Khamis, Januari 27, 2011

Mampukah PAS?


Kalau dicongak dari sudut matematik mudah, PAS perlu mendapat sekurang-kurangnya 35%-38% undi melayu, 75%-80% undi cina, dan 50% undi india, itu pun menang dengan majoriti yang tipis.

Tapi yang buat aku gusar, BN yakin mampu mendapat 80% undi melayu. Undi india pula pada PRU 2008 tidak memihak pada PAS, agak sukar hendak mengharapkan undi mereka pada PRK kali ni.

Jom Baca Laporan Terkini BN, Mungkin Boleh Jadi Rujukan

Rabu, Januari 26, 2011

Jumlah Setahun Gov Tax Untuk Pelanggan Astro

Mungkin gov tax yang dikenakan kepada pelanggan Astro sebanyak 6% sebulan tidak nampak banyak.
Cuba kita kira 6% X 12 bulan, jawabnya 72%.
Amik contoh bil astro saya sebulan rm67.** (pakej) + rm4.** (6% gov tax) = rm71.** sebulan.
Kalau 12bulan X rm4.** (6% gov tax) = rm48.** !!!
Ertinya saya sebagai pelanggan Astro membayar gov tax kepada kerajaan BN sebanyak rm48 setahun!!!
Itu kalau pakej Astro yang murah macam yang saya ambil tu (rm67), kalau yang pakej siap amik HBO dll, setahun mungkin anda membayar gov tax melebihi rm60.
Lagi mahal daripada gov tax kad kredit (1 kad rm50).

6% Gov Tax Untuk Semua Pelanggan Astro


Semalam dapat bil Astro untuk bulan Januari ni, tengok2 ada Gov Tax 6% & ada lak slogan “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Dalam hati aku “kepala hotak ko, ni sekarang bukan rakyat didahulukan, tapi rakyat yang dulu dikenakan!”

Penyokong BN Tak Bertamadun

Ntah apa jenis manusia le macam ni, hasil didikan songsang Umno/BN, buat kacau di majlis orang..
10 kali BODOH kalau dengar cakap UMNO!

Selasa, Januari 25, 2011

Ahmad Maslan Otak Udang

Cabaran Datuk Ahmad Maslan yang merupakan Ketua Penerangan Umno supaya kerajaan negeri dibawah PR menurunkan harga barang tak masuk dek akal.
Mana mungkin kerajaan negeri boleh cari duit dan sewenang-wenangnya beri subsidi dengan bayar pada stesyen minyak supaya harga minyak dapat diturunkan.
Inikan pula harga barang, tak kan nak bayar subsidi di setiap kedai runcit & pasaraya di seluruh negeri PR supaya rakyat dapat nikmati harga murah, jawabnya tak mungkin!
Semua ini adalah bidang kuasa dan kawalan kerajaan pusat dibawah pimpinan Umno/BN! Penyelarasan harga barang dengan pemberian subsidi hanya boleh dilakukan diperingkat persekutuan!
Melainkan kerajaan PR (Kelantan, PP, Selangor & Kedah) adalah merupakan sebuah negara, baru boleh nak beri subsidi.
Rupanya inilah standart dan mentaliti seorang Timbalan Menteri Di JPM, harap muka je hensom, tapi otak udang + tolol! Nampak sangat jenis cakap main hentam buta.

http://www.malaysiakini.com/news/154392

Rosmah Oh Rosmah

Rosmah ketika menunaikan haji

Rosmah ketika memberi tazkirah kepada Wanita Umno di dalam sebuah masjid

Rosmah memeluk suami tersayang
yang ni perangai gatal Rosmah ni...

terbaru, sah hang memang gatal !!!

Isnin, Januari 24, 2011

Keputusan PRU-12 Parlimen Labis

Johor P142, N5, N6

P142 LABIS
Jumlah Pengundi: 33,468
Peratusan Kaum:
M: 36.62%
C: 47.75%
I: 15.53%
1. Chua Tee Yong (BN) (13,658) 2. Teo Eng Ching (DAP) (9,564)
Majoriti: 4,094
Jumlah undi: 24,038
Peratus mengundi: 71.82%
Undi rosak: 816
Penyandang: Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (BN)(Majoriti: 10,729 undi)
N5 TENANG
Jumlah Pengundi: 14,511
Peratusan Kaum:
M: 49.59%
C: 38.24%
I: 12.07%
1. Sulaiman Taha (BN) (6,367) 2. Mohd. Saim Siran (Pas) (3,875)
Majoriti: 2,492
Jumlah undi: 10,655
Peratus mengundi: 73.43%
Undi rosak: 413
Penyandang: Sulaiman Taha (BN)(Majoriti: 8,649 undi)
N6 BEKOK
Jumlah Pengundi: 18,957
Peratusan Kaum:
M: 26.69%
C: 55.03%
I: 18.17%
1. Tan Kok Hong @ Tan Yi (BN) (7,510) 2. Chang Teck Chee (DAP) (5,566)
Majoriti: 1,944
Jumlah undi: 13,380
Peratus mengundi: 70.58%
Undi rosak: 304
Penyandang: Tan Kok Hong @ Tan Yi (BN)(Majoriti: 6,471 undi)

Isu bersalam: Harussani Anggap Soi Lek Hina Islam, Perlu Minta Maaf

LABIS, 24 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
Justeru, Harussani (gambar) menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.
Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.
Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.
“Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.
“Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.
“Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam,” kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.
Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.
Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.
“Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam.
“Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya.
“(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram,” katanya.
Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.
Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.
Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.
Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.
Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan tindakan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengeluarkan “fatwa” baru sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.
“Beliau (Nizar) tidak boleh gunakan ajaran agama sewenang-wenangnya, kalau tiada dalam tuntutan (agama) tidak boleh kata haram.
“Kalau nak keluarkan (fatwa) mesti ada nas-nas, jangan main cakap sahaja.
“Kalau tiba-tiba kata haram ia melebihi Tuhan, melebihi Tuhan adalah syirik,” katanya.
Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.
“Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan.
Saya tidak sebelah mana-mana, apa yang saya cakap berdasarkan agama Islam,” katanya.
the malaysian insider

Najib Tak Nak Bagi Ang Pau Ke?

Kan ke seronok jika PM mengumumkan pemberian ang pau untuk kakitangan kerajaan sempena Tahun Baru Cina.
Tak payah banyak, rm200-rm300 pun jadi le, sekurang-kurangnya boleh buat belanja untuk mengembirakan anak-anak atau keluarga masa cuti Tahun Baru Cina nanti.

Rabu, Januari 19, 2011

Perkataan Tentera Jihad Memalukan Islam



Tindakan tak bertamadun pihak yang meletakkan bangkai ayam dan nota ugutan di pejabat ahli parlimen Serdang yang menggelarkan diri sebagai ‘tentera jihad’ amat-amat memalukan.
Ianya sekaligus memberi persepsi negatif terhadap Islam di mata bukan Islam. Pihak polis harus mengambil tindakan sewajarnya secepat yang mungkin.

Peguam Tak Tahu Beza Azan & Ceramah?

Alasan peguam yang juga ahli seumur hidup MCA Ng Kian Nam tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh) adalah merupakan alasan dangkal.
Mana mungkin beliau seorang peguam boleh mengutuskan surat kepada Jabatan Perdana Menteri untuk buat aduan dalam keadaan tak tahu membezakan azan dan ceramah (kuliah subuh).
Ini menunjukkan Umno yang kononnya melayu dan Islam gagal dalam memberi pemahaman kepada rakan-rakan bukan Islam tentang tuntutan Islam walaupun telah memerintah sejak merdeka lagi.
Sikap Umno/BN yang memilih bulu dalam hal sensitif begini adalah tidak wajar lebih-lebih lagi kalau ianya melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat.
Contohnya dalam isu Teresa Kok pada 2008 apabila Utusan mendakwa beliau bertanggungjawab membuat petisyen supaya laungan azan di sebuah masjid di Puchong diperlahankan sedangkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah rekaan dan tidak wujud, beliau diserang disetiap penjuru oleh golongan IQ sifar.

Jumaat, Januari 14, 2011

Fakta Umno Derhaka

klik di sini:-

PAS Selangor Gesa Malaysiakini Betulkan Laporan

PAS Selangor menggesa portal berita Malaysiakini membuat pembetulan berkaitan laporan mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang disiarkan semalam.
Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman berkata, laporan Malaysiakini itu sangat berbeza dengan kenyataan serta maksud sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor ketika mengadakan sidang media berhubung isu perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.
Kata beliau, tajuk laporan Malaysiakini 'PAS Selangor makin mesra dengan Kusrin' sangat mengelirukan malah telah menimbulkan salah faham dikalangan ahli-ahli PAS.
Selain itu kata beliau, laporan Malaysiakini yang menyebut: 'Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada' - merupakan satu pembohongan kerana Pesuruhjaya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu sepanjang sidang media.
Malahan katanya, Malaysiakini juga menambah cerita dengan memetik Hassan Ali kononnya berkata "Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah,".
"Saya tidak tahu bagaimana laporan berita seperti ini boleh dibuat, sama ada wartawan tersalah lapor atau editor yang keliru.
"Justeru saya mengesa Malaysiakini membuat pembetulan semula secara terbuka dan meminta maaf kepada Pesuruhjaya. Laporan berita ini telah menimbulkan masalah kepada PAS Selangor dengan ahli-ahli dan menjejaskan hubungan kami dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily.
Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut mengingatkan pimpinan PAS Selangor supaya tidak bercanggah dengan keputusan PAS Pusat dalam isu di Selangor ekoran laporan tersebut.
Ditanya sama ada PAS Selangor mahu mengambil tindakan tegas seperti menyaman Malaysiakini, Khairuddin berkata pihaknya tidak terfikir untuk sampai ketahap itu.
"Ini mungkin hanya kekeliruan atau kesilapan yang tidak disengajakan, tak perlulah pergi hingga ke mahkamah. Lagipun saya percaya Malaysiakini akan bersikap profesional dengan mengambil kira etika kewartawanan mereka dalam perkara ini," kata beliau.
Menurut Khairuddin, pihaknya akan menghantar notis rasmi kepada Malaysiakini berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Menjelaskan perkara sebenar, Khairuddin berkata semalam PAS Selangor telah mengeluarkan pendirian rasmi yang pertama berhubung kemelut perlantikan SUK di Selangor melalui sidangmedia oleh Pesuruhjaya sendiri.
Dalam kenyataan bertulis yang dibacakan oleh Pesuruhjaya kata beliau, PAS mahu isu di Selangor diselesaikan secara bijak dengan mengambil kira empat unsur penting iaitu istana, kerajaan negeri, kakitangan kerajaan dan rakyat.
Katanya, PAS juga menekankan dua unsur berkaitan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat dalam isu perlantikan SUK iaitu peruntukan undang-undang dan amalan konvensyen.
"Saya disebelah Pesuruhjaya sepanjang sidang media itu, tidak timbul isu PAS Selangor tidak menyokong kerajaan negeri seperti yang cuba digambarkan oleh Malaysiakini, malah dalam kenyataan yang sama turut ditegaskan PAS akan bersama-sama dengan kerajaan negeri dalam isu ini," jelas beliau.
Bahkan tambah beliau lagi, Pesuruhjaya sendiri menegaskan pihak PAS bersama dalam usaha mengadakan sidang DUN yang akan mencadangkan meminda Perlembagaan Negeri bagi mengambalikan semula kuasa kerajaan negeri dan fungsi Raja berpelembagaan dalam kontek melantik Setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.
Bagaimanapun kata Khairuddin, beliau percaya kekeliruan Malaysiakini itu berpunca daripada soalan wartawan kepada Pesuruhjaya iaitu bagaimana hubungan beliau sebagai Exco Agama Selangor dengan Kusrin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.
"Dalam perkara ini Hasaan Ali menjawab secara peribadi iaitu hubungannya dengan Kusrin sebagai pengubal dasar dan pelaksana dasar dan tidak ada percanggahan diperingkat itu.
Perbezaan antara mereka timbul diperingkat perlaksanaan kerana Kusrin seorang pegawai kerajaan melihat sesuatu isu dalam perspektif seorang pentadbir sedangkan beliau mengambil kira pelbagai aspek termasuk amalan dalam Pakatan Rakyat, komposisi penduduk dan realiti politik di negeri Selangor.
"Bagaiamanapun Hassan Ali menyebut dalam banyak keadaan beliau ada makanisma menghadapi perbezaan itu kerana berpengalaman dalam pengurusan kerajaan dan memahami cara bekerja kakitangan kerajaan," katanya.
Selain itu kata beliau, Hassan Ali turut ditanya keperluan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan peranan istana dalam melantik SUK kerana Kusrin telah mendapat perkenan Sultan.
Kata Khairuddin, Hassan Ali menjawab perkara ini bukan berkaitan individu tetapi proses perlantikan itu yang samar dan membelakangkan peranan kerajaan negeri.
Semalam Harakahdaily melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada Barisan Nasional khususnya Umno diminta oleh Hassan Ali hadir ke sidang DUN khas membabitkan cadangan untuk meminda Perlembagaan Negeri Selangor.
Hassan berkata, pindaan yang hendak dilakukan ini untuk memertabatkan kembali kedaulatan Sultan sebagaimana pre - 1993 iaitu berkaitan lantikan-lantikan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) melalui cadangan Menteri Besar (MB) dan kemudiannya perkenan daripada Istana.
Kata beliau, hadir atau tidak Adun Umno dalam sidang itu akan mencerminkan diri sebenar mereka.
"Apakah yang mereka laungkan selama ini (mempertahankan kedaulatan Raja-raja) lahir daripada hati nurani yang ikhlas atau hanya untuk memancing sokongan rakyat kepada mereka sahaja.
"Sekiranya wakil Umno tidak hadir ternyatalah mentaliti mereka seperti tahun 1992 dan 1993 (bersetuju kuasa Raja-raja dikurangkan), dengan ini rakyat akan kenal wajah sebenar pemimpin Umno yang hanya bersendiwara," kata pesuruhjaya PAS itu.
Menurut Hassan sidang tersebut bertujuan untuk membincangkan isu berkaitan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri - yang telah menimbulkan kemelut dalam pentadbiran Selangor - dalam perspektif yang betul.
Katanya, tujuan pindaan Perlembagaan Negeri itu juga merupakan satu langkah menjadikan undang-undang tersebut lebih jelas dan boleh dirujuk berkaitan kuasa kerajaan negeri kerana peruntukan yang ada sekarang agak samar.

Khamis, Januari 13, 2011

Sokong Umno Membuta Tuli



Aku bercerita dengan seorang rakan yang juga merupakan penyokong kuat Umno tentang isu kenaikan melampau harga bawang.
Dasar menyokong Umno membuta tuli, ada ke patut dia cakap “tindakan bijak dan bertepatan dengan Islam kerajaan naikkan harga bawang sebab makan bawang tu makruh, Rasulullah tak makan benda-benda yang berbau ni”.

Rabu, Januari 12, 2011

Hai Bawang, Kau Pun Naik Jugak?

Terkejut beruk aku dibuatnya beli bawang merah (besar) 3 biji rm1.70. Dulu kalau aku beli bawang dalam 3 biji baru 50sen, ni sampai rm1.70 pulak!
Bila aku tengok harganya rm2.90 setengah kilo (kg). Ya Allah, apa ke hal mahal sangat ni? Ertinya sekilo (1kg) rm5.80!
Rasanya tak ada pun cerita harga bawang naik. Oooo, mungkin kat pasar malam memang mahal kot.
Cuba tengok kat pasaraya pula. Eh, baru rm3.80 je. Tapi bawangnya busuk-busuk, dalam 10 biji nak jumpa sebiji yang cantik punya le susah.
Rm3.80 sekilo? Rasanya dulu tak sampai rm2.00 sekilo! Aku cukup peka dengan harga barang-barang dapur ni, tak mungkin aku silap.
Tadi terbaca berita kat internet, Ust. Idris Ahmad menyelar menteri yang semberono menuduh peniaga amik kesempatan naikkan harga barang, macam tak pernah bersekolah cuba bodohkan rakyat. Ust Idris juga menyebut kenaikan harga bawang merah.
Ooo, jadi memang betul le harga bawang merah dah naik harga. Padan muka, undi le BN lagi…

Peruntukan Khas Program di Dun Tenang

Aku mendapat maklumat dari beberapa sahabat yang bekerja di jabatan-jabatan kerajaan sudah ada permohonan ‘Peruntukan Khas’ untuk jabatan-jabatan kerajaan menganjurkan program di Tenang, Labis.
Yang peliknya program-program tersebut kebanyakannya bermula dari tarikh 20/01/2011 sehingga 29/01/2011.
Penamaan calon Dun Tenang pula pada 22/01/2011 dan hari mengundi 30/01/2011.
Kempen untuk BN yang menggunakan duit rakyat! Tak senonoh betul BN ni.
Ini le namanya BN memperkudakan jentera kerajaan kerana peruntukan-peruntukan yang digunakan oleh jabatan-jabatan ini bagi menganjurkan program adalah menggunakan duit rakyat! Atau bahasa pejabatnya duit jabatan (daripada peruntukan tahunan).

Isnin, Januari 10, 2011

Usah Dipadam Bakatmu

Jumaat lepas aku berkesempatan menonton rancangan Raja Lawak 2011 untuk minggu yang pertama.
Di awal rancangan, ada babak dramatik yang mana salah seorang juri yang juga merupakan pelakon pelawak terkenal tanah air Bob Lokman telah mengundurkan diri daripada terus menjadi juri bagi musim 2011.
Pada awalnya aku menyangkakan Bob Lokman yang berpakaian jubah dan serban hanya sekadar pakaian untuk program tersebut, namun apabila pagi tadi terlihat gambar Bob Lokman di facebook bergambar dengan Dato’ Hj Mahfuz Omar, segera saja persepsi aku bertukar.
Carian di internet mendapati bahawa Bob Lokman rupanya memang sudah berubah dan hijrah kepada yang lebih diredhai Allah. Alhamdulillah.
Namun begitu, aku mengharapkan bakat Bob Lokman tidak dipadam begitu sahaja. Gunakanlah ke jalan yang lebih diredhai Allah SWT.

bergambar dengan anggota unit amal dalam program kuliah agama


:- Bagi rancangan Raja Lawak 2011, Bob Lokman telah digantikan dengan David Teo (langsung tak masuk akal kan?), dan arwahyarham Din Beramboi telah digantikan dengan Sathia sementara Afdlin Shauki masih dikekalkan sebagai juri.

Solat Hajat Perdana, 30k atau 13k?

Rata-rata laporan samada dari Harakahdaily atau dari blog-blog pro Pakatan Rakyat menyebut hampir 30ribu rakyat yang hadir dalam Program Solat Hajat Perdana ‘Selamatkan Malaysia’ anjuran Pas pusat di Stadium Melawati, Shah Alam.
Namun laporan dari Malaysiakini pula menyebut 12ribu rakyat yang hadir.
Dalam laman web rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam pula ada menyatakan bahawa kapasiti Stadium Melawati boleh menampung sehingga 13ribu pengunjung.
Mungkin 30ribu tu termasuk malaikat kot. Apa pun tahniah kepada PAS terutamanya kerana berjaya menganjurkan solat hajat Perdana walaupun dalam masa yang singkat dipromosikan.
Kalau Umno yang anjur solat hajat, mungkin 100 orang je kot yang akan hadir, tu pun kena sediakan MAKAN!

Piala Asia 2011, Di Mana Harimau Malaya?

Piala Asia 2011 telahpun membuka tirainya, walaupun kurang mendapat liputan daripada akhbar Utusan dan Berita Harian (setakat hari ini).
Tatkala malam ini India akan bertemu Australia, yang mana ketua pasukan India, Baichung Bhutia pernah satu ketika dulu beraksi dalam Liga Malaysia (jika tidak silap saya menjadi pemain import Perak).
India? Hebat sangat ke India sehingga boleh layak ke Piala Asia?
Iraq negara perang tu pun layak juga? Usah dipertikai Iraq yang sememangnya Allah Taala beri kelebihan pada rakyatnya hebat bermain bola walaupun berlatih di padang lembu meragut rumput.
Mana pula Harimau Malaya? Juara Piala Suzuki yang kita banggakan tu? Yang mana Malaysia dipenuhi dengan kompleks sukan dan kemudahan sukan bertaraf dunia kononnya.
Moga Piala Asia 2015 akan ada ngauman Harimau Malaya, yang mana mungkin ketika itu Menteri Belia dan Sukan Malaysia dari komponen Pakatan Rakyat, insyaallah.

Mengapa Karam Singh Walia Menghina Melayu?

klik di sini:-

Khamis, Januari 06, 2011

Kenapa Jemput Adun Pembangkang?

Salah sebuah sekolah di Selangor telah menjemput Adun Sungai Pelek daripada BN Yap Ee Wah sebagai perasmi majlis dalam Hari Anugerah Kecemerlangan pada 15 November 2010 yang lepas.
Persoalannya, kenapa pihak sekolah tidak menjemput wakil daripada kerajaan negeri samada Adun ataupun Exco Kerajaan Negeri?
Memandangkan Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat, sepatutnya wakil daripada kerajaan negeri turut dijemput.

Rabu, Januari 05, 2011

Asri: Bunuh Pengkritik Raja Melayu Cadangan Hina

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.
Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.
“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.
“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.
Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.
Dosa besar
“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.
Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.
“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.
"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.
Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR, Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.
Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.
Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.
MALAYSIAKINI

Selasa, Januari 04, 2011

2011 Tahun Terakhir Bayar Yuran Sekolah?

Melihat dahi berkerut ibu bapa yang pening dengan kos yuran persekolahan anak-anak, KASIHAN SUNGGUH…
Tiba-tiba aku terfikir, andai kata PRU diadakan tahun ini seperti khabar angin, andai kata PR menang dan memerintah pusat, mungkinkah tahun depan yuran persekolahan akan dimansuhkan?
Bukan ke kalau Petronas bayar zakat 5%, seluruh rakyat Malaysia dari tadika hingga PhD belajar dengan PERCUMA???
Rakyat Malaysia kalau nak tahu betul ke tidak, PRU ni kenalah pakat pangkah PAKATAN RAKYAT!!!

19/01/2011 Lompat Parti?

Saya diberitahu dari sumber yang amat boleh dipercayai, akan ada seorang ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat akan isytihar lompat parti pada tarikh 19/01/2011.
Apapun saya mengharapkan ianya hanya tekaan mengarut sumber semata-mata.

Tiger Show : Jawapan Salah Seorang Jawatankuasa

Berkenaan isu tiger show yang dibangkitkan Yb Dr. Lo’ Lo’ Ghazali, tiba-tiba teringat seorang sahabat yang berkerja di Sony, terus saja saya SMS:-
“Salam. Btl ke majlis mkn mlm sony 16dec ada tiger show?”
Dan beliau menjawab SMS saya :-
“Bkn cm2, sony ade wat dinner 5 ari, 14, 16, 21, 22, dan 23.. Cume ms 16 tu, penganjur tuk persembahan tetiba jd liar, mlm 2 gak penganjur 2 di terminate oleh sony, aku salah sorg committee majlis 2, aku x sangka giler jd cm2, kitorg terus wat bantahn kt persembahan nye kontraktor, klu nak lebih lanjut leh tanye aku terus”
Begitulah sedikit sebanyak ceritanya. Kalo tak faham ayat SMS ni, bukak ler kamus ye… hehehe

Nasihatkan Umno Terlebih Dahulu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom diminta menasihatkan Wanita Umno dan ahli Umno sendiri supaya lebih beretika dan menghormati agama Islam.
Pakaian senam aerobik yang dipakai YB. Teo Nie Ching adalah pakaian biasa bagi bukan Islam, dan ianya tidak perlu dipolitikkan.
Kalau wanita umno yang bersenam aerobik, saya yakin pakaian begitu adalah biasa.
PAKAIAN WANITA UMNO MENGAJI AL-QURAN
AKSI MENTERI UMNO DAN ANAKNYA

GELAGAT WANITA UMNO
ADAB WANITA UMNO DALAM SURAU