separuh adun di dalam Dun Kelantan adalah daripada BN, namun kemampuan adun-adun PAS berhujah menjadikan sidang dun dikuasai oleh PAS, sedangkan kekuatan BN berhujah hanya bersandarkan kepada beberapa adun sahaja.
Dari itu, PAS kini sudah boleh bersiap sedia melatih dan memberi kursus kepada pemimpin untuk berhujah dengan baik lebih-lebih lagi kepada calon-calon PAS bagi pilihanraya umum akan datang yang mungkin akan menjelma kurang 2 tahun setengah saja lagi.

Anwar Ibrahin PM Ke-7?

Seorang rakan saya yang juga anak bekas pemimpin Umno peringkat bahagian satu ketika dulu pernah berkata bahawa gurunya (ustaz) di sekolah dahulu pernah mendakwa bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri Malaysia ke-7 suatu masa nanti.
Ustaz itu menyatakan sedemikian pada penghujung 2008, ketika itu rakan saya masih bersekolah menengah. Walaubagai manapun beliau mendakwa, itu hanya telahan peribadi dan mungkin tenungan makrifat ustaz tersebut semata-mata.
Ustaz tersebut turut menyatakan bahawa Najib akan menjadi perdana menteri ke-6 dan terakhir bagi era pemerintahan Umno/BN. Najib kini secara sah telah menjadi perdana menteri Malaysia ke-6 sedangkan dakwaan ustaz tersebut adalah pada penghujung tahun 2008, dimana ketika itu Dr. Mahathir masih lagi menjadi perdana menteri Malaysia ke-4.
Samada kebetulan ataupun direka ataupun saya ditipu rakan saya, wallahualam.

Ahli PAS Perlu Kuasai Fakta Sesuatu Isu

Pilihanraya kecil dun Bagan Pinang telah berlabuh tirai. Isa Samad mungkin masih meraikan kemenangannya. Namun daripada salah satu pengalaman rakan (dikenali sebagai Aman) yang menceritakan kepada saya, menjadikan saya ingin berkongsi kepada semua.
Dua hari sebelum hari mengundi, beliau dan beberapa ahli PAS telah turun padang berkempen dengan mengedarkan risalah kempen dan meraih undi. Tiba-tiba lalu seorang pemuda, dipercayai penyokong atau ahli Umno dan seorang ahli PAS telah memberikan risalah kempen kepada pemuda tersebut.
Lalu pemuda itu bertanya, “apa yang PAS boleh buat kalau PAS menang? PAS boleh buat pembangunan ke? Tengok tu Kelantan tak maju,” Soalan tersebut telah menaikkan kemarahan beberapa ahli PAS disitu. Lalu seorang ahli PAS di situ membalas jawab dengan mendakwa bahawa PAS bagus, perjuangkan Islam, tak rasuah, dan sebagainya.
Ahli PAS tersebut langsung tidak menjawab soalan pemuda itu secara berfakta. Sebaliknya melalut meraban entah ke mana-mana. Memandangkan Aman adalah yang paling muda daripada kalangan ahli PAS disitu, jadi Aman hanya memerhati di tepi.
Pergaduhan hampir tercetus apabila pemuda tersebut terus menerus mendakwa bahawa PAS tak boleh membawa pembangunan dan ahli PAS tersebut pula tiada hujah untuk menangkis tohmahan pemuda itu.
Akhirnya, pemuda tersebut berkata “sudahlah, kalau saya silap saya minta maaf. Tak baik kita bergaduh sesama melayu dan Islam” sambil terus bersalaman dan memeluk ahli PAS tersebut. Ahli PAS tersebut pula yang masih dalam keadaan marah terpinga-pinga dengan tindakan penyokong Umno tersebut.
Pokoknya sekarang, jelas memperlihatkan mereka tidak berilmu dalam sesuatu isu. Bukankah boleh dijawab “Kelantan tak maju sebab kerajaan pusat tak bantu. Mana-mana negeri BN pun kalau tiada peruntukan pembangunan daripada kerajaan pusat, tak mungkin sesuatu negeri itu akan maju”.
Dan masih banyak lagi fakta lain yang boleh dijawab, antaranya Kelantan tersisih daripada menerima royalti minyak, Kelantan dianak tirikan kerajaan pusat dan lain-lain lagi.
Menurut Aman, peristiwa tersebut amat memalukan. Sikap taksub dan tidak berilmu segelintir ahli PAS harus dikikis. Ahli PAS sepatutnya berilmu baik dari ilmu agama dan menguasai isu semasa, serta harus pandai mengawal emosi apabila berhadapan dalam keadaan tidak diduga. Jangan jadi seperti “orang ketawa kita ketawa, sebab ketawa tak tahu apa”.

Selasa, November 17, 2009

Dun Kota Siputeh: Kemenangan Ke-2 Untuk BN

Pilihanraya kecil yang mungkin akan berlaku di dun Kota Siputeh dalam masa terdekat ini dilihat akan memihak kepada Umno/BN setelah berjaya menang besar di dun Bagan Pinang baru-baru ini.
Ini memandangkan momentum Pakatan Rakyat dilihat semakin menurun sejak kebelakangan ini berpunca daripada beberapa isu dalaman yang berjaya dimanipulasi oleh pihak BN sekaligus memberi persepsi negatif terhadap PR.
Keputusan mahkamah juga dianggap mengejut apabila mengishtiharkan kekosongan di dun Kota Siputeh sekaligus menunjukkan bahawa BN sudah bersiap sedia untuk berpilihanraya kecil.
Pilihanraya kecil ini juga bakal menunjukkan momentum sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat jika BN berjaya menewaskan PAS dalam pilihanraya kecil itu nanti. BN semestinya memerlukan kemenangan-kemenangan dalam pilihanraya kecil setelah ditewaskan beberapa kali oleh PR dalam beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini.
PR juga dilihat ketandusan isu besar, atau lebih tepat lagi gagal sama sekali memainkan isu untuk menyerang BN. PR lebih kepada bertahan apabila kerap diserang oleh media-media BN.
Jika ini berterusan, PR akan menghadapi jalan yang lebih sukar untuk mempertahankan kejayaan sedia ada pada pilihanraya umum akan datang, jauh sekali untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang.

Pemimpin Berjiwa Rakyat



Kelihatan YAB Lim Guan sedang makan menggunakan tangan dan bersila di atas lantai dalam majlis berbuka puasa tempoh hari.
Adakah menteri besar dan ketua menteri daripada BN sanggup menghadiri majlis bermutu rendah seperti ini?

DUN Kota Siputeh Diisytiharkan Kosong


Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan membuka laluan kepada pilihan raya kecil jika penyandangnya dari Umno, Datuk Abu Hassan Sarif gagal dalam rayuannya.
Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai ADUN di situ.
Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.
Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.
DUN Kedah akan bersidang esok untuk meluluskan bajet kerajaan PAS negeri itu.
Abu Hassan boleh memfailkan rayuan. Permohonan lisannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mahkamah itu tidak dibenarkan hari ini.
Bagaimanapun, mahkamah akan mendengar permohonan formalnya Jumaat ini.
Dalam pilihan raya umum lalu, Abu Hassan menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.Abu Hassan mendapat 8,160 undi manakala Ismail mendapat 7,665 undi.

MALAYSIAKINI

Isnin, November 16, 2009

Mustafa Ali: Hentikan Bai'ah Talak 3


KUALA LUMPUR 13 Nov. – Pucuk pimpinan Pas mahu amalan bai’ah talak tiga yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dihentikan serta-merta kerana ia bukan arahan parti selain boleh menjatuhkan martabat kaum wanita.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sejak Pas menyertai pilihan raya beberapa dekad lalu, parti tersebut tidak pernah ada bai’ah seumpama itu melainkan bai’ah rasmi yang dibaca bagi memastikan calon wakil rakyat tidak mengkhianati parti.
Beliau berkata, bai’ah rasmi itu hanya menyebut mengenai laknat Allah terhadap mereka yang khianat terhadap perjuangan parti dan langsung tidak menyatakan selain daripada itu. “Jawatankuasa Pas Pusat tidak pernah bersetuju dan merestui bai’ah yang seperti ini dan selama ini pun kita menganggap bakal calon wakil rakyat kita menggunakan bai’ah rasmi yang disediakan.
“Atas sebab ini juga Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minta saya lakukan siasatan supaya isu yang telah mengundang persepsi negatif rakyat terhadap Pas ini dapat diselesaikan,’’ katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menjelaskan isu bai’ah talak tiga di ibu pejabat Agung Pas di sini hari ini.

Selasa, November 10, 2009

Zulkifli Nordin:-Mempertaruhkan Politik:Bai'ah Talaq!

07 November 2009 Oleh Zulkifli Noordin pada 5:11 PM

Salam 2 all.Saya sangat terkejut dengan pengakuan seorang YB Ahli Parlimen PAS yang mendedahkan kepada umum dan disiarkan dalam akhbar utama hari ini Sabtu 17 Zulqaedah 1430/ 07 Nov 2009 bahawa tiap calun wakil rakyat PAS dikenakan syarat bahawa mana-mana ahli yang dipilih menjadi calun bertanding mana-mana kerusi DUN atau Parlimen dikehendaki mengangkat bai'ah (sumpah setia) jika calun tersebut menang pilihanraya dan kemudiannya memilih meninggalkan PAS maka isterinya akan jatuh talak tiga. Beliau mendakwa dasar ini akan menjamin wakil rakyat PAS tidak akan melompat parti!Saya sendiri telah mendapatkan pengesahan dan pengakuan daripada beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PAS yang membenarkan berita tersebut.Pertama, apa yang menghairankan saya mengapa YB Ahli Parlimen PAS tersebut memilih membuat pengakuan tersebut dan mendedahkannya kepada umum dan disiarkan dalam akhbar-akhbar utama? Mengapa beliau tidak membangkitkan isu ini secara dalaman dan mencari jalan penyelesaian secara muzakarah malalui saluran dalaman parti.
Saya sendiri telah dihubungi oleh ramai pihak termasuk para wartawan untuk mendapatkan komen dan ulasan serta pendirian saya dalam isu ini. Memandangkan YB Ahli Parlimen PAS tersebut telah membuat pengakuan terbuka dan mendedahkannya kepada umum, termasuk disiarkan dalam akhbar-akhbar utama, saya tiada pilihan melainkan terpaksa memperjelaskannya secara terbuka dan menyatakan pendirian saya secara umum.Bagi saya, ini adalah satu dasar yang paling tidak masuk aqal lagi memeranjatkankan yang pernah saya dengar. Amatlah malang bagi mana-mana gerakan yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan menjadikan bai'ah seumpama itu sebagai dasarnya!Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian.Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci ALLAH! Dan kita jadikan perkara yang paling dibenci ALLAH ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah ta'at setia!
Saya pada mulanya tidak mempercayai berita tersebut, apatah lagi didedahkan oleh akhbar arus perdana. Maka saya telah meminta sahabat-sahabat wakil rakyat PAS mengesahkannya. Saya sangat terkejut apabila sahabat-sahabat wakil rakyat dan kepimpinan parti tersebut mengesahkan bahwa mereka sendiri telah pun mengangkat bai'ah tersebut.Malah ada diantara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat bai'ah tersebut. Yang paling sedih, ada diantara para isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis bai'ah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud.Inilah apa yang saya labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi. Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian dan kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik.
Saya pada mulanya tidak bercadang mahu menulis mengenai isu ini, dan berharap ianya dapat diselesaikan cara baik. Namun saya terkejut apabila menghubungi beberapa tokoh parti yang bukan sahaja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah talaq tiga ini, malahan mempertahankannya dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan, yang langsung tidak ada sandaran kepada Al Quran, sunnah Rasulullah mahupun 'amalan para sahabat dan khulafa' rasyidin. Ianya sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran aqal dangkal semata-mata!Dan saya makin rasa terpanggil menulis isu ini apabila sahabat-sahabat wakil rakyat yang telah berbai'ah meminta saya membawa isu ini, apatah lagi ianya sudah pun menjadi isu umum setelah didedahkan oleh YB Ahli Parlimen tersebut. Mereka sudah tidak boleh menanggung bebanan yang dipikul, tetapi mereka tidak mampu untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan. Namun mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah. Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar bagi mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini.
Saya sedar bahawa bai'ah adalah sesuatu yang dibenarkan syariat. Malah Nabi sendiri pernah mengambil bai'ah daripada para sahabat.Tetapi dalam isu ini asas bai'ah yang diangkat ialah dengan menjadikan isteri dan perkahwinan sebagai bahan tebusan. Mengapa isteri, iaitu pihak ketiga dalam hubungan diantara calun dengan partinya menjadi mangsanya. Bagaimana pula dengan anak-anak yang turut akan menjadi mangsa.Soal samada calun tersebut benar-benar melompat parti atau tidak tidak timbul. Soal samada perceraian benar-benar berlaku atau tidak bukan isunya. Soalnya ialah mengapa kesucian, kemurniaan dan kemuliaan rumahtangga dijadikan tebusan bagi bai'ah politik ini.
Mengapa tidak dibuat bai'ah dalam bentuk lain. Contohnya bai'ah saperti sumpah la'nat; iaitu saperti:"Wallahi, watallahi, wabillahi. Saya (polan bin polan) calun bagi kerusi (sekian sekian) dalam pilihanraya ke 12 ini dengan ini bersumpah jika saya memenangi kerusi ini dan kemudiannya keluar dan tidak lagi menjadi Ahli PAS atas apa sebab sekalipun maka saya akan mengosongkan kerusi tersebut sertai-merta, jika tidak la'nat ALLAH ke atas saya".Saya cukup yakin mana-mana calun akan berfikir banyak kali jika ia bercadang nak melompat parti dengan bai'ah saperti ini.Saya khuatir dengan isu saperti ini, mereka yang menyokong PAS selama ini akan menjadi ragu-ragu, malah akan menukar sokongan mereka. Sudah tentu kekhuatiran ini berasas.Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik?Apakah kelak bila menjadi Kerajaan Persekutuan dan memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa berbai'ah menceraikan isteri mereka jika tidak ta'at kepada Kerajaan?!Saya lebih terkejut apabila diberitahu bahawa dasar bai'ah talaq tiga keatas isteri ini diluluskan dan direstui oleh kepimpinan sendiri. Apakah ini benar? Beberapa orang kepimpinan yang ditanya mengesahkannya.
Saya masih lagi berharap maklumat ini tidak benar, tetapi jika ini benar saya sudah kehilangan ayat dan perkataan untuk menggambarkan perasaan dan pandangan saya.Sebab itu saya berharap Majlis Syura dan Dewan Ulama' PAS segera memperjelaskan isu bai'ah talaq tiga ini. Dan saya berharap tidak muncul sindrom malaikat bisu dikalangan mereka dalam menangani kemelut ini. Biarlah kita berani menyatakan yang hak walaupun pahit. Lebih baik diperbetulkan segera kemungkaran ini dan berharap mendapat keampunan dan keredhoan ALLAH.Saya juga menyeru Dewan Muslimat PAS menyatakan pendirian mereka dengan jelas dalam isu ini. Saya berharap Dewan Muslimat akan mengambil langkah yang tegas dan berani untuk mempertahankan hak para isteri dan wanita Islam.Saya juga meminta Majlis Fatwa Kebangsaan supaya segera bermuzakarah dan membincangkan isu ini,-apakah bai'ah saperti ini dibenarkan syara'?-jika ia, apakah sandaran atau nas yang membenarkannya?-jika tidak, apakah kesan bai'ah ini berkuatkuasa saperti satu ta'liq kepada perkahwninan mereka yang berbai'ah tersebut?-bolehkah pembai'ah tersebut terikat dengan bai'ah saperti ini dan perlu mematuhinya?-adakah cara untuk membatalkan sumpah bai'ah saperti ini? Jika ada, bagaimanakah caranya?-apakah mereka yang membatalkan sumpah bai'ah ini perlu membayar kaffarah sumpah?Saya juga mendesak supaya kepimpinan PAS segera membatalkan dasar bai'ah talaq tiga ini. Saya khuatir jika kepimpinan PAS lambat bertindak, sokongan rakyat kepada PAS khususnya dan kepada Pakatan Rakyat umumnya akan hilang. Kita perlu ingat pengundi wanita adalah majoriti dalam negara ini. Jangan sampai kita dibakulsampahkan oleh kaum wanita yang mutakhir ini meletakkan harapan kepada kita kita untuk membawa perubahan, bukan memutar jam kembali ke zaman jahiliah.Saya juga mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa saya mengambil pendirian bermufaraqah dan memisahkan diri daripada dasar ini.Sebagai seorang Ahli Parlimen dan diletakkan dalam kedudukan amanah kepimpinan ini, saya akan dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH kelak jika saya mengambil sikap berdiam diri dan kelihatan bersekongkol dengan dasar ini. Sebab itu saya mengambil pendirian menyatakan sikap saya secara terbuka, kerana isu ini sudah menjadi isu umum.
Saya tahu saya akan dihentam dan dicemuh oleh segelintir mereka yang taksub dan fanatik dan tidak berfikir menggunakan aqal; namun saya lebih takut dengan celaan dan cemuhan ALLAH.Allahumma ya ALLAH, persaksikanlah aku telah menyatakan perkara yang haq ini, dan aku cuba memperbetulkan kemungkaran ini mengikut keupayaan dan kedudukan yang telah Engkau berikan kepadaku. Kau berilah keampunan kepada ku, dan ma'afkanlah dan perbetulkanlah kesilapan dan kelemahanku. Berikanlah aku kekuatan iman dan taqwa dalam usaha ku untuk menyeru kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran ini. Aku tahu aku adalah hambaMu yang paling lemah, dhoif, penuh dengan kesilapan dan kesalahan, namun aku ingin mendapat keredhoan dan maghfirahMu ya ALLAH. Ampunkanlah aku hambaMu yang lemah lagi penuh dengan dosa ini ya ALLAH. Dari Engkau kami datang, dan kepada Engkau kami akan kembali. Kabulkanlah ya ALLAH.Amin ya robbal 'alamin.Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
17 Zulqaedah 1430
07 Nov 2009

Khamis, November 05, 2009

Dakwa Blogger Pro-Umno

Pihak berkuasa dan badan bertanggungjawab diminta menyiasat dan mendakwa beberapa blog pro umno/BN yang kerap kali memainkan isu perkauman dan isu sensitif dengan cuba menaikkan kemarahan umat Islam/Melayu terhadap sesuatu isu yang telah dimanipulasi dan diputar belit.
Ini berikutan beberapa artikel dalam sebuah blog ‘Gerakan Anti PKR’ yang jelas boleh membangkitkan kemarahan umat Islam terhadap pakatan rakyat dengan isu dan tohmahan membuta tuli yang tidak berasas sekaligus akan mengelirukan rakyat.
Terdapat juga beberapa blog pro Umno/BN yang lain yang kerap kali memainkan isu-isu yang sensitif dan tidak berasas. Tindakan mereka ini jelas sekali melambangkan tahap ketidak matangan pemikiran mereka dan kejahilan mereka tentang Islam yang kesannya akan merosakkan akidah dan pemikiran umat Islam/melayu.
Amat berbeza jika dibandingkan dengan blog-blog pro pembangkang yang mana setiap artikel/berita yang ditulis adalah bersandarkan fakta dan hujah.

Najib Bersandiwara Dengan Kelantan

Pengunguman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi tadi di parlimen bahawa Kelantan akan menikmati wang ehsan bagi menggantikan royalti petroleum dilihat sebagai satu sandiwara.
Ini memandangkan wang ehsan tersebut akan disalurkan dalam bentuk pembangunan dan bukannya terus kepada kerajaan negeri Kelantan. Sudah tentu pembangunan tersebut akan dapat kepada Umno Kelantan dan bahagian-bahagian.
Pembangunan yang dimaksudkan belum tentu akan mendatangkan faedah dan manfaat kepada rakyat Kelantan dan sepatutnya PM hendaklah menyalurkan terus peruntukan wang ehsan tersebut kepada kerajaan negeri dan diuruskan kerajaan negeri seluruhnya.
Najib juga mendakwa bahawa sepatutnya Kelantan dan Terengganu tidak berhak mendapat royalti petroleum memandangkan dari sudut perundangan, penghasilan petroleum tersebut adalah di kawasan bertindih dan bukannya di dalam perairan negeri.
Jika begitu dakwaan Najib, sepatutnya Terengganu tidak boleh menikmati royalti petroleum sewaktu pemerintahan BN sehinggalah tahun 1999 apabila tampuk pemerintahan BN Terengganu jatuh ke tangan PAS.

Selasa, November 03, 2009

Semoga Berjaya




Setelah 39 tahun tidak beraksi di pentas akhir bola sepak Piala Malaysia, akhirnya Kelantan berjaya menjejakkan kaki untuk beraksi di pentas akhir pada hari Sabtu ini menentang Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Hilang Keyakinan Dengan PKR

Tindakan Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah daripada PKR yang keluar parti dan mengishtiharkan menjadi adun Bebas yang ‘mesra’ (menyokong) BN telah dijangka sejak dari awal lagi.
Dan kini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang pula mendakwa bahawa Badrul sememangnya bermasalah sejak dari tahun 2008 lagi.
Begini jugalah ceritanya apabila adun Lunas daripada PKR yang ishtihar keluar parti dan menjadi adun Bebas yang menyokong BN, tiba-tiba sahaja PKR negeri menyatakan adun Lunas tersebut memang bermasalah.
Sehingga hari ini, sebanyak 4 adun PKR dan 1 adun DAP telah keluar parti dan menyokong BN. Sedangkan tidak ada seorang pun adun atau ahli parlimen PAS yang buat begitu. Juga dengan Umno/BN, masih belum ada yang melompat masuk PR atau Bebas.
Lebih menyedihkan, keempat-empat adun PKR tersebut adalah melayu dan islam. Amat menyedihkan, apabila perkara sedemikian berlaku hanya dalam tempoh tidak sampai 2 tahun memerintah beberapa negeri. Mampukah kerajaan Selangor dan Kedah pimpinan pakatan rakyat bertahan sehingga pilihanraya umum akan datang?
Kini, ramai yang mempertikaikan PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tempiasnya turut dirasai pakatan rakyat (PAS dan DAP) lebih-lebih lagi dengan tumbangnya kerajaan PR di Perak. PKR harus memikirkan langkah bagi mengatasi masalah ini.
Lebih-lebih lagi untuk memilih calon yang terdiri daripada melayu islam, PKR sepatutnya memilih calon yang ‘tidak melakukan dosa besar dan tidak mengamalkan dosa kecil’ selain kelulusan akademik dan pengaruh sebagai penilaian.
Apa yang berlaku kini memberi pengajaran kepada PKR untuk lebih berhati-hati memilih pemimpin yang benar-benar berjiwa pejuang pada pilihanraya akan datang.

Kenapa Ganesan Berlembut?

Semuanya menjadi huru hara. Satu persidangan haram, satu persidangan halal. Satu lulus bajet 2010, satu lagi lulus 3 usul.
Kumpulan yang ini dilindungi, kumpulan satu lagi dikasari. Satu speaker di tempat duduk speaker, lagi satu speaker di tempat duduk adun.
Satu jubah cantik & kemas, satu lagi jubah koyak rabak. Songkok Ganesan kemas dipakai, songkok Sivakumar polis nak pakai.
Sidang Dun Perak jadi pasar borong. Ada yang terpekik terlolong, ada yang berjalan-jalan macam nak beli ikan. Konon-konon adun PR tak senonoh tak beradap.
Tapi tidakkah pelik, kalau benar Ganesan rasa beliau speaker yang sah, kenapa beliau tak gunakan kuasanya untuk ambil tindakan kepada adun-adun PR yang kononnya tidak hormati dun?
Sekurang-kurangnya menggantung beberapa adun PR daripada menghadiri sidang dun. Kenapa Ganesan berlembut sangat?

Selasa, Oktober 27, 2009

Bukti Tuan Guru Terbuka

Kesudian Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk turun menyaksikan perlawanan separuh akhir bola sepak Piala Malaysia malam ini menunjukkan bahawa beliau dan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS bukanlah bersifat jumud dan anti sosial seperti yang digambarkan oleh Umno/BN selama ini.
Tanpa sedikit pun perasaan iri hati walaupun Persatuan Bola Sepak Kelantan yang berjaya melangkah ke Separuh Akhir Piala Malaysia adalah dipimpin oleh orang kuat Umno Kelantan iaitu Tan Sri Annuar Musa, Tuan Guru dan beberapa exco kerajaan negeri akan hadir malam ini bagi memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak Kelantan.
Semoga pasukan Kelantan akan menang dengan keputusan selesa pada malam ini untuk bekalan ke separuh akhir ke-2 di Perlis nanti.

Tuan Guru Tonton Bola Sepak Malam Ini

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka akan menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir pertama antara Kelantan dan Perlis malam ini.
Menteri Besar itu berkata, beliau bersama beberapa orang anggota exco kerajaan negeri disamping Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Red Warrios itu sebagai menuju ke perlawan akhir merebut Piala Malaysia.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang Dun Kelantan berakhir petang semalam sebagai menyambut pelawaan dari Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika menggulung perbahasan ucapan Belanjawan 2010 di Dewan Undangan Negeri Kelantan yang keduabelas semalam.
Menurutnya, Anuar menjemput Menteri Besar termasuk anggota-anggota exco kerajaan negeri disamping Adun mengikuti perlawanan separuh akhir bola sepak itu bagi memberi semangat kepada pasukan supaya dapat beraksi hingga ke peringkat akhir.
Kelantan mara ke peringkat separuh akhir malam esok untuk menentang Perlis bagi merebut Piala Malaysia.
Mereka melangkah ke perlawanan separuh akhir selepas menang bergaya 3-0 ke atas KL Plus.
Dengan keputusan itu Kelantan mara dengan agregat 4-1 selepas seri 1-1 di Cheras, Selasa lalu
"Sekiranya Kelantan berjaya memenangi pertandingan itu, pasukan kita bakal berhadapan dengan Negeri Sembilan atau Terengganu untuk berentap di peringkat akhir,"ujarnya.
Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Anuar Musa kerana telah berjaya menjadikan pasukan berkenaan begitu hebat hingga mampu bersaing di peringkat suku akhir.

Isnin, Oktober 26, 2009

Yang Tumbuk Terlepas, Kereta Terbakar Didiamkan


Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua didapati bersalah kerana mencederakan seorang anggota polis ketika ditangkap semasa beliau ingin menuju ke Parlimen dalam satu perhimpunan Bersih bagi menyerahkan memorandum di parlimen.
Yang menghairankan, polis yang menumbuk Tian Chua (jelas dalam video) tidak dikenakan tindakan, tetapi Tian Chua dijatuhi hukuman kononnya mendatangkan kecederaan dengan menggigit tangan polis tersebut walaupun tiada bukti jelas dalam bentuk rakaman.
Harus diingat, dalam kes tersebut kereta kepunyaan seorang ahli PKR, Abdul Razak Ismail yang menjadi pemandu Tian Chua telah terbakar dalam jagaan polis selepas Tian Chua dan Razak ditahan.
Tian Chua dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan denda rm3000. Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.

Rabu, Oktober 21, 2009

Dun Perak Akan Dibubarkan

Rancangan Hujah di TV9 sebentar tadi yang menampilkan Datuk Seri Dr Zamri Kadir (Menteri Besar Perak) sebagai tetamu jemputan sedikit sebanyak memberi gambaran kemungkinan akan berlaku pilihanraya di Perak.
Pengacara rancangan tersebut, Prof. Dr. Agus apabila bertanya soalan terakhirnya di penghujung rancangan kepada Dr. Zamri adakah kemungkinan akan berlaku pembubaran dun, Dr. Zamri hanya menjawab itu adalah perkara yang berlainan dan pembubaran dun akan berlaku apabila mendapat arahan daripada atasan.
Yang menjadi tanda tanya, kenapa Dr. Zamri tidak menafikan bahawa tidak akan berlaku pembubaran dun sedangkan sebelum ini BN acap kali menafikan akan berlaku pembubaran dun Perak?
Ini sedikit sebanyak memberi signal kepada Pakatan Rakyat untuk bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya semula di Perak.

Ahad, Oktober 18, 2009

Open House PAS Putrajaya Meriah

Jumaat lepas, saya berkesempatan untuk hadir ke rumah terbuka PAS Putrajaya di pejabat PAS Putrajaya yang terletak di Presint Diplomatik. Hadir dalam jam 6 petang, jamuan yang diadakan di kaki lima rumah kedai tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai.
Juadah yang disediakan seperti laksa kedah, soto, sate, ketupat, kuah kacang, rendang daging, lemang dan ketupat daun palas cukup untuk membuka selera hadirin yang rata-ratanya baru pulang dari kerja.
Ikhlasnya, rendang,lemang dan kuah kacang yang dihidangkan amat enak dan lazat pada saya. Saya berbisik pada rakan, "lemang ni sedap,terasa lemaknya. Rendang ni pun sedap, jarang jumpa rendang sedap macam ni". Beliau menjawab, "duit halal, memanglah sedap".
Majlis tersebut berjaya menarik beberapa hadirin bukan melayu yang turut sama menyantap juadah yang terhidang. Turut kelihatan beberapa orang Bangladesh yang mungkin bekerja berhampiran Pejabat PAS Putrajaya.
Mungkin keadaan akan lebih meriah dan menarik perhatian orang ramai jika pihak penganjur memasang lagu raya untuk menambahkan suasana raya pada majlis tersebut. Semoga majlis-majlis sedemikian akan dapat diadakan saban tahun sekaligus memberi imej positif kepada rakyat.

Khamis, Oktober 15, 2009

Pelancong Politik Lebih Ramai Dari Petugas

Tulisan terbaru dalam blog Ketua Pemuda PAS ada menyebut bahawa beliau terpaksa mengarahkan pemuda PAS untuk hadir ke Bagan Pinang bagi meningkatkan kawalan keselamatan setelah provokasi Umno besar-besaran yang jelas mengancam keselamatan petugas parti.
Tindakan ini terpaksa dilakukan kerana beliau melihat kebanyakan yang hadir di Bagan Pinang hanyalah pelancong politik yang hanya memeriahkan gerai jualan dan ceramah-ceramah dan bukanlah untuk bertugas.
Saya juga adalah tergolong dalam golongan pelancong politik, yang sekadar hadir pada hari penamaan calon untuk bersorak dan hadir pada hari pembuangan undi untuk melihat keadaan sambil-sambil makan jambu dan melihat anak ketam di tepi pantai Port Dickson bersama isteri. Itu pun terpaksa merasuah isteri dengan bawa bershopping di Nilai 3. Jika tidak, mungkin tak sampai ke Bagan Pinang.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, negeri-negeri tidak mengerahkan ahli-ahli untuk bertugas secara serius. Cawangan-cawangan tidak diarahkan untuk menghantar wakil (mungkin tidak semua). Kawasan-kawasan pula tidak mengambil inisiatif menggalakkan ahli untuk bertugas. Ada juga berlaku apabila ahli-ahli hadir dengan rela hati, tetapi tidak dapat mendaftar diri sebagai petugas kerana markas penuh dan tiada tempat tidur.
Ini semua sebahagian kecil yang membantutkan usaha bagi menjadi petugas parti. Parti seharusnya mengambil langkah yang lebih berkesan selepas ini agar masalah-masalah kekurangan petugas dapat diatasi. Gerak kerja berkempen juga perlu dibaiki. Ceramah berkelompok, mendekati penyokong Umno dan atas pagar, beramah mesra dengan penduduk perlu dipertingkatkan. Ianya lebih baik daripada kita memusuhi penyokong Umno, kerana kita mahukan undi mereka untuk memenangkan Pakatan Rakyat.

PR Harus Muhasabah Diri


Keputusan pilihanraya kecil dun Bagan Pinang memperlihatkan Umno/BN mencapai keputusan yang mengejutkan, yang pasti tidak dijangka oleh Umno/BN untuk menang begitu besar dan mungkin tidak pernah terfikir Pakatan Rakyat untuk kecundang sebegitu teruk. Tetapi ikhlasnya, dari awal lagi saya telah menjangkakan yang PAS akan kecundang dengan majoroti yang lebih besar dari tahun 2008, tetapi tidak menjangkakan sehingga majoriti melebihi 5 ribu undi.
Bersandarkan pilihanraya kecil (PRK) sejak kebelakangan ini iaitu PRK Penanti di mana undi PKR menurun, PRK Manik Urai yang mana PAS menang nyawa-nyawa ikan, dan PRK Permatang Pasir yang mana majoroti PAS menurun, serta pembebasan pemimpin-pemimpin Hindraf dan tertubuhnya Parti Makkal Sakhti, Pakatan Rakyat seharusnya sedar bahawa sokongan rakyat terutama bukan melayu sedikit sebanyak akan berkurangan dan beralih kepada BN.
Pakatan Rakyat tidak seharusnya yakin bahawa sokongan rakyat akan kekal memandangkan sekarang ini Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Najib Razak tidak selemah dan sebodoh Pak Lah. Dan perbalahan secara terbuka antara pemimpin Pakatan Rakyat berjaya dimanipulasi oleh media yang sekaligus memberikan imej yang buruk kepada rakyat.
PAS juga tidak sepatutnya meletakkan pesuruhjaya PAS N.Sembilan sebagai calon Bagan Pinang jika dari awal menjangkakan PAS sukar untuk menang lebih-lebih lagi tiada isu besar yang dapat mempengaruhi pengundi untuk menolak BN. Sepatutnya PAS meletakkan anak tempatan sebagai calon walaupun mungkin tiada nama, tetapi sekurang-kurangnya lebih baik daripada mempertaruhkan nasib Pesuruhjaya Negeri di tempat yang tak mungkin menang.
Sebelum ini saya pernah menulis bahawa perjuangan BERSIH seharusnya diteruskan dimana sekarang ini kita melihat perjuangan Bersih tidak lagi menjadi keutamaan setelah ramai pemimpin Pakatan Rakyat bergelar YB setelah menang dengan cemerlang dalam Pilihanraya Umum 2008. Tetapi di Bagan Pinang, Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat tiba-tiba sahaja terkial-kial bertemu SPR untuk membantah undi pos kerana tahu yang PAS sukar menang memandangkan undi pos yang begitu besar. Kenapa di Bagan Pinang baru hendak bersuara tentang undi pos? Kenapa selepas PRU 2008, PR tidak terus perjuangkan matlamat Bersih di mana salah satu tuntutan Bersih ialah memansuhkan undi pos?
Pakatan Rakyat seharusnya meneliti setiap kelemahan dan membaikinya, serta merapatkan kerjasama antara parti, dan cuba sedaya mungkin menutup perbalahan melalui media. Dan yang paling penting, Pakatan Rakyat harus berusaha menarik semula sokongan bukan melayu yang kini sedikit sebanyak telah lari kepada BN, dan amat penting adalah dengan menarik sokongan melayu yang sehingga hari ini masih tidak mengalami peningkatan selepas PRU 2008. Itupun jika tidak mahu sejarah 2004 berulang kembali, tatkala di masa itu Barisan Alternatif yakin untuk memerintah Malaysia.

Pengundi Bagan Pinang Pilih Perasuah

Pengundi Bagan Pinang akhirnya membuat keputusan dengan menaikkan Tan Sri Isa Samad sebagai wakil rakyat dengan memberi kemenangan besar kepada calon BN itu.
Isa Samad memperolehi undi sebanyak 8013, jauh meninggalkan calon PAS dengan undi 2578, iaitu majoriti sebanyak 5435.
Yang menjadi pelik, Isa yang pernah dijatuhi hukuman oleh Umno kerana politik wang, masih diterima oleh pengundi Bagan Pinang. Tidakkah mereka sedar mereka mempertaruhkan amanah kepada seorang yang jelas tidak berakhlak dan tidak bermoral?
Mungkin masih boleh diterima jika calon BN yang menang terdiri daripada calon yang bersih, tetapi seorang yang sanggup merasuah rakan seperjuangan (Umno) semata-mata inginkan pangkat, logikkah orang seperti ini akan amanah dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat?
Adakah Isa mengejar pangkat dalam Umno sehingga sanggup merasuah rakan seperjuangan itu kerana mahu membela melayu? Kalau ikhlas nak bela melayu, tak kan sampai rasuah untuk dapat pangkat? Tak kan ini semua tak dapat dilihat dan dinilai oleh pengundi Bagan Pinang?
Begitu juga dengan tentera, yang mengundi calon rasuah Isa Samad, adakah tentera-tentera ini dapat diharapkan untuk mempertahankan tanahair sekiranya negara kita diceroboh? Untuk memilih pemimpin berakhlak pun tak boleh dan tak reti, masakan boleh diharap untuk mempertahankan negara? Mungkin tentera-tentera ini akan tergadai jika diberi gula-gula oleh musuh.

Ahad, Oktober 04, 2009

Shahruddin:Kesilapan Teknikal Atau Menyesal?


Hasrat Shahruddin Abdul Hamid untuk bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, tidak kesampaian. Beliau keluar dari pusat penamaan calon selepas mendapati pencadangnya bukan dari Bagan Pinang.
Semasa meninggalkan dewan itu, Shahruddin memberitahu pemberita yang beliau sedang mencari seorang pencadang dari kawasan DUN itu untuk menyokong pencalonannya. Shahruddin tidak muncul lagi selepas itu.
Shahruddin menyifatkan kegagalannya itu sebagai "kesilapan teknikal". Shahruddin yang mesra dengan panggilan "Capt" berkata SPR menolak kertas pencalonannya kerana pencadang beliau, Ros Hamdan, bukannya pengundi DUN itu.
Shahruddin yang pernah bekerja dalam industri perkapalan, tiba di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson jam 9.10 pagi, sebelum beredar dari dewan itu kira-kira 20 minit kemudian.Bekas ahli PKR itu berkata beliau berjaya mencari pencadang gantian tetapi gagal mencari pejabat pesuruhjaya sumpah untuk mengesahkan borang itu."Semua pejabat pesuruhjaya sumpah di sini tutup. Saya minta maaf kepada penyokong saya," katanya yang mana Jumaat lepas mengisytiharkan keluar PKR selepas berkeras untuk bertanding.
Ada yang mengatakan beliau sengaja melakukan kesilapan tersebut bagi memberi laluan kepada PAS dan BN untuk bertanding satu lawan satu. Ini kerana masakan beliau tidak tahu bahawa pencadang dan penyokong calon mestilah pengundi di Dun yang diadakan pilihanraya. Dengan kata lain beliau sengaja melakukan kesilapan mudah tersebut bagi memberi laluan kepada PAS dan BN.
Ada pihak yang mengatakan beliau ditaja untuk bertanding atas tiket bebas bagi memecahkan undi, tetapi merasa bersalah di saat-saat akhir dan sengaja melakukan kesilapan tersebut supaya penyertaannya ditolak oleh SPR.

Solat Hajat Demi Kemenangan PR/PAS

Seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang beragama Islam diseru untuk menunaikan solat hajat setiap hari mulai sekarang sehingga hari pembuangan undi pada 11 ogos 2009 ini bagi memastikan kemenangan PAS/PR pada pilihanraya kecil dun Bagan Pinang.
Selain kerja keras yang dilakukan bagi berkempen, kita sepatutnya memohon kepada Allah agar dibukakan pintu hati pengundi Bagan Pinang untuk mengundi PAS yang sudah tentu calonnya adalah bersih dan berakhlak, serta memohon agar dijahanamkan setiap tipu helah BN dan SPR untuk mengalahkan PAS.

PR Menang Pusingan Pertama


Proses penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang semalam memperlihatkan kerjasama erat dan semangat yang kuat Pakatan Rakyat apabila kehadiran penyokong PR semalam 3 kali ganda melebihi penyokong Barisan Nasional.
Barisan Nasional pula dibidas apabila tindakan mereka yang menggunakan pelajar sekolah yang diberi upah untuk meramaikan penyokong BN. Kelihatan beberapa buah bas yang membawa penuh remaja-remaja yang masih bersekolah menengah yang memakai baju Umno dan Barisan Nasional. Dikhabarkan mereka menerima upah sebanyak rm50-rm100 seorang, mengikut bahagian masing-masing.
Ini menunjukkan, bahawa Umno dan ahlinya lebih mementingkan ganjaran daripada semangat untuk memenangkan parti mereka, walaupun Dun Bagan Pinang adalah merupakan kawasan kuat bagi BN. Berbeza dengan penyokong Pakatan Rakyat yang mengeluarkan belanja sendiri untuk berjuang, walaupun mengetahui amat sukar untuk memenanginya.

Khamis, September 24, 2009

Berpolitik Di Pagi Raya, Masjid Cheng Dibidas

Tindakan seorang jawatankuasa di salah sebuah masjid di Cheng, Melaka yang mana dalam ucapannya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri berbau politik dan perkauman sempit dibidas kerana boleh memecahbelahkan umat Islam di pagi raya.
Dalam ucapannya, beliau menyeru supaya orang melayu bersatu setelah berpecah kepada beberapa kumpulan sementara pula orang bukan Islam telah bersatu.
Adakah disebabkan pada PRU yang lepas DAP dan PKR menerusi calon bukan Islamnya telah menang banyak kerusi sementara calon MCA,Gerakan,MIC telah tewas teruk membawa maksud orang bukan Islam telah bersatu?
Adakah disebabkan Umno kehilangan banyak kerusi kepada PAS dan PKR (calon melayu) bererti orang melayu berpecah?
Tindakan jawatankuasa masjid tersebut yang jelas pro-Umno telah cuba memainkan politik sempit di dalam masjid dan ingin mempengaruhi rakyat lebih-lebih lagi di pagi raya amat-amat dikesali.
Tidakkah beliau sedar orang melayu ketinggalan adalah hasil pemerintahan Umno/BN yang memerintah semenjak merdeka?
Tidakkah beliau sedar orang bukan melayu lebih banyak kumpulan politik seperti Gerakan,MCA,MIC,DAP,PKR dan ada juga yang penyokong kuat Pas tetapi mereka terus maju.
Faktanya sekarang bukan masalah orang melayu berpecah kepada Umno,Pas dan PKR, tetapi kerana penyelewengan wang rakyat dan khazanah negara oleh pemimpin Umno yang telah mentadbir Malaysia dari merdeka hingga kini yang telah menjadikan orang melayu jauh ketinggalan, sementara pemimpin Umno, ahli keluarga dan kroni kaya raya.
Sepatutnya, jawatankuasa masjid tersebut menyeru supaya orang melayu kembali kepada Islam, dan menolak kemungkaran, kezaliman dan ketidakadilan, menolak pemimpin rasuah dan haprak seperti Ali Rustam (jika perlu) serta menyatakan hanya dengan kembali kepada Islam orang melayu akan mampu bangkit dan maju, bukannya dengan mengapikan semangat perkauman sempit yang tidak berasas.

Ahad, September 20, 2009

Salam Aidilfitri - Nadarakyat

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua tetamu blog ini.
Semoga setelah badan dan roh kita di cas selama sebulan berpuasa dan beramal ibadat, akan menjadikan kita kuat untuk terus berjuang menegakkan keadilan dan Islam. Harus berani melawan arus!
Adios...

Jumaat, September 18, 2009

Wacana Ilmiah: Pemuda PAS Sangkal Kenyataan Pemuda Umno

Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dengan ini menegaskan bahawa kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim bahawa perbincangan Wacana Ilmiah Terbuka antara Dewan Pemuda PAS Pusat dengan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah terhenti apabila Dewan Pemuda PAS Pusat tidak memberi jawapan balas terhadap surat yang dikemukakan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin adalah tidak tepat dan tiada berasas.
Dewan Pemuda PAS Pusat dalam surat yg bertarikh 29hb Julai 2009 kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin memaklumkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal dari pihak Pemuda PAS dengan saya, Kamaruzaman Mohamad sebagai Pengarah dengan di bantu oleh dua orang exco DPPP. Dalam surat tersebut juga DPPP mencadangkan Pemuda Umno menubuhkan juga Jawatankuasa Teknikal di mana pembentukan Sekreteriat Jawatankuasa Teknikal Bersama tersebut adalah bagi membincangkan format, masa, tarikh, lokasi, moderator dan perkara-perkara berkaitan wacana.
YB Ketua Pemuda Umno telah membalas surat tersebut di mana beliau telah meminta agar pertemuan empat mata antara beliau dengan Ketua DPPP di adakan sebelum menubuhkan sekreteriat Jawatankuasa Teknikal antara kedua � dua parti.
Oleh itu Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hassan telah memberi maklum balas terhadap isi kandungan surat YB Ketua Pemuda Umno melalui media dan Beliau telah menegaskan bahawa tidak akan ada pertemuan empat mata antara beliau dengan YB Khairy dan menegaskan kesediaan beliau untuk bertemu dengan YB Ketua Pemuda Umno dalam Wacana yang telah dipersetujui di peringkat awal lagi.
Beliau juga telah memaklumkan sekiranya Saudara YB Khairy Jamaludin ikhlas untuk bertemu beliau, kenapa sewaktu Ustaz Nasrudin Hassan hadir ke Parlimen untuk menyerahkan surat jemputan wacana tersebut tempuh hari, Saudara YB Khairy Jamaludin hanya mewakilkannya kepada YB Naib Ketua beliau sahaja?
Sekarang ni barulah rindu nak jumpa!
Ketua Pemuda PAS juga telah menegaskan bahawa wacana tersebut akan diteruskan dengan tajuk "Wacana Ilmiah Terbuka : Adakah Perjuangan Umno tidak betentangan dengan ISLAM" yang mana telah dipersetujui sebelum ini.
Sekian penjelasan dari Dewan Pemuda PAS Pusat dan kesempatan ini kami Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin pada semua para editorial, wartawan, jurukamera dan kakitangan semua Media Massa.
Dewan Pemuda PAS Pusat

Khamis, September 17, 2009

Perak Mungkin Dapat Bonus Jika PR Memerintah

Tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah dan Selangor yang mengumumkan pemberian bonus sebanyak rm500 kepada kumpulan sokongan kakitangan kerajaan negeri memberi tamparan kepada kerajaan negeri BN.
Kakitangan kerajaan negeri Perak pula mungkin terlepas peluang untuk menikmati bonus tersebut memandangkan kini BN yang mentadbir hasil rampasan kuasa yang tak mungkin akan mengumumkan bonus sedemikian.
Perak jika hingga hari ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat mungkin akan menikmati bonus tambahan seperti Kedah dan Selangor sebagai tanda penghargaan setelah kerajaan pusat menaikkan kemarahan rakyat apabila hanya memberi rm250 kepada seluruh kakitangan kerajaan kumpulan sokongan untuk sambutan Aidilfitri dan rm250 lagi hanya akan diberi hujung tahun ini.

Apa Masalahnya Ahli PKR?


Kedatangan Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang sekali lagi diganggu dengan kehadiran calon bebas yang merupakan ahli PKR.
Pada Pilihanraya Kecil Bukit Selambau & Penanti juga berlaku perkara sedemikian. Apakah masalah PKR sebenarnya?
Sudahlah 2 Adunnya di Perak melompat katak sehingga huru hara Perak jadinya, di Kedah juga terjadi begitu apabila Adun Lunas keluar parti, sekaligus menimbulkan masalah dalam Pakatan Rakyat.
PKR sepatutnya melakukan program pemulihan dalam parti tersebut sebelum PRU menjelang tiba bagi mengelakkan masalah sedemikian berlaku lagi.

16 September Kian Dilupakan

16 September merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu pada tahun lepas apabila Pakatan Rakyat khasnya PKR begitu berani mengatakan yang PR akan memerintah dengan tindakan lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat parti kepada PR.
Tetapi akhirnya ianya hanya suatu penantian yang mengecewakan kepada sesetengah penyokong PR.
Pada tahun ini tidak kedengaran lagi matlamat 16 September seperti tahun lepas. BN Umno juga mungkin terlupa untuk memainkan isu ini di media apabila kedatangan 16 September tahun ini tidak diungkit oleh media dan BN tatkala hanya tinggal beberapa jam lagi untuk 16 September 2009 berlalu.
Terlalu banyak hikmahnya apabila 16 September tidak berlaku. Dan mungkin ianya akan menjadi lebih teruk jika berlaku. Maklumlah, yang puak-puak BN nak lompat katak tu pun bukannya baik-baik.
Apa pun tumpuan kini ke Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang. Jika PAS berjaya menawan Bagan Pinang, ertinya berakhirlah riwayat Umno BN yang pasti akan kecundang dalam PRU akan datang.

Ole-ole Raya PKR Untuk Saudara Rosmah


Seminggu menjelang sambutan Aidilfitri, ahli keluarga terdekat isteri perdana menteri Rosmah Mansor - seperti pernah dilihat dalam siri klip video di Internet - mendapat hadiah dan duit raya daripada Angkatan Muda PKR.Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, hampir 10 pemimpin sayap kanan PKR itu mengunjungi ibu saudara dan sepupu isteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Mertang, Kuala Pilah kelmarin."Kunjungan ini untuk mencari kebenaran. Kalau sebelum ini, kita lihat kehidupan mereka dalam Youtube sahaja. "Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Dalam beberapa klip video tersebut, anggota keluarga dekat Rosmah itu melahirkan rasa tidak senang dengan sikap wanita pertama negara yang tidak lagi mengunjungi mereka dan kampung asalnya itu.
Rosmah bagaimanapun tidak pernah memberikan reaksinya berhubung kandungan video tersebut, atau mengesahkan mereka anggota keluarganya, yang kelihatan memaparkan imej negatif kepadanya.Shamsul (kiri) berkata, rombongan mereka dari Kuala Lumpur tiba di kampung tersebut kira-kira jam 1.15 tengah hari dan menghabiskan masa kira-kira dua jam di sana.Mengulas reaksi ahli keluarga Rosmah terhadap kunjunganya, beliau berkata: "Ada yang menangis sebab Rosmah tidak ingat lagi pada mereka."Diminta menggambarkan kedaifan ahli keluarga perempuan pertama itu, Shamsul berkata, mereka bekerja kampung yang berpendapatan tidak sampai RM500 sebulan dan "mempunyai rumah kayu yang agak reput." Beliau juga bercadang mengheret isu tersebut dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan bermula pada 3 Oktober ini."Sudah pasti, kerana dia (Rosmah) mungkin turut berkempen," jawabnya ketika ditanya kemungkinan perkara itu dibangkitkan lagi."Ia untuk menggambarkan sikap sebenar Rosmah yang kononnya prihatin dengan dengan nasib masyarakat. Sedangkan keluarganya sendiri dibiarkan daif dan miskin. "Kalau kerajaan berkata, (dalam konsep) Satu Malaysia, rakyat didahulukan, keadaan ahli keluarganya (Rosmah) menunjukkan sebaliknya."Kampung tersebut terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuala Pilah, kata Shamsul.

DAP: Umno Yang Sesatkan Melayu

Seorang pemimpin DAP menafikan dakwaan orang Melayu yang menyertai parti itu disifatkan sebagai "kumpulan sesat dalam politik" dan "digesa agar kembali ke pangkal jalan".Ahli jawatankuasa pusat DAP Ahmad Ton sebaliknya mendakwa Umno sendiri yang menyesatkan orang Melayu di negara ini."Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup mengikut (semangat) pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ikut Umar Abdul Aziz tidak sesat."Di Pulau Pinang, sekolah agama rakyat, kerajaan negeri bantu. Kalau di Johor, ia ditutup," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Selain Ahmad yang sudah lama bergiat dalam DAP, parti itu turut melantik Tunku Abdul Aziz Ibrahim, yang sebelumnya terkenal aktif bersama Transparency International, sebagai naib pengerusinya Ogos tahun lalu.Abdul Aziz kemudiannya dilantik sebagai anggota Dewan Negara.Ahmad, yang juga naib pengerusi DAP Johor, berkata beliau berasa malu dengan tindakan kerajaan negeri itu, berbanding dengan kerajaan Pulau Pinang yang membantu sekolah agama rakyat (SAR) terutama menaikkan gaji guru-guru dan menyedia peruntukan kepada sekolah terbabit."Jadi tidak betul, kalau (Umno) kata kita sesat," tambahnya.SAR di negeri itu ditutup secara berperingkat-peringkat mulai tahun lepas dan DAP bersama Pakatan Rakyat di Johor menghantar memorandum kepada menteri besar berhubung isu tersebut.Ahmad diminta mengulas dakwaan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa orang Melayu yang menyertai DAP sebagai kumpulan tersesat jalan politik dan digesa kembali menyokong Umno.Pemimpin Umno itu dipetik berkata tindakan mereka juga satu kesilapan besar kerana perjuangan DAP tidak langsung membela Melayu dan perkembangan Islam, malah turut menyamaratakan semua kaum, sekali gus menguburkan terus hak istimewa orang Melayu.Dihubungi hari ini, Ahmad menambah, perjuangan DAP bertujuan mewujudkan bangsa Malaysia dan ia bertepatan dengan isi al-Quran yang mahu manusia yang berbilang kaum saling berkenal-kenalan dan berkasih sayang."DAP dilihat sebagai parti Cina sebab kaum Cina ramai masuk, tidak ramai ramai orang Melayu masuk. Cuba orang Melayu ramai masuk, jadi parti orang Melayulah," katanya.Sementara itu, penyelaras Unit Penyelidikan DAP Wan Hamidi Hamid menyifatkan kenyataan pemimpin Umno itu "kurang cerdik" dan "agak menyedihkan" bagi seseorang yang berjawatan tinggi dalam parti."Nampak sentimen perkauman agak kuat," katanya kepada Malaysiakini.Tambahnya, sejak DAP ditubuhkan lebih 40 tahun lalu, terdapat pemimpin Melayu yang pernah bertanding atas tiket parti itu, antaranya, allahyarham Ahmad Noor."Kenapa (Umno) tidak tegur (beliau) masuk DAP sebagai sesat?" kata Wan Hamidi, pengarang buku Lim Guan Eng: Dari Penjara ke Tampuk Kuasa.

Ahad, September 06, 2009

Mereka Memberontak Kerana Jahil Tentang Keadilan Islam




Tindakan segelintir penduduk Seksyen 23, Shah Alam yang membuat kecoh dalam majlis dialog antara kerajaan negeri Selangor dengan Seksyen 23 menunjukkan mereka terlalu jahil dalam memahami keadilan yang dituntut dalam Islam walaupun mereka semua nyata dan jelas adalah beragama Islam.
Sikap mereka yang menghentam dan memaki hamun pimpinan kerajaan negeri secara berdepan menunjukkan mereka amat-amat tidak bertamadun. Sepatutnya majlis dialog sedemikian menjadi jalan penghubung bagi menyelesaikan masalah yang timbul dan bukannya menjadi gelanggang untuk berlagak samseng yang memalukan.
Kejadian ini terjadi kerana hasil pemerintahan Umno, BN selama 52 tahun memerintah yang menolak pentadbiran Islam dan menerapkan semangat perkauman sempit dalam minda dan hati sanubari rakyat dimana hasilnya kejadian seperti ini berlaku apabila segelintir penduduk Seksyen 23 bertindak biadap dan emosional tanpa memahami apa sebenarnya keadilan dalam Islam yang dituntut.
Walau bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor seharusnya diberikan pujian kerana bersikap terbuka dengan mengadakan majlis dialog dengan penduduk untuk berbincang menyelesaikan masalah yang tak mungkin akan ditiru atau diikuti oleh mana-mana kerajaan pimpinan Umno, Barisan Nasional.

Dialog Tidak Bertamadun: Selangor Tangguhkan Pemindahan Kuil

SHAH ALAM, 5 Sept: Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.
Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.
"Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.
"Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti."
Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, bagi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.
Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.
Pembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ.
Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.
Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga untuk memenuhi hak penduduk minoriti beragama Hindu, di sini.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.
Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri dari penganut Islam dan Hindu.
Katanya lagi, "sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."
Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.
"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.
Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An'am yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."
Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.
Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.
Jamil Mohd Isa, yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.
Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.

"Woi, kaulah pengkhianat-pengkhianat agama lah!" cemuhnya.
Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.
Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.
Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.

K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."
Ditanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."
Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.
Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.
Pegawai Khas kepada Adun Batu 3, Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang hadir di luar MBSA, sebelum dialog tersebut berlangsung.
"Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu," jelasnya lagi.
Seorang respondan berita Harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa talam dua muka.
Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja.
Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.
Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati. Beliau menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum ini.
Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil.
Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.
Demi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.
Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir.
Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.
Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.
Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.
Dari insiden kepala lembu berdarah sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Malaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun.

Sabtu, September 05, 2009

Kenapa PR Tidak Melatah Harga Minyak Naik?

Kenaikan harga minyak petrol RON97 daripada rm1.80 kepada rm2.05 dan RON95 daripada rm1.75 kepada rm1.80 berkuatkuasa 1 September lepas tidak melihatkan tindakan protes yang besar daripada Pakatan Rakyat.
Lazimnya, setiap kali kenaikan harga bahan api Pakatan Rakyat akan melancarkan protes besar-besaran terhadap Kerajaan BN (Pusat).
Tetapi kali ini sekadar ulasan-ulasan kecil daripada segelintir pemimpin PR sahaja yang kedengaran.
Tidakkah PR sedar bahawa kerajaan pusat telah melakukan pembohongan apabila beberapa bulan yang lepas mereka menyatakan bahawa minyak RON97 akan dinaikkan kepada rm2.00 berkuatkuasa 1 September. Tetapi 1 september yang lepas, RON97 naik melebihi 5sen iaitu rm2.05 dan bukannya rm2.00 seperti yang dikatakan mereka beberapa bulan yang lepas.
Dan minyak RON95 yang seperti mana dinyatakan akan menjadi alternatif sebagai menggantikan RON97 selepas 1 September masih lagi belum dijual di setiap stesen minyak secara menyeluruh dan hanya terdapat di beberapa stesen minyak sahaja.
Ini adalah merupakan satu lagi pembohongan apabila beberapa bulan yang lepas pihak kerajaan menyatakan selepas 1 September RON95 akan dijual di setiap stesen minyak sebagai alternatif menggantikan RON97, tetapi sehingga hari ini RON95 hanya terdapat di beberapa stesen minyak sahaja.

Isu Kuil: Buat Keputusan Berlandaskan Islam

Isu kuil di Shah Alam menjadi besar apabila tindakan sekumpulan yang mendakwa penduduk Seksyen 23 dan beberapa NGO Melayu mengadakan demostrasi berarak membawa kepala lembu di hadapan pejabat SUK Kerajaan Negeri.
Tindakan mereka sebagai menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang hendak memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Namun begitu, terdapat dakwaan isu ini didalangi oleh Umno yang sengaja mahu menimbulkan isu perkauman sempit membuta tuli.
"Islam tidak melarang untuk penganut agama lain beribadat selagi mana mereka tidak memusuhi Islam, dan kita hendaklah berlaku adil kepada mereka, jadi apa masalahnya kumpulan ini membantah?" kata Mohd Hafizuddin yang menetap di Kajang.
"Kita ni hidup kena memegang prinsip keadilan dalam ajaran Islam, bukan berpaksikan semangat perkauman sempit yang membuta tuli, itu sesat dan bahalol namanya" tambah beliau lagi.

Isu Kuil: Khalid Sedia Kalah Kerana Berlaku Adil

SHAH ALAM, 5 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bersedia kalah dalam pilihan raya kerana berlaku adil kepada semua pihak.
"Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam pilihan raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya?
"Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu," kata beliau dalam surat terbukanya kepada penduduk penduduk Seksyen 23 Shah Alam.
Untuk menjelaskan maksudnya, beliau mengungkapkan kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu atau Tippu Sultan.
Di bawah pemerintahan Tippu Sultan, rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh.
"Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil," kata beliau.
Dengan mengemukakan ayat kelapan Surah al-Maidah yang menekankan keadilan, Khalid mengingatkan bahawa ketaqwaan mempunyai hubungan rapat dengan keadilan.
Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi, kata beliau.
"Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota?
"Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil.
"Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang," kata beliau dalam surat yang disiarkan dalam blognya itu (www.khalidsamad.com).
Khalid bagaimanapun tidak memaksa pandangannya diterima.
"Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu.
"Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua.
"Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan ketaqwaan dan keadilan," katanya.
Isu pemindahan kuil itu semakin bergolak berikutan tindakan sekumpulan yang dipercayai penyokong Umno baru-baru ini mengadakan tunjuk perasaan membantah pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23, Shah Alam.
Beberapa orang dari mereka adalah penduduk kawasan tersebut.
Mereka mengheret kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan kemudian meludah-ludah serta memijak-memijak kepala lembu itu.