- Tindakan Umno bahagian Putrajaya menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai kempen dan program parti menunjukkan kedudukan Umno amat kritikal bagi mengekalkan kemengan di Parlimen Putrajaya pada PRU-13 nanti.
- Tindakan tersebut terpaksa dibuat memandangkan sokongan terhadap Umno Putrajaya semakin merosot apabila pengundi di Putrajaya yang menetap di kuarters-kuarters kerajaan mula mengkritik kerajaan sejak akhir-akhir ini.
- Lebih menggusarkan Umno Putrajaya apabila PAS Putrajaya yang sebelum ini kurang menonjol tiba-tiba melancarkan kempen dan penerangan dengan baik sekali kepada masyarakat setempat.
- Kos hidup tinggi dan masalah parkir kereta merupakan salah satu sebab rasa tidak puas hati pengundi Putrajaya terhadap Umno walaupun Putrajaya dikenali sebagai penempatan kediaman yang cool.
- Ada juga yang mengambil kesempatan menukar alamat mengundi di Putrajaya kerana hendak claim subsidi cermin mata rm300 kepada Umno Putrajaya walaupun hakikatnya mereka tidak akan mengundi BN.
- Lebih memualkan apabila barisan kepimpinan Umno Putrajaya dan Pemuda Umno Putrajaya kebanyakannya terdiri daripada golongan-golongan yang tidak berpendidikan dan tidak berimej sebagai seorang yang boleh dipercayai (kalau tak percaya pi tengok diorang masa program rumah terbuka Umno Putrajaya).
- PAS hanya perlu swingkan lebih kurang 1500 pengundi Umno (PRU-12) sahaja untuk memenangi kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU-13 akan datang.
- Dan mengikut momentum semasa, sekurang-kurangnya 1000 pengundi yang mengundi BN pada PRU-12 bila-bila sahaja boleh memberikan undi mereka pada PAS pada PRU-13 nanti.
Jumaat, Mac 09, 2012
Umno Putrajaya bagai telur di hujung tanduk
Najib gagal beli hati penjawat awam
- Pengumuman Najib memansuhkan SBPA dan melaraskan gaji 7% hingga 13% (SSM dikekalkan) di PICC semalam gagal membuatkan penjawat awam gembira dengan pengumuman tersebut.
- Rata-rata penjawat awam bagi kumpulan sokongan berharap kenaikan adalah sekitar rm300 hingga rm1000 lebih-lebih lagi beberapa hari yang lepas telah tersebar khabar angin bahawa kemungkinan kumpulan sokongan akan menerima kenaikan melebihi rm300.
- Apabila Najib mengumumkan pelarasan gaji bagi kumpulan sokongan hanya 13%, kelihatan ramai yang kecewa dan terus berkira-kira gusar kemungkinan kenaikan 13% ini lebih rendah daripada kenaikan SBPA.
- Buktinya, ketika Najib mengumumkan pelarasan 13%, hadirin di dewan utama (tempat najib berucap) dan 3 dewan lagi hanya sekitar 15% sahaja yang bertepuk tangan.
- Tiada sorakan kegembiraan, ada yang geram dan marah memandangkan terpaksa berpenat, bersesak hadir di PICC semata-mata untuk mendengar pengumuman 13%.
- Dengan kata lain, tidak ada kemungkinan penjawat awam akan swing undi mereka kepada Barisan Nasional pada pru-13 nanti.
SBPA dah umum, PRU-13 masa terdekat
- Menurut maklumat yang aku terima dari seorang rakan yang juga berkhidmat di sebuat jabatan kerajaan (unit risikan), parlimen akan dibubarkan dalam tempoh terdekat setelah PM mengumumkan keputusan kaji semula SBPA.
- Kemungkinan PRU-13 akan diadakan pada bulan jun 2012 agak mustahil dan dijangkakan PRU-13 akan diadakan seawal-awalnya pada penghujung bulan april 2012.
- Dari itu Pakatan Rakyat sepatutnya sudah bergerak menggunakan ‘gear 5’ bagi menghadapi PRU-13 yang boleh dijangkakan peluang 50-50 antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Langgan:
Catatan (Atom)