Pelik, tiba-tiba heboh isu Lim Kit Siang mungkin akan jadi TPM jika PR berkuasa. Isu ini heboh diperkatakan tak lain tak bukan kerana dimainkan oleh media arus perdana dan akhbar pro BN.
Maka timbul bermacam-macam respon daripada rakyat lebih-lebih lagi yang jenis tak membaca, sampai ada seorang rakan sekerja saya boleh berkata “habislah kalau PR menang, cina jadi TPM nanti negara kita akan huru hara macam Thailand”. Dalam hati saya terus terdetik “bodoh sungguh budak ni”.
Yang menghairankan, dalam PR sendiri tidak pernah membincangkan siapa yang akan jadi TPM jika PR berjaya memerintah Malaysia. Hatta DAP sendiri tidak pernah meminta kuota untuk jawatan TPM. Setahu saya bukan melayu yang pernah bersuara nak jawatan TPM ialah MCA.
Apa nak risau, selagi mana bukan islam berkerjasama dengan PAS, saya yakin mereka faham sensitiviti rakyat Malaysia.